"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, February 27, 2013

Menyertai UMNO kerana prinsip PAS semakin berubah-ubah!

Kira-kira 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh dekat sini, bertindak drastik menyertai UMNO selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.
Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.
Ahli Pas, Yaacob Mahmood, 78, berkata, dia mengambil keputusan menyertai UMNO kerana berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.
"Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan.
"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.
Seorang lagi penyokong Pas, Rosanah Yaacob, 47, memberitahu, dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat di dunia dan akhirat.
Namun, katanya, tanggapan itu meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah.
"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," katanya.

Sunday, February 24, 2013

Ahli-ahli PAS kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu bila lagi?

Di sana sini ahli-ahli PAS berpusu-pusu meninggalkan PAS dan sebaliknya menyertai UMNO. Baru-baru ini seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'
Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.
Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.
Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.
"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.
"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.
Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.
"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.
"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.
Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.
"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa,". 
Manakala ahli-ahli PAS kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu bila lagi nak ikut jejak Ustaz Nasaruddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS, YB Dato Hassan Mohd Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap bekas Naib Presiden PAS Pusat, Cikgu Non bekas aktivis PAS (C.N.  Al-Afghani), Tok Guru Lah, Wan Ismail Wan Ahmad (bekas SU Dewan Ulama Kelantan), Dato' Hj. Nakhaei Ahmad (bekasNaib Presiden PAS Pusat), Allahyarham Ustaz Omar Khalid  dan ramai-ramai lagi yang telah mengisytiharkan meninggalkan perjuangan PAS yang palsu. PT bersedia menemui teman-teman daripada PAS untuk mengurus kemasukan beramai-ramai ahli-ahli PAS di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. PT sudah ada teman-teman dari PAS yang mulai mengisytiharkan meninggalkan PAS. Bersatulah kita untuk Islam, Melayu dan Raja seperti kata Dato' Hassan Ali, Presiden JATI Malaysia.

Tuesday, February 19, 2013

JANGAN LEPAS PELUANG TOKOH AGAMA MENEMUI ANDA!

1.
PENCERAMAH JEMPUTAN: Y.B DATO' DR. HASSAN MOHD ALI, BEKAS PESURUHJAYA PAS SELANGOR . 

TAJUK: AKHLAQ DAN AQIDAH

TARIKH:  20 FEBRUARI 2013 (RABU)
JAM 9.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN SMK PONDOK UPEH, BALIK PULAU, PULAU PINANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

 
2.
PENCERAMAH JEMPUTAN: Y.BHG TOK GURU LAH 

TAJUK:KERANAMU KALIMAH ALLAH

TARIKH:  23 FEBRUARI 2013 (SABTU)
JAM 9.00 MALAM
TEMPAT:HADAPAN DEWAN UMNO KG. BINJAI, BAYAN LEPAS.

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Monday, February 18, 2013

Cerita benar dalam kawasan DUN Bayan Lepas!

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang menimbang memberikan RM 100 wang tunai one-off kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun 2011, di mana salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.

Kenyataan di atas perlu ditambah lagi mungkin Guan Eng tertinggal. Bantuan wang tunai one-off kepada anak emas, warga emas dan lain-lain bantuan mestilah mengundi PR atau ahli DAP, ahli PAS ataupun PKR. Kenapa saya kata begitu?

Tiga hari yang lalu Penyelaras DUN Bayan Lepas, Cikgu Hasnah ada berjalan-jalan jumpa pengundi di kampung PT. Semasa berjalan-jalan dan berjumpa pengundi, Cikgu Hasnah bertanya seorang pengundi perempuan adakah terima wang RM100 dari program anak emas. Lalu pengundi itu beritahu bahawa dia belum menerima wang itu. Cikgu Hasnah pun beritahu bahawa dia ada borang dan cikgu Hasnah minta pengundi itu segera ke pejabatnya di Bayan Lepas.

Oleh itu keesokan harinya, pergilah perempuan itu dengan penuh harapan untuk mendapatkan Borang Anak Emas dari Pejabat Penyelaras DUN Bayan Lepas. Sampai di situ, dia pun masuk ke dalam pejabat. Cikgu Hasnah tidak ada di pejabat pada masa itu. Mungkin yang ada pembantu cikgu Hasnah. Setelah pengundi itu menyampaikan hasrat kedatangannya kepada pembantu itu. Lalu pembantu itu bertanya pengundi itu tentang pengalaman semasa mengundi dalam PRU yang lalu. Oleh kerana pengundi ini 'lurus bendul', dia beritahulah bahawa ia memangkah BN dalam PRU yang lalu. Selepas itu, pembantu pun beritahu kepadanya bahawa borang itu tak ada di sini dan mengarahkan pengundi yang malang itu ke Pejabat Daerah Balik Pulau. 

Maka pergilah pula pengundi yang malang itu ke pejabat Daerah Balik Pulau, berjumpalah dengan wakil pihak kerajaan negeri di situ. Sekali lagi harapan pengundi itu hampa, diberitahu pula borang berkenaan habis.....malang, malang, malang dan kasihan bagi mereka yang tidak memangkah calon PAS atau DAP atau PKR.

