"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, May 7, 2010

Apakah Guan Eng mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz?

Seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Walaupun padamasa yang sama Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan. Abdul Malik, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam (Khalifah Umar) sebagai contoh dalam pentadbirannya.
Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut. Tambah Shabudin lagi, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya (mencontohi pentadbiran Khalifah Umar) apabila berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan orang-orang Islam. Kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.
Sedangkan semasa pentadbiran Guan Eng, sebanyak 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras telah diluluskan pada tahun lalu jelas amat bertentangan dengan pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar sebagai ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

3 comments:

  1. ANJIN.........ANJIIIIIIIIIIIN.......

    MAI KITA SAMA2 PERKASAKAN ISLAM. TENTUNYA TAKLEH NGAN WADAH
    YANG KAPIAQ DOK PEGANG TU SABIK UMNO TU BERTARAF JAMBAN. TADAK DALAM PERJUANGAN UMNO NAK MEMERTABATKAN HUKUM HAKAM ALLAH KAT MALAYSIA NI. KALUPUN BANYAK KEROSAKAN DALAM PAS, ABANG AJAK KAPIAQ MASUK PERBETULKAN.

    RUGI LA SEKOQ IBU ANJIN DOK BEGHANAK KAT ANAK ANJIN YANG DOK
    JAJA MENDE2 FASIQ SUH SUMA ORANG SESAT.

    he he he
    saja gurau ngan ANJIN

    ReplyDelete
  2. Ni apehal..Menyalak tak tentu pasal..

    ReplyDelete
  3. Salam. Bagaimana jika, dicadangkan UMNO dan PAS duduk semeja kembali, berbincang demi Agama Islam dan kepentingan orang Melayu sejagat. Tak perlu kita caci-mencaci, herdik-mengherdik dan nista-menista antara sesama saudara Islam. Memalukan, bangsa lain bertepuk tangan dan ketawa melihat bangsa melayu bercakaran. Malu pada anak-anak kita yang masih dibangku sekolah.
    UMNO telah lama memperkasakan Islam, dari zaman penubuhannya lagi. Pemimpin-pemimpin dimasa itu, berfikir bagaimana memperkasakan Tanah Melayu, mendapatkan Kemerdekaan dan pada masa yang sama Islam diperkasakan.

    Percambahan fikiran antara UMNO dan Pas akan membuahkan keperkasaan Islam di Malaysia.
    Tetapi jika PAS yang sependapat dengan DAP yang memang mempunyai agenda tersendiri terutama untuk menjahanamkan orang Melayu dan Islam serta PKR juga yang sentiasa mempunyai masalah yang tidak berkesudahan, adalah lebih baik PAS berbaik-baik semula dengan UMNO. Insyaallah dengan izin Allah, Agama Islam dan bangsa Melayu khasnya di Pulau Pinang akan terbela dan terpelihara.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.