"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, May 19, 2010

Judi Bola: Kerajaan Didesak Tarikh Balik Lesen Judi Yang Dikeluarkan!

Kepimpinan DS Najib mulai tercemar dengan kelulusan lesen judi bola oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini. Apakah kebenaran lesen judi bola sepak ini mencerminkan amalan konsep 1 Malaysia oleh DS Najib? Adakah kelulusan lesen judi itu selaras dan seiring dengan kehendak rakyat Malaysia pelbagai etnik dan budaya? Kini konsep 1 Malaysia yang dikatakan selari dengan kehendak Islam mulai dipersoalkan oleh rakyat. 
Judi adalah haram dalam Islam. Yang haram tetap haram. Malahan tiada hukum darurat lagi yang memboleh judi itu dihalalkan oleh kerajaan. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah Taala berfirman yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". (Al-Baqarah : 219).
Kami yang kerdil merayu dan menyeru kepada Menteri-Menteri UMNO yang mengakui dirinya bangsa Melayu beragama Islam untuk mencari jalan terbaik untuk tangani isu ini. Tarik balik lesen judi itu. Pembangkang mulai menggunakan isu ini. Mereka mulai bercakap di merata tempat di kedai-kedai kopi, masjid dan surau apatah lagi dalam ceramah-ceramah politik mereka. 
Kepimpinan UMNO tidak perlu layan permintaan rakan-rakan dari kaum lain dalam komponen BN. Dalam PRK yang lalu terutama di Hulu Selangor dan Sibu, jelas dan nyata undi kaum Cina tidak lagi memihak kepada BN. Kenapa kerajaan Malaysia masih mahu tunduk atau memujuk hati kaum Cina? Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Penarikan balik lesen judi itu tidak bermakna kerajaan BN anti kaum Cina yang suka berjudi. Kerajaan Malaysia perlu mendengar keluhan dan pandangan para mufti dan ulamak tentang isu ini. Golongan Umarak dan Ulamak hendaklah seiring dalam mentadbir kerajaan Malaysia selari dengan Malaysia sebuah negara Islam.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.