Di sini PT hendak menasihatkan orang-orang kampung semua. Untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri Pulau Pinang, jangan lurus bendul atau jujur sangat. Jika ahli UMNO atau penyokong BN kena bagi tahu sebaliknya bahawa kita memang sejak beberapa pilihanraya yang lalu memang sokong PKR atau PAS atau DAP. Kalau boleh kita puji melambung Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang paling kita sayang walaupun kita berbangsa Melayu. Bodek sikit, bodek banyak lagi boleh! Guan Eng adalah Ketua Menteri yang banyak tolong orang Melayu. Banyak gerai-gerai untuk orang Melayu dibina dalam kawasan Georgetown terutama di Padang Kota Lama.  

Bodek lagi! Sejak Guan Eng jadi Ketua Menteri sudah banyak rumah-rumah kos rendah telah dibina oleh kerajaan negeri. Bagi tahu sekali bahawa di kawasan kita, diTeluk Kumbar dan Sungai Batu begitu banyak rumah-rumah flat telah dibina oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan BN dulu tak ada pun bina kos rendah di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Kutuk sikit kerajaan BN dulu, banyak pun tak apa. Jalan-jalan raya tidak lagi sesak sepertimana zaman kerajaan BN dulu. Jambatan Pulau Pinang dulu cuma empat lorong tapi sekarang sudah 8 lorong. Dulu hanya satu Jambatan menghubungi Pulau Pinang dengan tanah besar tapi sejak DAP memerintah sudah ada dua jambatan. Itulah kerajaan DAP yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.  Kalau boleh kutuk kerajaan BN cukup-cukup terutama UMNO sambil memuji kebaikan kerajaan DAP.

Jika beginilah caranya, PT percaya bukan satu (1) borang yang dia bagi malahan berpuluh-puluh borang dia akan bagi. Nampaknya kerajaan PR nak beri bantuan dia ambil kira parti. Kenapa kerajaan persekutuan beri bantuan BR1M, bantuan persekolahan, bantuan kebajikan dan baiki rumah tidak pun bertanya kepada pemohon pasal parti yang disokong? Begitulah sikap pilihkasih pihak kerajaan negeri kepada rakyatnya yang pelbagai latar belakang, kaum dan faham politik. Cerita benar itu menjadi bualan hangat di kampung PT di Teluk Kumbar.


Sunday, February 17, 2013

Jaga nama baik NGO, jumpa wakil rakyat jika ingin bantu!

Semalam PT menerima SMS dari salah seorang wakil rakyat BN dalam Parlimen Balik Pulau. Dalam sms itu terkandung suatu aduan kurang baik mengenai kepimpinan BN di kawasan wakil rakyat berkenaan. Seolah-olah individu berkenaan mahu memberitahu bahawa wakil rakyat itu tidak turun ke padang menyelesaikan masalah rakyat. Yang peliknya sms itu ditujukan pula kepada Ketua Bahagian.

Jika individu itu jujur mahu membantu penduduk di kawasan YB berkenaan, sewajarnya dia datang sendiri berjumpa YB bukannya menghantar sms itu kepada orang lain. Setelah disiasat dari kandungan SMS amat jelaslah, individu berkenaan bukan penduduk asal di kawasan Teluk Kumbar. Malahan beberapa kenyataan dalam SMS itu boleh dipertikaikan dan langsung tidak masuk akal.

Nama individu berkenaan jelas bukan orang tempatan sebaliknya bermastautin di Georgetown. Beliau merupakan salah seorang barisan kepimpinan NGO yang sedang bergerak aktif di seluruh negara. Cuma saya hendak nasihatkan kepada individu berkenaan (nama dirahsiakan) agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Jagalah nama baik NGO berkenaan. PT juga ahli kepada NGO tersebut dengan No. Keahlian: 059248. Jika individu berkenaan jujur dan ikhlas sebaik-baiknya beliau datang sendiri berjumpa dengan ADUN Bayan Lepas. Susah sangatkah individu berkenaan hendak turun ke Teluk Kumbar sedangkan Pusat Khidmat ADUN Bayan Lepas berada di Teluk Kumbar? Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana wakil rakyat berkenaan akan menggunakan hari-hari itu melawat kawasan dan memenuhi pelbagai jemputan dari NGO, persatuan penduduk dan sebagainya.

Setahu PT sejak bermastautin di Teluk Kumbar lebih 25 tahun yang lalu, banyak masalah rakyat telah dapat diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin BN dan wakil rakyat di kawasan ini. Wakil rakyat BN khususnya wakil rakyat Bayan Lepas (dahulunya Teluk Kumbar) amat prihatin dengan masalah rakyat. Dari sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah, beliau tidak kira wang ringgit, beliau terus membantu tanpa banyak karenah.

Beliau merupakan pemimpin berjiwa rakyat sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang fahaman politik, bangsa dan keturunan.  Ada ketikanya beliau 'jatuh miskin' kerana terlalu kasihan dan simpati dengan masalah harian rakyat. Selain bantuan daripada agensi-agensi kerajaan sedia ada seperti Pejabat Kebajikan, bantuan pakaian sekolah, bantuan kemasukan anak ke universiti dan asrama turut beliau usahakan mahupun dengan wang poket sendiri. 

