"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, September 16, 2012

Kelulusan sebagai penganjur Pasar Malam di Teluk Kumbar akan ditarik balik oleh MPPP!

Setiap hari Selasa, peniaga-peniaga pasar malam di Bandar Baru Teluk Kumbar tidak pernah berhutang bayar sewa tapak kepada penganjur aktiviti Pasar Malam. Setiap minggu juga jumlah peniaga pasar malam tidak pernah berkurangan. Boleh kata hampir semua lorong atau jalan sentiasa dipenuhi oleh peniaga-peniaga. Sudah tentu kutipan sewa tapak-tapak niaga telah masuk poket penganjur begitu banyak. Yang menghairankan kita, kemana duit kutipan itu? Kenapa pihak penganjur tidak membayar tunggakan beberapa bulan kepada MPPP? 
Melalui sumber yang boleh dipercayai, penganjur Pasar Malam di Teluk Kumbar telah diberi amaran terakhir oleh MPPP kerana penganjur Pasar Malam itu, JKKK BG tidak membayar bayaran bulanan kepada MPPP. Difahamkan MPPP telah memberi tempoh tujuh (7) hari kepada pihak penganjur Pasar Malam berkenaan untuk menjelaskan bayaran tertunggak beberapa bulan kepada MPPP. Tak banyak pun tapi kenapa tak boleh bayar dan kemana pula duit kutipan itu pergi?

Mengikut Ilmu Hisab, bayaran tertunggak hanya RM480 untuk tempoh 3 bulan. Ertinya satu bulan JKKK BG perlu membayar sebanyak RM160 sahaja. Setiap minggu pula JKKK BG kena bayar sebanyak RM40 sahaja. Munasabahkah JKKK BG tidak mampu membayar sebanyak RM40 sekali seminggu selepas ditolak upah kepada kontrak kebersihan? Kita hairan,,,,hairan!

Satu persoalan lagi, macam mana pasar malam Bandar Baru Teluk Kumbar di anjurkan oleh JKKK BG sedangkan kawasan pasar malam tersebut berada dalam kawasan JKKK Teluk Kumbar?

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.