"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, February 9, 2013

TPM, TS Muhyiddin perlu minta maaf kepada KM Pulau Pinang, Tuan LimGuan Eng

Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng merasa kesal dengan kata 'bodoh' TPM, Muhyiddin terhadapnya baru-baru ini. Guan Eng berkata, “Saya berasa dukacita bahawa Timbalan Perdana Menteri menggunakan bahasa yang tidak senonoh terhadap saya."

Memang tak patutlah TPM kata begitu. Dia merupakan Ketua Menteri yang paling cerdik dalam sejarah Pulau Pinang. Mana tak cerdik, dia bukan rakyat negeri Pulau Pinang, dia dari Melaka boleh jadi Ketua Menteri sebuah negeri lain di Malaysia. Ini membuktikan bahawa Guan Eng merupakan pemimpin paling cerdik dan bukanlah bodoh seperti mana TPM katakan baru-baru ini. Tiada pemimpin Cina anak Pulau Pinang sendiri yang layak menjadi Ketua Menteri.Melainkan anak Cina dari Melaka juga yang lebih cerdik. Siapa yang bodoh?

Dia memang hebat, Ketua Menteri yang paling cerdik. Dia tidak bodoh. TS Muhyiddin mungkin belum kenal dengan dia. Dasar pemerintahan DAP di Pulau Pinang banyak menguntungkan politik DAP. 

Dasar rumah mampu milik bukan RM45 ribu tapi ratus ribu ringgit yang jelas tidak mampu dibeli oleh penduduk Pulau Pinang berpendapatan rendah. Dato' Mansor, TKM1 Pulau Pinang tak berani kata apa sebab Dato' Mansor sendiri mengiktiraf Guan Eng sebagai tokong hidup. Maklumlah jika banyak bercakap akan dipecat seperti mana yang DAP lakukan terhadap Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Presiden DAP.

Selaku KM Pulau Pinang dia amat berkuasa. Tokong yang paling berkuasa. Portfolio penting dalam kerajaan Pulau Pinang dia dan pemimpin2 DAP yang pegang. Exco Tanah, Exco Pembangunan Keusahawan dia yang pegang. Tanah untuk tapak masjid bukan senang-senang seperti dahulu (semasa BN) boleh diwakafkan kepada MAIPP.   Exco Kerjaraya Utiliti dan Pengangkutan lagi dipegang oleh DAP. Exco Perancangan Ekonomi Negeri dan Pendidikan diberikan juga kepada DAP. Cuma exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna diberikan kepada PKR. Wakil tunggal PAS langsung tidak diberikan apa-apa jawatan. Cuma ahli Yang Berhormat biasa. Tentulah berbeda dengan semangat BN semasa mentadbir negeri. Wakil Rakyat tunggal MIC diberi Exco Kesihatan sebagai mewakili kaum India di Pulau Pinang. 

Jika begitulah hakikatnya, Guan Eng tak bodoh. Yang bodoh sekarang adalah rakyat yang memberi kemenangan calon PR. Dalam ucapan sempena sambutan Hari Krismas, dia mendesak kerajaan persekutuan meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh gereja. Dia bukan tak tahu, isu kalimah Allah adalah isu yang sangat sensitif kepada umat Islam. Selaku pemimpin utama sebuah negeri tidak sepatutnya dia bercakap isu sensitif begitu. Tapi Guan Eng tidak bodoh. Dia bercakap juga kerana nak ambil hati pengundi-pengundi beragama Kristian. Pada masa yang sama umat Islam berbalah sesama sendiri. Satu puak sokong Guan Eng dan satu puak pula menentang Guan Eng. Huuh! itulah yang dikatakan Guan Eng nih bukan bodoh! Hingga hari ini walaupun ratusan demontrasi bantahan di seluruh negara termasuk penyokong-penyokong PAS dan mendesak Guan Eng menarik balik dan memohon maaf kepada umat Islam. Guan Eng tetap diam membisu. Dia tidak akan tunduk kepada desakan itu kerana dia tidak bodoh.

Dalam isu pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP (CEC) juga menampakkan kepintaran Guan Eng. Secara tidak langsung menunjukkan para perwakilan DAP yang bodoh kerana keputusan undian akhirnya berlaku kesilapan bukan 5 atu 6 undi tapi lebih 500 undi. Suatu yang luar biasa dan sukar diterima bagi mereka yang pernah mengikut tatacara pemilihan dan pengiraan undi. Sekali lagi keputusan diubah, sekali gus calon Melayu yang kalah dalam pemilihan itu telah terpilih untuk menduduki CEC. Ini menunjukkan DAP tidak rasis. Sekali lagi Guan Eng tidak bodoh. Ada beberapa laporan polis dibuat oleh pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan isu tersebut. Pihak ROS telah meminta Guan Eng menyerahkan laporan dan minit Mesyuarat Agung dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung. Tapi hingga ke hari ini difahamkan SU Agung DAP itu gagal menyerahkan laporan tersebut. Mungkin Guan Eng tidak akan hantar laporan tersebut. Guan Eng tidak bodoh jika dia tak hantar laporan itu.

Wahai penduduk Pulau Pinang yang akan mengundi tidak lama lagi. Jangan kita jadi bodoh. Kita kena bijak seperti KM kita. Jadi fahamlah kut setakat itu.

1 comment:

  1. tu pon untung DPM ckp "bodoh" kat hang...bodohhhhh

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.