Beliau merupakan wakil rakyat yang paling senior tetapi tidak ada apa-apa keistimewaan yang beliau nikmati. Beliau bukan Pengerusi mana-mana GLC atau mana-mana agensi kerajaan pusat. Beliau hanya wakil rakyat biasa, hanya menerima elaun tak sebanyak mana pun. Elaun wakil rakyat itulah untuk belanja pengajian anaknya dan sara hidup keluarganya dan elaun itu jugalah untuk dihulurkan derma kematian, kenduri dan juga lain-lain bantuan yang diluar jangkaan. Memang elaun wakil rakyatnya tidak mencukupi tapi beliau tetap membantu rakyat. Itu sebabnya sehingga hari ini, BN menghadapi masalah mencari calon baru untuk DUN Bayan Lepas. Sedangkan majoriti rakyat masih memerlukan khidmat beliau sebagai wakil rakyat mereka. 

Sikap beliau yang sentiasa merendah diri dan 'low profile'  menyebabkan beliau sangat disenangi rakyat pelbagai kaum. Disegani oleh kawan dan lawan. Beliau adalah 'winner candidate'  menepati hasrat PM bagi menghadapi PRU13 ini. Oleh itu ada sesuatu yang tidak kena jika ada mesej memaklumkan bahawa pemimpin BN ini tidak pernah turun membantu rakyat dalam kawasan DUN Bayan Lepas. Sementara itu beliau tidak ada musuh dalam politik sama ada dalam parti mahupun di luar parti. Malahan ada penyokong pembangkang khususnya ahli PAS telah memutuskan akan memberi undi kepada wakil rakyat itu dalam PRU13 akan datang jika ia menjadi calon. Begitulah sukanya orang ramai di kawasan ini kepada wakil rakyatnya tanpa mengira fahaman politik.

Sebenarnya PT tidak mahu menggunakan ruangan ini untuk memuji wakil rakyat tertentu. PT tahu sesiapa yang dicalonkan mesti disokong untuk pastikan calon BN menang dalam PRU13 ini. Oleh itu PT tidak mahu menggunakan ruangan ini untuk melobi wakil rakyat ataupun individu yang PT berkenan sebagai calon. Dengan kata lain, penentuan calon terserah atas kebijaksanaan PM yang menentukannya.

Oleh kerana SMS itu telah dihantarkan kepada pihak yang lain adalah wajar PT menjelaskan dalam ruangan ini agar dapat membetulkan persepsi negatif terhadap pemimpin BN tempatan. Tidak dinafikan bukan semua masalah rakyat dapat diatasi tetapi mendakwa pemimpin BN tidak pernah turun membantu masalah rakyat adalah suatu tuduhan yang liar dan tidak bertanggungjawab. PT dan kebanyakan rakan-rakan dan pemerhati politik sangat bimbang tentang prestasi calon BN dalam PRU13 yang akan datang. Jika ADUN Bayan Lepas ini tidak dicalon semula sama ada sebagai calon Parlimen mahu pun DUN,  dikuatiri kedudukan calon BN lain agak tergugat. Dengan kata lain, calon BN yang bakal diletakkan di kerusi DUN mahupun Parlimen sangat memerlukan beliau kekal berada sebagai calon jika mahu kemenangan dalam PRU13 tidak lama lagi.

PT berharap individu berkenaan dapat menjaga nama baik NGO yang kita wakili. Jika ada sebarang masalah dengan wakil-wakil rakyat BN sebaik-baiknya sms terus kepada wakil rakyat yang berkenaan mungkin ada kes yang terlepas pandang. Tindakan menghantar sms kepada pihak atasan merupakan suatu tindakan yang kurang bijak lebih-lebih lagi dalam situasi masing-masing pemimpin sedang berdebar menunggu nama mereka tersenarai sebagai calon. Jika ikhlas untuk membantu rakyat, eloklah berjumpa dengan wakil rakyat berkenaan. Wallahu alam.

Friday, February 15, 2013

Berita benar PAS: Haji Hadi tidur tak lena mandi pun tak basah!

Berita Benar 1:
"Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita Benar 2:
Pas terus didesak menyatakan pendirian sebenar mereka sama ada selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti atau majlis kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.
Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, sekiranya Pas mempunyai pendirian yang sama dengan Majlis Syura Ulama parti itu, mereka sewajarnya meninggalkan pakatan pembangkang.
Bagaimanapun katanya, jika Pas sependapat dengan majlis tertinggi pakatan pembangkang yang terdiri daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, parti itu jelas telah menggadai prinsip asal perjuangan mereka
 

Berita Benar 3:
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus didesak menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.
Aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, pembangkang khususnya DAP jelas masih merujuk persetujuan Abdul Hadi seperti dinyatakan beliau dalam mesyuarat pakatan pembangkang 8 Januari lalu.
Katanya, Abdul Hadi perlu menyatakan pendiriannya secara tegas berhubung isu itu kerana masih wujud keraguan dalam kalangan umat Islam walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam.
"Kegagalan Haji Hadi (Abdul Hadi) berbuat demikian (menyatakan pendiriannya) bererti masih ada unsur-unsur kompromi antara Pas dan DAP khususnya dalam isu tersebut. 

