Ketua Pemuda MIC, T. Mohan mendakwa beliau tidak pernah menuduh parti UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) terlibat dengan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS). Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah diputar belit oleh sesetengah pihak sehingga beberapa pemimpin UMNO salah faham. "Saya hanya mengatakan jika UMNO terlibat, MIC akan mengkaji kedudukan parti tersebut dalam BN.
T.Mohan jangan berlagak sombong dan bongkak. Beliau perlu sedar bahawa BN/UMNO tidak gentar dengan ugutan dan ancaman untuk keluar dari BN. Selaku pemimpin tertinggi dalam MIC, beliau perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan oleh pemimpin UMNO bersama pemimpin MCA dan MIC dahulu. T.Mohan tidak akan mengancam untuk keluar dari BN jika dia mengkaji bagaimana pengorbanan UMNO/BN kepada MIC. Bagaimana sikap toleransi kepimpinan UMNO menyerah beberapa kerusi DUN dan Parlimen kawasan majoriti orang Melayu untuk calon MIC. Atas semangat setiakawan dalam BN, UMNO sanggup korbankan untuk MIC.
T. Mohan tidak layak menjadi Ketua Pemuda MIC jika beginilah cara beliau menyelesaikan masalah partinya. Budaya ugutan tidak sesuai dalam semangat BN. MIC bukan sebuah parti besar dalam komponen BN. Namun begitu pemimpinnya tetap mendapat tempat dalam kabinet kerajaan pusat BN walaupun kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lalu. Kepimpinan BN yang diterajui oleh DS Najib telah mengambil kira semua hati rakyat pelbagai kaum. Tapi janganlah melatah membuat tuduhan dan dakwaan secara membuta tuli. Sudahlah tidak mahu memohon maaf tunjuk pula sikap kesombongan dan keangkuhannya bahawa beliau langsung tidak bersalah.
Tindakan untuk mengugut keluar daripada BN jika..jika UMNO terlibat merupakan suatu ugutan. T.Mohan tunjuk bahawa dia pemimpin yang berani dan MIC adalah parti yang kuat. Seolah jika MIC keluar dari BN, UMNO/BN akan lemah. Tapi pemimpin tertinggi UMNO tidak bersikap seperti T.Mohan walaupun kadang-kadang kenyataan pemimpin MIC sangat melukakan hati pemimpin-pemimpin UMNO. Berhati-hatilah, jangan sampai pemimpin-pemimpin UMNO dan NGOs pro UMNO mendesak MIC keluar daripada BN. Dalam situasi politik hari ini, perjuangan UMNO masih relevan dan konsisten untuk kepentingan orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Majoriti orang Melayu termasuk golongan muda telah mulai memahami perjuangan UMNO. Orang Melayu sudah mulai sedar bahawa PAS dan PKR hanyalah boneka kepada DAP. Sudah semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR keluar meninggalkan parti PKR. Dan sudah ada cawangan-cawangan PAS dibubarkan dan digantikan dengan UMNO kerana bekas pemimpin PAS kecewa dengan dasar perjuangan PAS yang semakin bercelaru. Oleh itu ugutan T. Mohan untuk keluar dari BN boleh kita anggap sebagai suatu ugutan dari seorang yang kecewa, emosional, tidak matang dan biadab.