Program Pentas Pemuda telah mendedahkan sikap sebenarnya Anwar Ibrahim. DS Zahrin, ahli parlimen bebas (Bayan Baru) dan Sdr Lokman Noor Adam exco Pemuda UMNO Malaysia adalah penceramah jemputan yang merupakan kawan rapat kepada Anwar Ibrahim.
Menurut Sdr Azian, Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau pihak penganjur telah mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah Barat Daya untuk mengadakan program tersebut dalam dewan Balora Mastika. Namun kebenaran itu ditarik balik bila ada bantahan oleh pemimpin PKR. Begitulah sikap sebenarnya pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Pulau Pinang secara hipokrit dan autokratik. Kebebasan bersuara hanya omong kosong pemimpin Pakatan Rakyat.
Alhamdulillah cuaca semalam cukup baik telah membolehkan penganjur sempat menjadikan sebuah lori sebagai pentas. Orang ramai tidak berganjak hingga ceramah tamat kira-kira jam 11.55 malam. Sdr Lokman dengan yakin dapat menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim bijak bermain dengan kata-kata. Anwar Ibrahim memang cukup hebat dan itulah keistimewaannya. DS Zahrin telah mencabar Anwar Ibrahim supaya menyamannya dan membawanya ke mahkamah jika ia berani. Menurut DS Zahrin, Anwar menggunakan mahkamah untuk menutup mulutnya. Tapi beliau tidak sama sekali gentar dengan ugutan itu dan bersedia ke mahkamah. Di mahkamah beliau akan melondeh semua hal buruk Anwar Ibrahim.
DS Zahrin merayu rakan-rakan dari PAS dan PKR yang masih bersekongkol dengan DAP supaya berfikir semula. Hanya UMNO menurut beliau yang mampu membela nasib orang-orang Melayu dan Islam ketika ini. Beliau masih 'jual mahal' jika dilamarkan untuk kembali kepada Umno. Beliau dan rakan-rakan sedang menjelajah seluruh Malaysia untuk menyedarkan orang-orang Melayu supaya bersatu dengan meninggalkan Pakatan Rakyat. Menurut beliau PKR akan hancur tidak lama lagi kerana dasar perjuangan PKR sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya. Syabas! Program Pentas Pemuda hendaklah diteruskan lagi dengan terus menjemput penceramah dari bekas pemimpin-pemimpin PKR dan PAS.
minta ada lgi progrm semcm ini. tahniah
ReplyDeleteprogram pentas pemuda akan diteruskan..dan kita akan terus membongkar kezaliman dibawah pemerintahan LIM Guan Eng dan juga Pakatan Rakyat...tunggu sahaja penguman-penguman yg akan disebarkan tak lama lagi.... untuk program pentas pemuda sebegini dijalan sehingga PRU 13 nanti...
ReplyDeleteSyabas pemuda balik pulau, tahniah! Malam itu kelihatan ramai org bukan umno turut hadir. Cadangan buat di luar dewan spt malam itu. Gunakan lori sebagai pentas suatu nostalgia bhw jika melayu alpa beginilah jadinya, dewan dirampas, permit tak diberi, Melayu akan hidup merana di bumi sendiri. Apakah kita mahu biarkan DAP terus memrintah dan PAS serta PKR bersekongkol hanya untuk kuasa politik tidak dapat berbuat apa2 pun!
ReplyDeleteSyabas Pergerakan Pemuda UMNO Balik Pulau atas daya usaha walaupun mendapat kekangan. Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh DS Zaharin dan En Lokman. Syabas!
ReplyDeletePada malam itu saya lihat ramai pemuda yang hadir tetapi tidak membanggakan.