Berita Benar 4
Di sana sini sudah ada cawangan-cawangan PAS dibubarkan dan saf kepimpinan PAS itu mengisytihar menyokong UMNO. Pas cawangan Taman Equine telah melakukan pembubaran itu semalam. 
Sudah ada pun penyokong PAS dan aktivis PAS dalam PRU12 sudah menarik diri dari membantu PAS dalam PRU13. Mereka ini terus terang membantu UMNO/BN dalam PRU13.
Sebuah bilik gerakan PKR di Pulau Pinang akan diambil tindakan undang-undang oleh tuan punya tanah kerana pihak kepimpinan PKR telah mendirikan bilik gerakan PKR tanpa kebenaran. Ini jelas menunjukkan sokongan rakyat kepada PR terutama PAS dan PKR semakin berkurangan. Lagi lama PRU13 ditangguhkan, kita lihat semakin cacamerba dan jadi haru biru puak-puak pembangkang.
Isu amanat Haji Hadi belum selesai, isu kalimah Allah pula sedang hangat dipersoalkan oleh ahli PAS sendiri.
Ahli-ahli DAP pula mendesak SU Agungnya, Guan Eng meletak jawatan dan ada yang meminta pemilihan CEC dibuat semula. Sudah ada kepimpinan DAP membuat laporan polis dan sudah ada yang mengisytiharkan keluar DAP.

Lu fikirlah sendiri wahai penyokong-penyokong PAS, PKR dan DAP!!!!!! 

Wednesday, February 13, 2013

Ulamak dan NGOs Islam isytihar sokong BN dalam PRU13

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah mengisytiharkan wajib mengundi UMNO atau Barisan Nasional dan sebaliknya haram mengundi Pakatan Rakyat apabila Pas didakwanya sudah mula terpesong jauh daripada memperjuangkan Islam.
Sudah kecewa dengan PasPengisytiharan tersebut dibuat di surau Pondok Geting (An-Najmiah), semalam yang dihadiri kira-kira 50 NGO dari Ummati Tanah Air, Pendidikan Fakta (Pendita) Minda Pondok, Selamat Tinggal Pas dan Ikatan Cendekiawan Negeri Kelantan.
NGO tersebut sepakat hadir untuk mengisytiharkan haram mengundi Pakatan Rakyat berdasarkan nas-nas yang dijelaskan mengikut al-Quran, hadis, ijmak ulama dan kitab-kitab muktabar.

Aktivis Ummati Tanah Air, Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata, haram mengundi Pas kerana Pas sudah terpesong daripada perjuangan asal apabila meletakkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) sebagai sandaran mereka untuk menjalinkan kerjasama di antara PKR dan DAP.

Katanya, sebelum tahaluf, Pas mahu menubuhkan negara Islam namun selepas tahaluf Pas mahu menubuhkan negara berkebajikan, begitu juga sebelum ini ingin melaksanakan hudud tetapi kini bukan lagi agenda utama Pas.

“DAP telah secara jelas menolak penubuhan negara Islam dan menegah dari melaksanakan hukum hudud.

“Pas hanya mendiamkan diri kerana mereka hanya menggunakan isu hudud untuk memancing undi,” katanya.

Menurutnya, itu jelas menunjukkan Pas bukan lagi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya DAP adalah parti yang dominan.

“Apabila di Selangor dibuka kilang daging khinzir, arak dijual secara berleluasa, rumah urut berleluasa, Pas hanya berdiam diri.

“Begitu juga dengan isu kalimah ALLAH apabila sampai ke hari ini PKR dan DAP masih berpegang dengan keputusan mesyuarat mereka bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu tanpa menghiraukan keputusan Majlis Syura Pas, ” katanya.

Bagi ribuan penyokong2 PAS akar umbi yang mengaji agama tak setinggi mana, eloklah mengikut jejak ulamak-ulamak dan NGO-NGO Islam ini yang hanya mahu melihat Islam di Malaysia dipelihara dan dijamin dengan baik. Kecenderungan ulamak dan NGO itu bukan berasaskan kepada pertimbangan politik sebaliknya mengambil kira kepentingan Islam dan umat Nabi Muhammad SAW.
Keputusan mereka menyokong BN bukan kerana BN itu sebuah parti yang amat sempurna. Sepertimana kata Ustaz Kazim, sekurang-kurangnya kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO telah dapat membukti malahan sudah berjaya memertabatkan Islam di Malaysia ini. Oleh kerana UMNO menjadi teras dalam kerajaan BN, sudah pasti suara UMNO didengar. Ditambah lagi perlembagaan UMNO adalah jelas memertabatkan perjuangan Islam, sama seperti PAS tetapi sama sekali tidak sama dengan PKR dan DAP. Jika menyokong PR jika PR menang bermakna umat Islam di Malaysia memberi kekuatan kepada DAP untuk menentang penubuhan negara Islam dan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh gereja. Pengalaman kita sehingga ke hari ini, Karpal Singh dan Guan Eng tidak pernah menarik balik dan memohon maaf kepada umat Islam walaupun puluhan NGO mendesak mereka berbuat demikian. Begitulah hebat dan degilnya pemimpin DAP yang menjadi sahabat baik kepada TG Nik Aziz dan Haji Hadi Awang.Oleh itu penyokong2 PAS perlu berfikiran terbuka. Terimalah pandangan ulamak2 dan pemimpin2 NGO Islam yang lebih mengetahui parti mana yang sewajarnya menjadi keutamaan pengundi2 Islam. Hanya UMNO / BN terbukti menjaminkan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

Tuesday, February 12, 2013

DAP mahu gabungkan Malaysia dan Singapura sebagai sebuah republik?

