Semalam aku sempat dengar perbincangan tak formal di kalangan pegawai kanan kerajaan. Yang aku tahu mereka ini bukan pun ahli UMNO dan tidak pernah nampak mereka ini berada dalam majlis-majlis parti mana-mana pun.
Dari perbincangan itu dapat aku lihat kebimbangan mereka tentang kejatuhan kerajaan BN. Bukan soal mereka akan diturunkan pangkat, tidak dapat bonus dan takut kehilangan skim gaji kakitangan awam yang terbaik mereka nikmati hari ini.
Sebenarnya mereka takut jika tumbang kerajaan BN, yang naik bukan kerajaan PR sebab PR belum wujud secara sah dari segi undang-undang. Tiada pendirian yang jelas dan tegas dari kalangan pemimpin komponen PR. DAP memang tegas dan konsisten tentang perjuangan mereka. Sebaliknya PAS semakin terkulai layu dalam perjuangan Islam dan hukum hudud. Isu Kalimah Allah sudah menjadi bukti yang jelas bahawa di kalangan kepimpinan PAS Pusat sudah ada flip-flop. Dalam isu hukum hudud, Presiden PAS sendiri pernah mengatakan bahawa hukum hudud cuma 0.001% daripada undang-undang syariah.
Salah seorang pegawai-pegawai kanan itu pula membangkitkan tentang bantahan DAP terhadap Syed Mokhtar yang akan diberi kontrak pelabuhan di Pulau Pinang. Kenapa kaum sejenis dengan DAP tidak senang melihat orang Islam dapat kontrak berjuta-juta sedangkan orang Islam sendiri dan selama ini tidak pernah mempertikaikan ramai orang Cina dan India menjadi jutawan di Malaysia. Sedangkan orang Islam lebih ramai jumlah penduduknya di Malaysia sepatutnya lebih ramai orang Islam yang menjadi jutawan. Sebaliknya orang bukan Islam pula yang lebih ramai yang kaya dan bergelar jutawan dan hartawan. Tidak ada pun orang Melayu, NGOs Melayu dan Islam bangkit mengadakan protes di jalanan kerana pembahagian kekayaan yang boleh dianggap sebagai tidak adil terutama kepada kaum Melayu sebagai penduduk pribumi di Malaysia ini.
Orang bukan Islam sepatutnya bersyukur kerana mereka bukan menumpang malahan mereka dibenarkan menguasai ekonomi dan kekayaan di bumi Malaysia bertuah ini. Mereka sepatutnya berterima kasih kepada rakyat Melayu yang tidak iri hati dengan kekayaan yang mereka miliki. Orang Melayu tidak marah melihat ribuan syarikat yang beroperasi di bandar-bandar besar dan pelabuhan adalah milik kaum Cina. Orang melayu tidak dengki melihat ribuan syarikat pengangkutan bas dan lori serta jentera berat adalah milik kaum DAP.
Tapi kenapa bila ada seorang yang bernama Syed Mokhtar al-Bukhary mahu diberikan kontrak wujudlah suara-suara sumbang daripada kaum DAP. Tidak rasiskah DAP jika bersikap seperti ini? Kenapa pula bila UMNO mempertahankan hak orang Bumiputera dan ketuanan Melayu dianggap sebagai rasis? Yang paling sedih, PAS juga turut menghentam UMNO sebagai parti rasis kerana memperjuangkan nasib orang Melayu. Sedangkan jika Melayu kaya, secara tidak langsung, Islam disegani lagi dihormati. Sebenarnya PAS lebih suka kepada politik permusuhan dan perpecahan!
Apakah orang Melayu di Malaysia ini tak boleh kaya? Kekayaan hanya untuk orang Cina semata-mata. Kaum DAP perlu ingat suatu masa dan ketika, jika orang Melayu semakin tertindas jadi hamba abdi di tanah air sendiri, keharmonian antara kaum akan terjejas dan keamanan negara boleh tergugat. Isu rasis ini dibangkitkan bukan untuk menakutkan sesiapa, kejadian 13 Mei boleh dijadikan pengajaran kepada rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Sejarah hitam mungkin boleh berulang jika pemimpin politik tertentu masih kekal dengan sikap rasis dan chauvanis mereka.
Orang Melayu sebenarnya perlu sedar dan faham tentang senario politik di Malaysia. Pengundi-pengundi Melayu/Bumiputera mesti boleh menilai secara adil. Jangan terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu hanya untuk merosakkan kredibiliti seseorang pemimpin dan kerajaan. Kesilapan demi kesilapan PAS semakin terserlah dari masa ke semasa sejak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Manakala DAP semakin kuat cengkaman tanpa tolak ansur dalam sesuatu isu. PKR pula bijak bermain politik, bersembunyi dan berdiam diri hanya untuk menjaga hati rakan-rakan dalam satu pakatan. Perjuangan PKR semakin lesu, perjuangan tidak jelas dan semakin kabur.
Oleh itu pendirian parti manakah yang boleh dijadikan landasan yang boleh dipercayai dan menyakinkan kita? Lu fikir la sendiri!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.