"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, September 25, 2012

Hukum Hudud: DAP tolak PAS masih sondol!

Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya 'menundukkan' Pas dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang.
Ia kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin Pas dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Katanya "Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas".
Bagi DAP sangat jelas pendirian mereka tentang hukum hudud. Yang tidak jelas adalah rakyat yang menyokong PAS. PAS terpaksa menyondol DAP kerana nak berkongsi Putrajaya. PAS tak kisah lagi dengan hukum hudud dan negara Islam kerana matlamat pemimpin PAS mahu jadi menteri dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Penyokong-penyokong PAS di bawah sana tertipu dengan penceramah2 PAS yang masih mengatakan PAS sokong hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Penyokong2 PAS perlu keluar daripada ketaksuban terhadap pemimpinnya. Sudah ramai penyokong2 PAS termasuklah ulama2 PAS kebanyakannya sedar bahawa PAS sudah terpesong daripada matlamat asal perjuangan PAS. Golongan Anwarisma sudah menguasai pimpinan PAS sehinggalah dasarnya terus berubah dan menjadi pak turut dalam Pakatan Rakyat. Manakala pemimpin2 DAP berjaya menggula-gulakan penyokong2 PAS dengan menunjukkan keprihatinan kerajaan DAP/PKR terhadap sekolah2 agama rakyat.
Masih ramai lagi penyokong2 PAS yang masih taksub tidak nampak kelemahan, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, isu moral  dan sebagainya kalangan pemimpin  DAP, PAS dan PKR kerana mereka keasyikan membaca Harakah Kaprak, Roket dan Keadilan.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.