Semua umat Islam sedar bahawa jika Pakatan Rakyat yang menang, DAP dan PKR yang lebih berkuasa. PAS hanya jadi pak turut. Selama ini pun dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang amat jelas, peranan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri itu tidak besar mana pun. Apa PAS boleh buat dengan masalah sosial yang semakin serius, rumah-rumah urut bertambah hingga tidak terkawal lagi. Jualan arak berlesen dan tidak berlesen tidak dapat dikurangkan malahan lagi banyak bertambah. Kilang arak diperbesarkan lagi di Selangor. Mana janji PAS akan tutup kilang arak jika memerintah?

Ustaz Kazim dalam ceramahnya telah melahirkan rasa bimbang dengan perjuangan PAS pada hari ini. Beliau bukan orang politik cuma pendakwah bebas yang tidak memihak mana-mana parti. Yang tidak betul dicuci, dia taruh tak kira parti itu bulan atau keris. Bagi Ustaz Kazim, yang benar perlu dipertahankan, yang salah perlu ditegur. Kita perlu takut kepada Allah SWT bukan takut kepada Karpal Singh. Kita perlu utamakan tuntutan agama Islam bukan tuntutan dunia untuk ke Putrajaya.

Setakat ini, ustaz Kazim mengakui Islam sudah elok dijaga oleh kerajaan sedia ada (BN). Boleh dielokkan lagi jika umat Islam bersatu dan kuat. Tapi sekelompok umat Islam sebuah parti lain terlalu ghairah ke Putrajaya. Untuk ke Putrajaya, pemimpin PAS sanggup bersekongkol dengan parti yang terang-terang menentang negara Islam, menentang hukum hudud dan memperjuangkan kalimah Islam digunakan oleh gereja.

Pemimpin utama DAP memang begitu konsisten dan tegas dalam mempertahankan perjuangan mereka. Tapi pemimpin PAS terutama Presiden dan Mursyidul Am PAS selalu mengalah hingga sanggup menggadaikan maruah agama Islam. Dulu PAS memperjuangkan negara Islam hingga sesama Islam terutama orang-orang UMNO dikafirkan. Berlakulah Peristiwa berdarah Memali yang sukar dilupakan oleh sesiapa pun. Mereka terkorban kerana negara Islam. Tapi PAS perlu bertanggungjawab kepada keluarga Memali yang ditinggalkan dan terkorban kenapa pula negara Islam tidak lagi dijadikan dasar perjuangan PAS. Bukankah kerana hendak mengambil hati kaum-kaum bukan Islam, nak jagi hati karpal Singh yang keras kepala?

DAP belum berkuasa sepenuhnya. Cuma DAP berkuasa di Pulau Pinang. Apakah DAP benar-benar menjaga dan membela nasib umat Islam? Jika DAP memerintah Malaysia, bukan setakat Pulau Pinang jadi Singapura, kita terlalu yakin Malaysia dan Singapura akan bergabung sebagai sebuah republik. Tidak mustahil boleh berlaku jika orang Melayu berpecah belah dan rakyat tidak lagi menghormati Raja-Raja Melayu. 

Sebenarnya pihak manakah yang telah memberi muka kepada kaum bukan Islam hari ini menjadi semakin melampau? Tidak lain dan tidak bukan pemimpin PAS dan penyokong fanatik PAS bertanggungjawab sepenuhnya jika Islam semakin hancur, melayu semakin lemah dan raja Melayu tidak dihormati lagi. Fikirlah sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi!

Monday, February 11, 2013

Ahli Parlimen PKR rupanya kaki pembohong!

Semalam aku cuba mengikuti suatu majlis penyampaian hadiah Futsal Pemuda UMNO dalam Daerah Barat Daya.Turut hadir pada masa itu beberapa ADUN dalam Parlimen Balik Pulau. Ramai pemuda turut hadir dalam majlis tersebut.

Pengacara Majlis memberi peluang kepada YB ADUN Pulau Betong untuk memulakan ucapannya. Seperti biasa selaku orang politik cuba memberi kesedaran kepada pemuda betapa perlu pengundi-pengundi terutama di kalangan orang muda terus menyokong kerajaan sedia ada.

Beliau memberi beberapa contoh benar bagaimana pihak berkuasa kerajaan tempatan (MPPP) telah menyerahkan tanah seluas 6 ekar untuk dibina sekolah rendah dan menengah kepada International School dalam tempoh seminggu. Apakah tiada keperluan sebuah sekolah rendah dan menengah di kawasan itu? Sudah dua kali dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri tetapi setakat hari ini tiada sebarang penjelasan diberikan oleh kerajaan negeri. Sebenarnya menurut YB Farid, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DAP mahu menguji tahap kesabaran orang Melayu.

