"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, May 2, 2010

Apa dah jadi dengan Program Menongkah Arus?

Program Menongkah Arus merupakan suatu program yang boleh berjaya jika semua pihak memberi kerjasama dan sokongan yang jitu. Semalam program tersebut telah sempat diadakan di sebuah taman perumahan yang kehadiran kira-kira 60 peserta. Lebih 50% dari jumlah itu adalah pengundi-pengundi atas pagar atau pro pembangkang. Peluang kehadiran mereka ke majlis atau perjumpaan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat Bahagian.
Tapi difahamkan oleh seorang AJK Biro Penerangan Bahagian, tiada seorang pun pemimpin UMNO Bahagian termasuklah AJK Bahagian yang turun ke program tersebut. Kemanakah perginya pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu? Bukan ada dua atau tiga program politik pada malam itu sebaliknya itulah sahaja program yang diadakan oleh bahagian pada malam itu. Ada yang dihubungi melalui panggilan telefon bimbit beberapa kali tetapi tiada respon diberi. Betapa kecewanya peserta-peserta yang tertunggu-tunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Umno. Peserta-peserta telah siap dimaklumkan kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat tetapi tak siapa pun turun untuk menjenguk walaupun seminit dua. Program diatur rapi, siap dengan skrin layar dan LCD dan alat siaraya serta makanan dan minuman tetapi kenapa pemimpin yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba? Peserta-peserta yang hadir mulai pandang serong kepada kepimpinan UMNO, mereka keluar seorang demi seorang meninggalkan majlis/program.
Ini bermakna program semalam secara tidak langsung telah mendedahkan kelemahan kepimpinan UMNO sendiri di peringkat bahagian kepada peserta-peserta yang hadir. Bagi peserta-peserta yang bijak, mereka dapat mengesan kekalutan urusetia program tersebut dengan ketidakhadiran seorang pun pemimpin UMNO Bahagian sendiri. Mungkin UMNO Bahagian ini belum mampu berubah. Jika beginilah sikap pemimpin yang ada, bermakna PRU13 UMNO/BN akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar lagi. Program yang dilaksanakan itu sebenarnya untuk menyakinkan orang ramai khususnya orang-orang Melayu bahawa UMNO/BN adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib mereka. Sepatutnya Program Menongkah Arus perlu disokong 100% oleh setiap pemimpin tertinggi UMNO dan AJK Bahagian. Tapi tiada seorang pun pemimpin yang hadir. Kenapa dan dimana silapnya? Yang berjanji pun tidak hadir. Pemimpin perlu diingat, "Jangan berjanji jika tahu tidak dapat hadir dan jika tidak dapat hadir jangan berjanji untuk hadir". Program itu tidak akan berjalan dengan baik tanpa sokongan dan kerjasama dari pemimpin UMNO sendiri. Jika beginilah jadinya, program itu lebih baik tak buat daripada buat. Suatu 'post-mortem' perlu segera dilakukan agar program yang cukup baik seperti ini dapat diteruskan kerana PRU13 kian hampir.

14 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Biro yang menganjurkan program ini terpaksa menerima kenyataan bahawa VIP yg diundang tidak datang. Betapa kecewanya mereka. Tetapi itulah hakikatnya ahli politik yg berpengaruh dan AJK di peringkat Bahagian atau Cawangan. Mungkin mereka sibuk atau ada komitmen lain yg lebih penting. Atau mereka menganggap program seperti itu tidak penting bagi mereka masa dan ketika ini.
    Tetapi program itu jika ada kaitan dengan pemilihan di Cawangan, Bahagian atau PRU, mereka awal awal lagi dah sampai dan beramah mesra dengan peserta pulak. Mana-mana tempat pun lebih kurang sama. Jika kita dah berjanji... tunaikanlah. Jika tidak, pandangan serong dan negatif terhadap UMNO.

