"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, September 3, 2012

Kes Memali: Kasihan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya

Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustaz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!

Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali!!

Sumber: Sebahagian dari FB YB Zulkifli Noordin

13 comments:

  1. tulisan dalam blog ni macam sampah dan najis. busuk dan meloyakan. bawalah banyak bertaubat jangan menyebar fitnah. Najib dan Rosmah kaya raya (didunia saja) awak dah lah celaka di dunia, di akhirat lebih celaka lagi nasib awak.

    ReplyDelete
  2. Posting di ats merupakan petikan daripada FB YB Datuk Zulkifli Nordin yang lebih tahu cerita ini daripada org PAS dan penyokong PAS sendiri. Mungkin sdr Malaysian masa itu masih belum lahir di dunia ini. Itu sebabnya sdr tak reti apa pasal peristiwa memali.

    ReplyDelete
  3. sila pergi ke makan asyahid 14 pejuang memali..lihat sendiri ap kesan tinggalan sjrh yang mereka tinggalkan untuk kita..bukan mengulang apa yang pernah terjadi..hukum tanpa siasat..tuduh tanpa bukti dan akhirnya salah faham dan permusuhan..insyaAllah segala yang dibuat oleh Pas sama seperti yang lalu..sila tabayyun sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya kerana pada akan kau tanggung di hari Keadilan dihadapan Allah kelak..ancaman siksa menanti andai kau tak sedar2

    ReplyDelete
  4. Bila agaknya kes memali ni selesai d mahkamah? Knapa kerajaan tak buka kes ni semula?

    ReplyDelete
  5. kerajaan takot....umno BN ibarat telur d hujung tanduk...PR13 tgu dan lihat...

    ReplyDelete
  6. darah memali terus mengalir dlm tbuh anak muda memali...

    ReplyDelete
  7. aku adalah ahli umno yang telah muak dengan pelakuan jijik pemimpin aku dan juga pengampu umno seperti Zul yang telah banyak menipu orang melayu. pengecut dan tak berani berdepan secara live dgn orang yang mereka hentam. semoga parti umno aku ni hancur lebur dan menjadi bahan sejarah. amin

    ReplyDelete
  8. zulkifli nordin?? pffttt...lidah bercabang mcm tu sapa nak percaya..

    pejuang memali ni pernah di fatwakan syahid oleh majlis ulama kedah dan sultan kedah sendiri dtg melawat perkuburan mereka..siapa umno nak salahkan mereka?

    kalau betul para syahid memali mengamalkan ajaran Islam sesat seperti diwar2 kan pemerintah, kenapa di tahan dlm ISA? masuk la ke mahkhamah supaya semua org tahu prosiding dia..penakut dan bacul punya kerajaan..

    kepada admin? apa yg kau tahu pasal kafir harbi?? main cakap je...

    ReplyDelete
  9. yang komen suma pandai cakap jaa...pastu bkn tau hal sebenar..pastu senang cakpa zulkefli nirdin lidah bercabang..macam la pemimpin pas pun lidah x bercabang..kita sendiri pun xtau sapa yg betul..jgn senang2 nk kata kat org..betulkan diri sendiri yg akidah xtentu lagi kukuh..mcm la PAS ckp semua btl..Tuan Guru nik aziz pun silap ckp tentang penggunaan Allah utk org bkn Islam..so dgr semua bukti sebelum nk judge..jgn membabi buta nk fitnah sana sini..insaflah

    ReplyDelete
  10. Nicky ajis lidah bercabang.bang non plak kote bercabang.mmg ngam.elok sangat la tu...kiki

    ReplyDelete
  11. Kalau nk pilih pemimpin.. Tgk pemimpin tu sndiri dgn bini die tu.. Adakah Najib ngan Rosmah tu layak.. Hakkpuiii.. Buka mate n minda korang luas2 even korang xnk sokong parti lain pun.. Nk yg dunia ke nk yg akhirat.. Nawaitu org tu kite serahkan pd Allah yg menentukan.. Asalkn ia bawa kita ke jln akhirat.. kite ptt bersama die.. paham dop mung?

    ReplyDelete
  12. kat part mana nik aziz silap cakap???kat tv3 hat siar cerita xpernah abih tu??siar video separuh...siar berita separuh...siar amanat separuh...benda btul pn bleh silap lau duk buh separuh2...huh...byk2 la zikir wei biaq terang cket hati tu...

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum.
    -Pertama,Berkaitan kes As-Syahid ust Libya. Tolong jgn ambil dan jadikan hujah Nordin. Sebab utama, dia adalah musuh politik Pakatan Rakyat sejak dia keluar dari PKR. Maka dah tentu dia akan salahkan HJ Hadi dan PAS serta Pakatan Rakyat. As-Syahid amat tinggi ilmu agama dan ilmu dunia. Jgn kata As-Syahid terpengaruh dengan sesiapa. Maka saya cadang tutup cita itu setakat ini aje.
    -Kedua, Pasal Kalimah Allah pula jgn bergaduh lagi. ilmu agama ada banyak cabang. Kita tak tahu kaedah usul fikh mana yang di guna pakai oleh Hj Hadi atau TG Nik Aziz atau Dewan Ulama PAS. Maka try pergi jumpa Hj Hadi, TG Nik Aziz atau Ketua Dewan Ulama. Bukan susah jumpa mereka. Boleh tanya penjelasan. Jangan berhujah berdasarkan berita hairan, utusan umno atau TV1-10 pembohong di Malaysia.
    Sekian terima kasih, Maafkan saya jika saya salah. Jgn lupa keluar mengundi. Undi untuk PAKATAN RAKYAT........

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.