Masalah yang sama juga berlaku, sebatang jalan di Balik Pulau yang kiri dan kanan jalan itu adalah sawah padi yang sebenar tidak boleh ditambak untuk kegunaan lain selain untuk pertanian. Kini telah kawasan tanah itu seluas 0.3 ekar telah diluluskan sebagai perusahaan penternakan kambing boer walaupun mendapat bantahan daripada Jabatan Parit dan Saliran Daerah Balik Pulau. Diluluskan oleh Mesyuarat Exco tapi sehingga ke hari ini belum buat apa-apa lagi. Malahan tidak logik kata YB Farid, tanah seluas hanya lebih kurang 9000 kaki persegi digunakan untuk perusahaan penternakan kambing boer. Sebenarnya kerajaan negeri cuba menguji apakah yang reaksi pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat  seperti Yusmadi (PKR), Dato' Halim Hussin (PKR), Dato' Mansor (PKR), Dato' Salleh Man (PAS) dan  Dato' Abdul Malik Kassim (PKR). Semuanya diam membisu!

Mengikut ADUN Bayan Lepas, YB Syed Amerruddin yang berpengalaman lebih 14 tahun sebagai wakil rakyat dan sepenggal sebagai exco dalam kerajaan negeri dalam ucapannya beliau melahirkan rasa kerisauan dengan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang. Tegasnya lagi, baru selama 4 tahun lebih diperintah oleh Pakatan Rakyat banyak perbedaan dapat dilihat sejak BN kalah kepada Pakatan Rakyat. Macam-macam masalah kepada orang Melayu semasa DAP memerintah.

Orang Melayu yang berniaga barang permainan di Padang Kota lama ada mengadu bahawa dia dihalau oleh MPPP. Tapi persoalannya kenapa peniaga-peniaga Cina di Padang Kota Baru mulai dari Gurney Drive tidak pula dihalau malahan diberikan payung berniaga oleh MPPP. Untuk makluman di Padang Kota Baru tidak ada seorang pun peniaga-peniaga Melayu. Inilah antara tindakan kerajaan negeri yang merisaukan.

ADUN Pulau Betong memberitahu bahawa pemimpin PR suka membohongi rakyat. Dalam suatu majlis di salah sebuah sekolah Cina, Ahli Parlimen PKR dalam ucapannya memberitahu hadirin bahawa sekolah melayu di Balik Pulau tidak pernah menjemput dirinya memberi ucapan. Kemudian dia memberitahu kepada orang ramai bahawa jika ada rumah-rumah dirobohkan dalam parlimen Balik Pulau, dia bersedia untuk meletak jawatan. Ohhh! begitu hebatnya Yusmadi, ahli parlimen Balik Pulau. Kononnya pemimpin berjiwa rakyat.

Oleh kerana YB Farid diberi peluang berucap selepas itu maka YB Farid dengan tegas dan berani menidakkan segala tohmahan YB Yusmadi dalam majlis itu juga. Beliau terus menegaskan bahawa Yusmadi terang-terang membohongi rakyat kerana dia sendiri (Yusmadi) pernah memberi ucapan di SK Sungai Korok. YB Farid tahu dan semua orang kampung Jalan Baru tahu. Tapi kenapa seorang pemimpin Melayu sanggup membohongi rakyat seolah-olah orang Melayu sendiri tidak menghormati dia sebagai ahli parlimen? Bercakap pula di hadapan orang-orang Cina menunjukkan beliau berbangga dengan sekolah Cina yang sudi menjemput beliau. Kenapa Yusmadi kondem sekolah-sekolah Melayu bila berada di majlis bukan orang Islam?

Satu lagi Yusmadi patut meletak jawatan kerana YB Farid beritahu sudah ada 2 buah keluarga yang mengadu bahawa rumah mereka akan diroboh oleh pemaju. Beliau terpaksa menolong dua keluarga tersebut. Tapi apakah Yusmadi tahu bahawa dalam parlimennya sudah banyak rumah-rumah orang Melayu telah, sedang dan akan dihalau oleh pemaju?

Dalam kes yang lain, YB Syed pula memberitahu bahawa usaha menghalang pemaju merobohkan rumah-rumah orang Melayu di Kampung Matahari Naik telah dikatakan hasil usaha ahli parlimen. Sedangkan kata YB Syed, pihak Yusmadi telah lepas tangan seminggu sebelum tindakan meroboh oleh pemaju. Terpaksalah pihak YB Syed bantu mencari peguam kepada penduduk berkenaan dan dengan arahan mahkamah dapat menghalang tindakan pemaju.Alhamdulillah sehingga hari ini, penduduk di situ dapat kekal tinggal di rumah masing-masing. 

Sebenarnya begitulah sikap pemimpin PR yang kita kenali. Mereka lebih banyak bercakap daripada membuat kerja. Mereka lebih suka membuat tuduhan daripada mengakui kelemahan diri sendiri. Tapi rakyat rata-rata sudah sedar hanya menunggu PRU13 untuk membuat keputusan yang terbaik untuk orang rakyat Malaysia, agama dan negara kita yang tercinta.

Pada masa yang sama ada pula orang-orang kita orang Melayu sebelah sana (PAS dan PKR) memuji kebaikan pentadbiran kerajaan negeri DAP. Sama-sama kita pula tuduh menuduh, fitnah memfitnah, caci dan mencaci sebaliknya pihak berkuasa yang menghalau peniaga-peniaga kita orang Melayu dipuji dan disanjung. Beginikah caranya orang Melayu berpolitik? Beliau menyarankan kepada pemuda-pemuda supaya lebih berani ke hadapan. Jangan bersikap pasif sebaliknya agresif dalam menyerang jika kita diserang dengan tohmahan dan fitnah. Kita menyerang dengan fakta dan kebenaran. InsyaAllah jika kita berada di pihak yang benar Allah SWT akan menolong kita.