    ReplyDelete
  3. UMNO mesti berubah. Pemimpin lebih kerap berjumpa rakyat lebih disanjung. Dalam majis atau program yg mengumpul ramai rakyat itulah peluang mesti diambhil oleh pemimpin. jika nak berjumpa setiap rakyat sudah tentu tak mungkin boleh dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. Kita jangan cepat melatah Pak Tam, program menongkah arus dah banyak dijalankan dan semuanya berjaya dan dihadiri oleh pemimpin termasuk Ketua Bahagian. Tak kan hanya kerana satu program gagal, beerti semuanya gagal. Kita kena siasat siapa yang aturkan program di Taman Seri Bayu ini, kerana mungkin orang yang atur ini gagal membawa pemimpin dan kemudiannya menyalahkan orang lain termasuk Biro Penerangan. Kalau inilah sikap yang ada pada kita, suka menyalahkan orang lain apabila kita tersepit, maka tidak hairanlah umat Melayu selama ini berpecah. Orang-orang yang durjana seperti inilah yang memecah belahkan orang Melayu. Pak Tam harus mendengar kedua belah pihak sebelum membuat rumusan, Pak Tam cuma hadir satu program menongkah arus sahaja, itupun di kawasan Pak Tam.

    ReplyDelete
  5. Kita lagu tu lah, harap kita nak buat program haram tak dak, tapi bila orang buat program kita suka komplain. Apa nak jadi ni, dunia-dunia.Dimana taman perumahan tersebut, awat pemimpin tak pernah turun langsung kat kawasan tu ka? Bukan apa, hangpa silap pilih broker kut? Lain kali kalau nak buat program cari orang yang boleh percaya, bukan orang yang pandai cakap dan janji macam-macam, bila gagal salahkan orang lain pulak. Tang baguh depa, tang tak baguh orang lain!

    ReplyDelete
  6. Maaf saya tak sempat baca komen2 di atas. Setelah ketua penerangan call sy dan memberi penjelasan apa yang berlaku. Malam itu juga sy berjumpa dgn individu berkenaan, sy jadi bingung "yang mana satu betul". Wbp sy berharap suatu pendekatan yg bijaksana perlu diambil spy kejadian spt itu tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam kepada Pak Tam, saya tak pernah jumpa orang yang menghentam program yang dia sendiri yang atur, hairan bin ajaib. Kalau malam tu, semua hadir, dialah yang bagus, berjaya dan sebagainya. Tapi bila tak hadir, orang lain pulak yang disalahkan.

    ReplyDelete
  8. Salam 1Malaysia! Saya bukan nak campur, tapi pak tam, tak patut benda ini dibuka dalam blog. Sekurang-kurangnya bahagian kita ada aktiviti walaupun tak sempurna. Yang baik kita teruskan, yang tak baik kita perbaikilah. Betoi jugak, takkan kerana 1 program gagal, semuanya gagal. Yang saya tau, kalau ketua bahagianlah, kalau habaq dan janji betoi-betoi dengan dia, dia akan hadir, bukan takat di perumahan tu, merata dia pi, sampai tanjung punya program pun dia pi.

    ReplyDelete
  9. kita kalau nak ramai ajk hadir; boleh. kita tunjuk contoh yang baik dulu; yang ni kita serupa macam orang lok lak; macam mana orang lain nak ikut; saya tak salahkan biro penerangan; saya orang taman perumahan tu; kami tak berurusan dengan biro sebaliknya dengan individu yang kami percaya rupanya tak boleh percaya.

    ReplyDelete
  10. Salam kpd semua;
    Saya minta maaf sebab sy terpaksa memberi penjelasan kpd rakan/rakan-rakan sdr anon di atas.
    Anon 12.23;
    Memang sy setuju dgn sdr. Tapi mungkin ada di mana-mana yg tak betul yg menyebabkan sesuatu itu menjadi agak begitu.
    Anon 12.35;
    Sy masuk dlm blog bukan nak musnah masa depan UMNO. Jika sdr ikut perkembangan, sy tidak menyebut mana2 tempat/nama taman perumahan, nama UMNO Bahagian, nama pemimpin dan malahan nama blog saya pun sudah diubah langsung tidak memberi gambaran UMNO dari mana-mana tempat/bahagian. Kita menanti blog2/laman2 web bahagian/pemuda/wanita/puteri kita tetapi yg ada pun ibarat hidup segan mati tak mau. Sy akan tulis dalam ruangan lain yg lebih sesuai mengapa saya harus menulis dalam blog. Untuk isu ini, cukuplah sy katakan UMNO Bahagian/Biro berkenaan elok duduk semula berbincang. Atau Dato' Ketua Bhg sendiri memanggil phk2 berkenaan samada secara berasingan atau bersemuka utk mencari jln penyelesaian. Program itu bukan besar manapun. Oleh kerana group sasarannya bkn ahli UMNO / atas pagar, eloklah dibuat dlm keadaan pemimpin2 UMNO benar2 bersedia utk hadir.
    Anon 12:42pm;
    Sy tak berapa faham tapi mungkin berkaitan dgn diri penceramah pd mlm itu. Sy minta maaf jika tak betul.
    Walau bagaimanapun sy ucap tahniah kerana Program Menongkah Arus amat baik tapi yg sy hairan kenapa parti yg begitu lama (lebih 64 tahun) masih tidak dpt tangani dgn baik masalah2 spt ini. Jika ada rungutan/kelemahan/kekurangan perlu diberi perhatian dan tindakan spy tidak berulang dan menjadi isu yg lebih besar. Niat sy adalah baik, agar setiap program dapt diperbaiki. Sy setuju bkn kerana satu prog. yg gagal kita terpaksa hentikan semua. Sy masih percaya ulasan sy dan rakan2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah jika tiada tindakan positif diambil. T.Kasih.

