"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, May 29, 2010

MESYUARAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN HANGAT!

Difahamkan Mesyuarat Pemuda Bahagian hangat semalam! Ahli pemuda bertepuk meja, kononnya ada isu panas. Pemuda mulai berani menepuk meja mesyuarat. Itulah hebatnya pemuda UMNO hari ini. Hingga berani meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Menteri tertentu. Kita tunggu dan lihat Persidangan Agung Pemuda UMNO itu nanti mungkin lebih hangat lagi. Mungkin bahang panasnya mesyuarat semalam boleh sampai ke meja persidangan agung UMNO yang akan datang? Atau mungkin bahang panasnya sudah pun lenyap sesejuk angin subuh pada pagi tadi juga. 
Tapi ada juga pemuda yang melatah biarpun bersemangat sekalipun adab dan sopan perlu dijaga. Jangan mencabar atau mengasak pemimpin UMNO tertentu meletak jawatan! Jangan jadi Vell Paari, anak Tok Samy Vellu  yang menuduh UMNO melakukan pembunuhan politik. Jangan kerana marah nyamuk, kita bakar kelambu. Apakah wajah Vell Paari ada dalam Pemuda Bahagian? Mahu melakukan pembunuhan politik pemimpin tertentu? Ingatlah bukan semua pemimpin di kawasan kita semuanya perfect. Ada yang baik dan ada yang lemah. Ada yang laju dan ada yang slow. Oleh itu jangan emosional dalam perbahasan dan mengasak, mencabar dan mendesak pemimpin untuk meletak jawatan. Apakah dengan perletakan jawatan pemimpin itu boleh menyelesaikan masalah pemuda UMNO? Kita bimbang jika ada yang beranggapan bahawa pemuda sudah mulai membuka gelanggang politik melobi untuk naik dan jatuh pemimpin tertentu? Kita masih yakin kepimpinan Pemuda boleh membuat perubahan supaya barisan kepimpinan pemuda lebih bersatu, agresif dan progresif dalam usaha membantu BN/UMNO menjelang PRU13 nanti.

9 comments:

  1. pak tam pemuda balik pulau skan bergerak dan terus bergerak bagi memperjuangkan nasib ahli2 ahli umno yg layak untuk kenaikan pangkat...

    pihak pemuda umno berpendapat perkara ini tidak sepatutnya berlaku..

    pemuda umno balik pulau juga merasa hairan knp ini boleh berlaku sedangkan ia telah ditetapkan pihak kerajaan cara kenaikan pangkat..

    pemuda balik pulau akan berusaha dan memcuba membongkar pegawai kerajaan yang tidak telus dalam isu kenaikan pangkat...

    kerana perkara sebebgi perlu ditekan kan krn pihak lain akan menyalahkan pihak menteri sedangkan ia berlaku di pihak bawahan....

    insyallah ia pasti akan berlaku...

    ReplyDelete
  2. Apakah Pegawai Khas Menteri itu buat? Kita bukan nak rebut jawatan orang tapi sekadar menduduki jwt yg sesuai dan sepadan dgn pengalaman kita. Pendek kata, sgt bergantung kpd Ketua Jabatan, ndak seribu daya tak ndak seribu dalih. jika depa mahu, depa usaha kekal di jwtn tertentu walapun tak layak. Sebab depa mahu kerana kroni. Ada peg di jabatn tertentu sdh lebih puluh tahun tak bertukar tempat, kenapa? Jika guru yg dilihat kuat dgn umno jgn mimpi nak dapat duduk dlm ppd atau jpn. kalu nak duduk kat jpn dan ppd, jgn tunjuk sgt sokong umno. itulah hakikatnya yg sedang berlaku.

    ReplyDelete
  3. terima kasih pak busu...
    sekrg nie pemuda balik sedang berusaha kearah itu..mungkin org akan kata ia sudah terlambat...bagi pihak kami lebih buat dari tak buat...

    tindakan dan usaha ini d ambil selepas kita mendapat maklumat bahawa kerajaan DAP di PP telah mensabotajkan anak melayu untuk bekerja.. apabila mereka ini dari ahli keluarga umno..

    oleh itu kita akan berusaha dan memastikan guru2 yang menyokong umno diberi tempat...terutamanya kepada yang layak...

    kita kena ingat bahawa DAP menguasai kerajaan PP..bukan Kerajaan menguasai DAP..