Saturday, February 9, 2013

TPM, TS Muhyiddin perlu minta maaf kepada KM Pulau Pinang, Tuan LimGuan Eng

Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng merasa kesal dengan kata 'bodoh' TPM, Muhyiddin terhadapnya baru-baru ini. Guan Eng berkata, “Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya."

Memang tak patutlah TPM kata begitu. Dia merupakan Ketua Menteri yang paling cerdik dalam sejarah Pulau Pinang. Mana tak cerdik, dia bukan rakyat negeri Pulau Pinang, dia dari Melaka boleh jadi Ketua Menteri sebuah negeri lain di Malaysia. Ini membuktikan bahawa Guan Eng merupakan pemimpin paling cerdik dan bukanlah bodoh seperti mana TPM katakan baru-baru ini. Tiada pemimpin Cina anak Pulau Pinang sendiri yang layak menjadi Ketua Menteri.Melainkan anak Cina dari Melaka juga yang lebih cerdik. Siapa yang bodoh?

Dia memang hebat, Ketua Menteri yang paling cerdik. Dia tidak bodoh. TS Muhyiddin mungkin belum kenal dengan dia. Dasar pemerintahan DAP di Pulau Pinang banyak menguntungkan politik DAP. 

Dasar rumah mampu milik bukan RM45 ribu tapi ratus ribu ringgit yang jelas tidak mampu dibeli oleh penduduk Pulau Pinang berpendapatan rendah. Dato' Mansor, TKM1 Pulau Pinang tak berani kata apa sebab Dato' Mansor sendiri mengiktiraf Guan Eng sebagai tokong hidup. Maklumlah jika banyak bercakap akan dipecat seperti mana yang DAP lakukan terhadap Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Presiden DAP.

Selaku KM Pulau Pinang dia amat berkuasa. Tokong yang paling berkuasa. Portfolio penting dalam kerajaan Pulau Pinang dia dan pemimpin2 DAP yang pegang. Exco Tanah, Exco Pembangunan Keusahawan dia yang pegang. Tanah untuk tapak masjid bukan senang-senang seperti dahulu (semasa BN) boleh diwakafkan kepada MAIPP.   Exco Kerjaraya Utiliti dan Pengangkutan lagi dipegang oleh DAP. Exco Perancangan Ekonomi Negeri dan Pendidikan diberikan juga kepada DAP. Cuma exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna diberikan kepada PKR. Wakil tunggal PAS langsung tidak diberikan apa-apa jawatan. Cuma ahli Yang Berhormat biasa. Tentulah berbeda dengan semangat BN semasa mentadbir negeri. Wakil Rakyat tunggal MIC diberi Exco Kesihatan sebagai mewakili kaum India di Pulau Pinang. 

Jika begitulah hakikatnya, Guan Eng tak bodoh. Yang bodoh sekarang adalah rakyat yang memberi kemenangan calon PR. Dalam ucapan sempena sambutan Hari Krismas, dia mendesak kerajaan persekutuan meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh gereja. Dia bukan tak tahu, isu kalimah Allah adalah isu yang sangat sensitif kepada umat Islam. Selaku pemimpin utama sebuah negeri tidak sepatutnya dia bercakap isu sensitif begitu. Tapi Guan Eng tidak bodoh. Dia bercakap juga kerana nak ambil hati pengundi-pengundi beragama Kristian. Pada masa yang sama umat Islam berbalah sesama sendiri. Satu puak sokong Guan Eng dan satu puak pula menentang Guan Eng. Huuh! itulah yang dikatakan Guan Eng nih bukan bodoh! Hingga hari ini walaupun ratusan demontrasi bantahan di seluruh negara termasuk penyokong-penyokong PAS dan mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf kepada umat Islam. Guan Eng tetap diam membisu. Dia tidak akan tunduk kepada desakan itu kerana dia tidak bodoh.

Dalam isu pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP (CEC) juga menampakkan kepintaran Guan Eng. Secara tidak langsung menunjukkan para perwakilan DAP yang bodoh kerana keputusan undian akhirnya berlaku kesilapan bukan 5 atu 6 undi tapi lebih 500 undi. Suatu yang luar biasa dan sukar diterima bagi mereka yang pernah mengikut tatacara pemilihan dan pengiraan undi. Sekali lagi keputusan diubah, sekali gus calon Melayu yang kalah dalam pemilihan itu telah terpilih untuk menduduki CEC. Ini menunjukkan DAP tidak rasis. Sekali lagi Guan Eng tidak bodoh. Ada beberapa laporan polis dibuat oleh pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan isu tersebut. Pihak ROS telah meminta Guan Eng menyerahkan laporan dan minit Mesyuarat Agung dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung. Tapi hingga ke hari ini difahamkan SU Agung DAP itu gagal menyerahkan laporan tersebut. Mungkin Guan Eng tidak akan hantar laporan tersebut. Guan Eng tidak bodoh jika dia tak hantar laporan itu.

Wahai penduduk Pulau Pinang yang akan mengundi tidak lama lagi. Jangan kita jadi bodoh. Kita kena bijak seperti KM kita. Jadi fahamlah kut setakat itu.

