"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, February 12, 2013

DAP mahu gabungkan Malaysia dan Singapura sebagai sebuah republik?

Semua umat Islam sedar bahawa jika Pakatan Rakyat yang menang, DAP dan PKR yang lebih berkuasa. PAS hanya jadi pak turut. Selama ini pun dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang amat jelas, peranan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri itu tidak besar mana pun. Apa PAS boleh buat dengan masalah sosial yang semakin serius, rumah-rumah urut bertambah hingga tidak terkawal lagi. Jualan arak berlesen dan tidak berlesen tidak dapat dikurangkan malahan lagi banyak bertambah. Kilang arak diperbesarkan lagi di Selangor. Mana janji PAS akan tutup kilang arak jika memerintah?

Ustaz Kazim dalam ceramahnya telah melahirkan rasa bimbang dengan perjuangan PAS pada hari ini. Beliau bukan orang politik cuma pendakwah bebas yang tidak memihak mana-mana parti. Yang tidak betul dicuci, dia taruh tak kira parti itu bulan atau keris. Bagi Ustaz Kazim, yang benar perlu dipertahankan, yang salah perlu ditegur. Kita perlu takut kepada Allah SWT bukan takut kepada Karpal Singh. Kita perlu utamakan tuntutan agama Islam bukan tuntutan dunia untuk ke Putrajaya.

Setakat ini, ustaz Kazim mengakui Islam sudah elok dijaga oleh kerajaan sedia ada (BN). Boleh dielokkan lagi jika umat Islam bersatu dan kuat. Tapi sekelompok umat Islam sebuah parti lain terlalu ghairah ke Putrajaya. Untuk ke Putrajaya, pemimpin PAS sanggup bersekongkol dengan parti yang terang-terang menentang negara Islam, menentang hukum hudud dan memperjuangkan kalimah Islam digunakan oleh gereja.

Pemimpin utama DAP memang begitu konsisten dan tegas dalam mempertahankan perjuangan mereka. Tapi pemimpin PAS terutama Presiden dan Mursyidul Am PAS selalu mengalah hingga sanggup menggadaikan maruah agama Islam. Dulu PAS memperjuangkan negara Islam hingga sesama Islam terutama orang-orang UMNO dikafirkan. Berlakulah Peristiwa berdarah Memali yang sukar dilupakan oleh sesiapa pun. Mereka terkorban kerana negara Islam. Tapi PAS perlu bertanggungjawab kepada keluarga Memali yang ditinggalkan dan terkorban kenapa pula negara Islam tidak lagi dijadikan dasar perjuangan PAS. Bukankah kerana hendak mengambil hati kaum-kaum bukan Islam, nak jagi hati karpal Singh yang keras kepala?

DAP belum berkuasa sepenuhnya. Cuma DAP berkuasa di Pulau Pinang. Apakah DAP benar-benar menjaga dan membela nasib umat Islam? Jika DAP memerintah Malaysia, bukan setakat Pulau Pinang jadi Singapura, kita terlalu yakin Malaysia dan Singapura akan bergabung sebagai sebuah republik. Tidak mustahil boleh berlaku jika orang Melayu berpecah belah dan rakyat tidak lagi menghormati Raja-Raja Melayu. 

Sebenarnya pihak manakah yang telah memberi muka kepada kaum bukan Islam hari ini menjadi semakin melampau? Tidak lain dan tidak bukan pemimpin PAS dan penyokong fanatik PAS bertanggungjawab sepenuhnya jika Islam semakin hancur, melayu semakin lemah dan raja Melayu tidak dihormati lagi. Fikirlah sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi!

5 comments:

  1. jika singapork berjaya disatukan dengan malaysia, akibatnya cina singapork akan menggunakan duit mereka yg.banyak untuk membeli sebanyak mungkin tanah di sini..

    masa tu felda pon boleh jadi syarikat hak milik cina.

    islam bukan agama rasmi, institusi raja hilang dan melayu akan jadi babu di tanah sendiri..40% kakitangan kerajaan dibuang kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka benarlah kenyataan anon diatas, tapi sitotok pas tidak akan mempercayainya.

      Delete
  2. Nak tambah Anonymous February 12, 2013 at 6:06 PM

    Di seluruh Pasaraya Kaunter khas makanan dan minuman halal akan di buka untuk umat Islam supaya di asingkan dari makanan dan minuman yang lain. Mesti orang Islam pada waktu itu bangga sebab mereka jadi golongan istimewa. Makanan ada kaunter khas lagi. Jadi ala -ala Yahudi di negara lain ada kaunter khas untuk makanan kosher.

    ReplyDelete
  3. Maka benarlah kenyataan anon diatas, tapi sitotok pas tidak akan mempercayainya.

    ReplyDelete
  4. No matter if some one searches for his vital thing, thus he/she desires to be available
    that in detail, thus that thing is maintained over here.
    Look into my web-site interesting article

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.