    ReplyDelete
  11. saya setuju komen pak tam. saya juga orang kawasan tu, tak dengar pun apa-apa masalah. tak berbangkit pun bunyi kata orang tak puashati pemimpin tak datang. saya tengok malam tu program berjaya dan semua orang puashati dan penerangan yang diberi amat berguna. tak taulah kot 1 atau 2 orang saja yang tak puashati. lagipun di perumahan kami pemimpin dan yb selalu turun, tapi tak da lah sampai-sampai hari-hari. pak tam tidak hadir malam tu, macammana pak tam boleh tau program tak berjaya. jadi orang yang cerita kat pak tam yang tak puashati ni.

    ReplyDelete
  12. Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia,

    Terpanggil dengan tajuk diatas sukacita saya untuk memberi komentar dari kaca mata permerhatian demi kesejahteraan bangsa melayu dan UMNO amnya. Tiada cacatnya penganjur dalam menhganjurkan program diatas namun yang cacatnya keperhatinan kawan kawan dalam menjayakan program tersebut. Alangkah baikya jika pemimpin tidak dapat bersama-sama dalam program tersebut dibantu oleh kawan kawan dibahagian yang tidak kurang tanggungjawabnya. AJK bahagian sepatutnya memikul tanggungjawab sebagai pemimpin yang perlu bersedia pada bila-bila masa dalam menjadi penganti kepada ketua pada ketika diperlukan dan bukannya menghentam atau mengalih pandangan masyarakat terhadap UMNO. Tiada salahnya kita berganding bahu dan berkerja sama dalam menjalankan apa-apa program yang dianjurkan daripada terus menerus menjadi gunting dalam lipatan.Berhentilah dalam menghentam sesama sendiri dan menyusun strategi dalam membentuk 1bangsa melayu yang dihormati dan digeruni.
    Seharusnya kita sudah cukup dewasa dalam menilai apa pun juga yang diutarakan dan bukannya menilai dari satu sudut yang negatif. Wassalam.

    ReplyDelete
  13. T.kasih atas pandangan positif. Namun setiap kelemahan dan kecacatan tidak seharusnya berulang sebab Umno bukan parti yg baru ditubuhkan tapi sudah 64 tahun usianya. Setiap masalah yg timbul sepatutnya lebih mudah ditangani melalui pengalaman pemimpin2 Umno. Tapi sebaliknya tidak, seperti ada sesuatu yg menjadi halangan. Ada suatu sikap yg tak betul wujud di kalangan pemimpin dan AJK yg terlibat dlm sesuatu program. Seolah2 tak ada keikhlasan utk bekerja. Dan saya lihat Umno Bhgan pun tidak begitu peka terhadap sesuatu masalah. Mungkin pemimpin merasakan diri mereka 'kebal'. Tidak kisah dgn masalah. Tapi bila nasi sudah jadi bubur, barulah masing2 melompat ke sana sini. Sy tidak berniat menyentuh perasaan sesiapa pun, sy menghormati semua pemimpin kerana mereka dipilih oleh ahli-ahli Umno. Tapi bila kita menawarkan diri utk bertanding dan menang pula, perlulah bertanggungjawab kpd UMNO dan jagalah kepercayaan yg diberi oleh ahli umno. Tapi sy lihat ada AJK UMNO yg hanya memanaskan kerusi mesyuarat dan program Umno pun jarang2 sekali datang ataupun ada yg tak muka langsung. Wallahu alam.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.