Sunday, February 3, 2013

DAP akan menguasai pemerintahan negara selepas PRU13

Semalam aku sempat dengar perbincangan tak formal di kalangan pegawai kanan kerajaan. Yang aku tahu mereka ini bukan pun ahli UMNO dan tidak pernah nampak mereka ini berada dalam majlis-majlis parti mana-mana pun.

Dari perbincangan itu dapat aku lihat kebimbangan mereka tentang kejatuhan kerajaan BN. Bukan soal mereka akan diturunkan pangkat, tidak dapat bonus dan takut kehilangan skim gaji kakitangan awam yang terbaik mereka nikmati hari ini. 

Sebenarnya mereka takut jika tumbang kerajaan BN, yang naik bukan kerajaan PR sebab PR belum wujud secara sah dari segi undang-undang. Tiada pendirian yang jelas dan tegas dari kalangan pemimpin komponen PR. DAP memang tegas dan konsisten tentang perjuangan mereka. Sebaliknya PAS semakin terkulai layu dalam perjuangan Islam dan hukum hudud. Isu Kalimah Allah sudah menjadi bukti yang jelas bahawa di kalangan kepimpinan PAS Pusat sudah ada flip-flop. Dalam isu hukum hudud, Presiden PAS sendiri pernah mengatakan bahawa hukum hudud cuma 0.001% daripada undang-undang syariah.

Salah seorang pegawai-pegawai kanan itu pula membangkitkan tentang bantahan DAP terhadap Syed Mokhtar yang akan diberi kontrak pelabuhan di Pulau Pinang. Kenapa kaum sejenis dengan DAP tidak senang melihat orang Islam dapat kontrak berjuta-juta sedangkan orang Islam sendiri dan selama ini tidak pernah mempertikaikan ramai orang Cina dan India menjadi jutawan di Malaysia. Sedangkan orang Islam lebih ramai jumlah penduduknya di Malaysia sepatutnya lebih ramai orang Islam yang menjadi jutawan. Sebaliknya orang bukan Islam pula yang lebih ramai yang kaya dan bergelar jutawan dan hartawan. Tidak ada pun orang Melayu, NGOs Melayu dan Islam bangkit mengadakan protes di jalanan kerana pembahagian kekayaan yang boleh dianggap sebagai tidak adil terutama kepada kaum Melayu sebagai penduduk pribumi di Malaysia ini.
Orang bukan Islam sepatutnya bersyukur kerana mereka bukan menumpang malahan mereka dibenarkan menguasai ekonomi dan kekayaan di bumi Malaysia bertuah ini. Mereka sepatutnya berterima kasih kepada rakyat Melayu yang tidak iri hati dengan kekayaan yang mereka miliki. Orang Melayu tidak marah melihat ribuan syarikat yang beroperasi di bandar-bandar besar dan pelabuhan adalah milik kaum Cina. Orang melayu tidak dengki melihat ribuan syarikat pengangkutan bas dan lori serta jentera berat adalah milik kaum DAP.

Tapi kenapa bila ada seorang yang bernama Syed Mokhtar al-Bukhary mahu diberikan kontrak wujudlah suara-suara sumbang daripada kaum DAP. Tidak rasiskah DAP jika bersikap seperti ini? Kenapa pula bila UMNO mempertahankan hak orang Bumiputera dan ketuanan Melayu dianggap sebagai rasis? Yang paling sedih, PAS juga turut menghentam UMNO sebagai parti rasis kerana memperjuangkan nasib orang Melayu. Sedangkan jika Melayu kaya, secara tidak langsung, Islam disegani lagi dihormati. Sebenarnya PAS lebih suka kepada politik permusuhan dan perpecahan!

Apakah orang Melayu di Malaysia ini tak boleh kaya? Kekayaan hanya untuk orang Cina semata-mata.  Kaum DAP perlu ingat suatu masa dan ketika, jika orang Melayu semakin tertindas jadi hamba abdi di tanah air sendiri, keharmonian antara kaum akan terjejas dan keamanan negara boleh tergugat. Isu rasis ini dibangkitkan bukan untuk menakutkan sesiapa, kejadian 13 Mei boleh dijadikan pengajaran kepada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Sejarah hitam mungkin boleh berulang jika pemimpin politik tertentu masih kekal dengan sikap rasis dan chauvanis mereka.

Orang Melayu sebenarnya perlu sedar dan faham tentang senario politik di Malaysia. Pengundi-pengundi Melayu/Bumiputera mesti boleh menilai secara adil. Jangan terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu hanya untuk merosakkan kredibiliti seseorang pemimpin dan kerajaan. Kesilapan demi kesilapan PAS semakin terserlah dari masa ke semasa sejak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Manakala DAP semakin kuat cengkaman tanpa tolak ansur dalam sesuatu isu. PKR pula bijak bermain politik, bersembunyi dan berdiam diri hanya untuk menjaga hati rakan-rakan dalam satu pakatan. Perjuangan PKR semakin lesu, perjuangan tidak jelas dan semakin kabur.

Oleh itu pendirian parti manakah yang boleh dijadikan landasan yang boleh dipercayai dan menyakinkan kita?  Lu fikir la sendiri!