Kepimpinan DS Najib mulai tercemar dengan kelulusan lesen judi bola oleh kerajaan kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini. Apakah kebenaran lesen judi bola sepak ini bersesuaian dengan Gagasan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh DS Najib? Adakah kelulusan lesen judi itu selaras dan seiring dengan kehendak rakyat Malaysia pelbagai etnik dan budaya? Kini konsep 1 Malaysia yang dikatakan selari dengan kehendak Islam oleh DS Najib sendiri mulai dipersoalkan oleh rakyat.
Judi adalah haram dalam Islam. Yang haram tetap haram. Malahan tiada hukum darurat lagi yang membolehkan judi itu dihalalkan oleh kerajaan. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah Taala berfirman yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". (Al-Baqarah : 219).Kami yang kerdil merayu dan menyeru kepada Menteri-Menteri UMNO yang mengakui dirinya bangsa Melayu beragama Islam untuk mencari jalan terbaik untuk tangani isu ini. Tarik balik lesen judi itu. Pembangkang mulai menggunakan isu ini. Mereka mulai bercakap di merata tempat di kedai-kedai kopi, masjid dan surau apatah lagi dalam ceramah-ceramah politik mereka. Mereka akan jadikan isu judi bola ini hinggalah kepada kempen PRU13 nanti. Kenapa kerajaan BN masih belum sensitif dengan iklim politik baru di Malaysia hari ini? Apakah ada maksud tersurat dan tersirat di sebalik kelulusan judi bola ini?
Sesungguhnya kepimpinan kerajaan khususnya UMNO tidak perlu layan permintaan rakan-rakan dari kaum lain dalam komponen BN. Dalam PRK yang lalu terutama di Hulu Selangor dan Sibu, jelas dan nyata undi kaum Cina tidak lagi memihak kepada BN. Kenapakah kerajaan Malaysia masih harus tunduk jikapun didesak atau memujuk hati kaum Cina jika mereka merajuk? Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Penarikan balik lesen judi itu tidak bermakna kerajaan BN anti kaum Cina yang suka berjudi. PM dan Kementerian Kewangan yang melukuskan lesen judi itu perlu peka dengan keluhan dan pandangan para mufti dan ulamak tentang isu ini. Golongan Umarak (Pemerintah) dan Ulamak hendaklah seiring dalam mentadbir kerajaan Malaysia selari dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
UMNO jangan ikut politik ala PAS. Biarpun PAS menghalalkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan pemimpin UMNO menentang keras penggunaan kalimah Allah. Itu kita sokong tapi kenapa pula kerajaan meluluskan judi bola. Kenapa pemimpin UMNO yang duduk di atas singgahsana duduk diam membisu seribu bahasa? Sekurang-kurangnya berilah penjelasan kepada rakyat majoriti Islam yang ingin tahu, kenapa judi bola sepak yang haram itu boleh diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia? Kami akan terus bersuara berulangkali sehingga judi bola itu ditarik balik demi memastikan syiar Islam hidup subur di bumi Malaysia ini. Takbir!

ya islam mesti dipertahankan. teruskan perjuangan.
ReplyDeletehidup islam
ReplyDeleteDalam hal ini, semua umat Islam di Malaysia bersatu tidak mengira apa fahaman politik, mendesak kepada pihak berwajib supaya Penjudian Bolasepak tidak menjadi kenyataan. Tanggungjawab kita bersama!
ReplyDelete