    ReplyDelete
  4. Bermakna UMNO baru nak belajar bagaimana DAP memerintah negara. Tapi semangat umno berdegum degam di peringkat bawah shj. Apa ketua bahagian telah buat utk pastikan beberapa org kuat umno yg ada di sek. dan jabatan dibela nasib mereka. Ada yg terima tekanan hingga nak opt awal? Sapa ambil tahu kenapa?

    ReplyDelete
  5. pak busu jgn meletak semua kesalahan ke atas umno...saya hanya boleh beranggapan bahawa pemimpin dahaulu memberi peluang kepada semua org untuk menjawat jawatan tanpa mengira kaum atau pun berasakan parti yang mereka ikuti...tetapi sekarang apa yang dilakukan oleh pihak DAP amat menghiris hati orang melayu terutamanya orang yang menyokong UMNO...

    saya mengakui kelemahan ketua bahagian yang tidak memainkan peranan penting...xpi itu x bererti perjuangan itu selesai...

    sepatutnya pak busu menyokong dan pandangan kepada peranan yg cuba dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau sdr. Aziaan Hj. Ariffin dan Jawatankuasanya...

    ReplyDelete
  6. pak busu jgn meletak semua kesalahan ke atas umno...saya hanya boleh beranggapan bahawa pemimpin dahaulu memberi peluang kepada semua org untuk menjawat jawatan tanpa mengira kaum atau pun berasakan parti yang mereka ikuti...tetapi sekarang apa yang dilakukan oleh pihak DAP amat menghiris hati orang melayu terutamanya orang yang menyokong UMNO...

    saya mengakui kelemahan ketua bahagian yang tidak memainkan peranan penting...xpi itu x bererti perjuangan itu selesai...

    sepatutnya pak busu menyokong dan pandangan kepada peranan yg cuba dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau sdr. Aziaan Hj. Ariffin dan Jawatankuasanya...

    ReplyDelete
  7. Ya saya faham UMNO semakin sedar setelah jadi pembangkang. Inilah hikmah disebalik apa yg telah berlaku. Jika tidak pemimpin UMNO terus leka dan lena dibuai mimpi. Sy ucap tahniah jika pemuda balik pulau mulai sepak mula utk membuat sesuatu. Tk.

    ReplyDelete
  8. Salam. Kenaikan pangkat dikalangan kakitangan kerajaan terutamanya di Pulau Pinang pada amnya dan di Balik Pulau khasnya perlu diberi perhatian serius.
    Kebajikan kakitangan kerajaan perlu dijaga, termasuklah kenaikan pangkat. Jika sudah lama bertugas dengan prestasi kerja yang baik, majikan perlu melihat perkara ini. Dengan menjaga kebajikan dan kenaikan pangkat akan melonjakkan prestasi kerja serta dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.

    Berbalik kepada guru-guru yang sepatutnya dinaikkan pangkat tetapi tiada mendapat perhatian dari Jabatan Pelajaran Negeri, perkara ini jangan dipandang sepi. Banyak perkara yang boleh disabitkan kenapa guru tersebut tidak dinaikkan pangkat. Mungkin tidak mengisi borang Permohonan Kenaikan Pangkat, prestasi tahunan rendah atau berlakunya kroni-kroni.

    Saya ingin memberi beberapa cadangan:
    1. Pergerakan Pemuda harus berjumpa Pengetua/Guru Besar agar guru berkenaan diberi prestasi tahunan tinggi. Pengetua /Guru Besar jangan kedekut memberi markah tinggi. Pengetua/Guru Besar sekolah Cina sebaliknya, mereka tidak loket.

    2. Pergerakan Pemuda harus juga berjumpa dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk berbincang soal ini.

    3. Harus diingatkan bahawa guru-guru yang aktif dalam UMNO perlu diberi perhatian dan diutamakan dalam soal ini. Guru tersebut hendaklah juga memberi komitmen dan komited dalam kerja.

    Pak Tam pun tercicir dalam kenaikan pangkat! Selamat Berjuang!

    ReplyDelete
  9. abang ara terima kasih dgn pandangan yang cukup membina pada saya dan saya berjanji perkara ini akan dibawa dlm mesy pemuda yang akan datang..dan saya pastikan perkara ini akan berlaku...

    dan ada beberap masalah lain yang harus dibaw dlm mesy..

    saya akan terus berdoa agar pemilihan pada 2011 nanti kalau ada..pastikan lah yang menjawat jawatan ajk pemuda nanti adalah insan yang nak buat kerja...

    marilah kita pakat-pakat sokong pada pemuda yang nak buat kerja..bukan sekadar menumpang group...

    ini yang buat umno rosak...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.