Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Musuh jadi kawan, dan kawan boleh jadi musuh. Banyak prasangka buruk dan lebih dahsyat fitnah berleluasa dalam kawan-kawan politik. Seolah-olah mereka yang terlalu jujur dan baik tidak wajar terlibat dalam politik. Apakah politik hanya kepada mereka yang tidak segan dan malu mengakui dirinya layak menjadi pemimpin. Mungkin sesetengah ahli politik yang ghairah menjadi ketua memberi tafsiran 'pemimpin' yang salah atau terlalu mudah. Kadang-kadang tertanya-tanya di kalangan anggota masyarakat, bagaimana si anu ini boleh diangkat atau dipilih sebagai pemimpin?
Menjadi pemimpin kepada sebuah parti politik bukan perkara mudah. Kadang-kadang merebut-rebut hendak jadi pemimpin, bertumbuk dan bergaduh, sabotaj mensabotaj, fitnah menfitnah, politik wang turut berlaku dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).
Begitulah pesanan atau peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya yang begitu ghairah hendak menjadi pemimpin. Oleh itu isu menjadi pemimpin bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh temeh. Mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar memikul amanah yang diberikan oleh ahli-ahli organisasinya. Namun begitu jika kena caranya nampak pula begitu mudah. Tidak perlu pun ada bergulung-gulung diploma atau ijazah dan tidak perlu pun ada title depannya Dr., Ir atau Dato'. Definisi mudah seorang pemimpin ialah seseorang yang ada pengikut-pengikutnya atau pengaruhnya. Jika definisi ini digunakan maka ramailah pemimpin di kalangan anggota masyarakat termasuklah seorang bapa, guru, ketua jabatan, ketua NGO dan pertubuhan politik.
Dalam konteks kepemimpinan UMNO sebuah parti terbesar orang Melayu, perhatian yang serius diberikan dalam memilih pemimpin. Lebih serius lagi memilih 'winnable candidate' dalam PRU yang akan datang. Calon yang disukai oleh pengundi-pengundi bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli UMNO malahan pengundi-pengundi atas pagar dan juga pro pembangkang tetapi menyukai calon BN. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh kebanyakan semua parti. Semua nak jadi calon. Semua mengakui diri mereka layak menjadi calon. Pelbagai sebab dan alasan diberikan hingga mewajarkan seseorang itu menawarkan dirinya sebagai calon.
Dalam memilih calon untuk PRU13 perlu diteliti secara halusi. Semua parti yang bertanding akan berusaha menampilkan calon yang terhebat. Calon yang berwibawa, berkredibiliti, amanah, jujur, tiada masalah peribadi dan disenangi oleh semua pengundi dalam kawasan yang ditandingannya. Masing-masing parti akan cuba mencari kelemahan dan kekurangan calon lawan. Terpalit sedikit isu peribadi boleh membuka ruang secukup-cukupnya parti lawan memanipulasikan isu.

Pilihanraya akan datang menentukan hidup-matinya UMNO/BN dalam sejarah politik tanahair dewasa ini. Harus diingat, BN bukan lagi parti pemerintah di beberapa buah negeri. BN mesti mempunyai ubat yang mujarab atau memerlukan bantuan lampu Aladdin untuk menang bagi negeri-negeri tertentu. Bertambah parah lagi UMNO/BN dalam PRU ini, bila berlaku perebutan calon untuk kerusi DUN dan Parlimen di kalangan pemimpin UMNO/BN sendiri. Gejala ini boleh menjejaskan usaha PM untuk mempertahankan Putrajaya atau sekurang-kurangnya mempertahankan kerusi yang dimenangi.
Hakikatnya calon yang dipilih hanya satu setiap kerusi DUN atau Parlimen. Yang tidak terpilih anggapkan bukan rezekinya dan masih ada harapan untuk penggal yang akan datang untuk dipilih. Tindakan mensabotaj calon boleh meninggalkan titik hitam yang tidak boleh dilupakan oleh parti dan ahli-ahli parti. Terimalah keputusan pencalonan dengan hati yang terbuka. Pemimpin yang dihormati adalah mereka yang jujur dan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh PM sendiri. Kemungkinn UMNO/BN akan terus hidup atau mati sangat terletak kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin UMNO/BN untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.