Amat jarang sekali kita dengar ahli PAS terutama pemimpin PAS meninggalkan parti dan menyertai UMNO. Suatu yang agak mengejutkan dan mungkin ada ahli-ahli fanatik PAS yang akan menganggapkan cerita itu adalah fitnah dari UMNO. Itu rekaan pemimpin UMNO untuk menarik minat orang-orang Melayu menyertai UMNO. Dulu ya, sekarang tidak apa yang nak dihairankan lagi. Orang Melayu sudah pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Yang mana berjasa dan yang mana auta. Yang mana fitnah dan yang mana benar. Mereka yang sudah lama dalam PAS, mereka sudah tahu dan sedar ada rakan-rakan mereka, ahli-ahli PAS perangainya tidak senonoh, langsung tidak mencerminkan ia mewakili sebuah parti Islam. Berserban dan berjanggut tapi sombong dan melihat orang-orang UMNO seperti musuh yang mesti diperangi. Ceramah-ceramah politik pula tidak sah jika tidak menghentam, menghina dan mencerca sesama sebangsa dan seagama.
Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain telah membuat keputusan meninggalkan PAS bersama dengan 60 ahli cawangan tersebut menyertai UMNO. Mereka tidak percaya dengan amanat Tuan Guru Haji Hadi dan mereka tidak hairan lagi dengan fatwa TG Nik Aziz. Mereka melihat bagaimana UMNO banyak berjasa kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia. Pemimpin UMNO juga orang Melayu dan beragama Islam. Sungguhpun parti UMNO bukan sebuah parti Islam tetapi perlembagaan UMNO amat jelas memperjuangkan agama, bangsa dan negara yang berdaulat.

Penghijrahan beramai-ramai ahli PAS ke UMNO memang telah diduga dan diramal. Hanya masa sahaja yang menentukan bila dan ketika berlakunya penghijrahan tersebut. Sebenarnya ahli-ahli Pas telah melakukan satu langkah yang BIJAK kerana kembali ke pangkuan UMNO. Mereka dahulu digula-gulakan akan kebaikan, halatuju akan perjuangan PAS. Lama kelamaan ahli-ahli PAS nampak akan kepincangan serta teknik kotor dalam parti tersebut oleh pemegang jawatan tertinggi mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Tak perlu nak dijelaskan apakah agenda pemegang jawatan tertinggi mereka. Tahu sendiri.
ReplyDeleteAhli-ahli PKR, bagaimana? Renung lama-lama, sebenarnya anda nampak dan tahu kepincangan serta porak perandanya dalam parti. Bos besar anda sedang bergelut untuk melepaskan diri dari tuduhan liwat. Adakah itu perjuangan parti PKR?. Berjuang untuk membebaskan Bos semata-mata! Bagaimana janji-janji manis yang ditabur dahulu, rakyat dalam DUN dan Parlimen diabaikan. Fikirlah! Pintu UMNO senantiasa terbuka untuk anda semua.