Guan Eng suka menghina, pembohong dan bijak memenipulasi isu yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN. Bila Guan Eng tidak boleh jawab, Itu stail KM menggelarkan wakil rakyat 'kutu rayau' , 'buta sejarah' dan suatu ketika GE tidak memberi peluang kepada wakil rakyat BN mengemukakan soalan. GE juga kurang ajar atau tidak beradab, GE patut menjadi model kepada semua ahli YB dalam menjaga kualiti perbahasan. Sebaliknya GE sentiasa bangun mencelah tanpa memohon izin speaker terlebih dahulu.
Bila GE tidak boleh menjawab soalan, dia akan mengatakan Kerajaan Pusat juga buat. Adakah jawapan itu merupakan jawapan yang baik daripada Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau juga sebelum ini kuat mengkritik Kerajaan Pusat, ibarat kata pepatah Melayu, "Meludah ke langit, timpa di batang hidung sendiri". GE sanggup berbohong dalam dewan tapi mungkin wakil rakyat BN mahupun PR tidak sedar di mana GE mengatakan bahawa Program Pembasmian Miskin Tegar dilaksanakan semasa kerajaan PR memerintah Pulau Pinang. Sebenarnya program tersebut telah mulai dilaksanakan semasa kerajaan BN, Tun Abdullah jadi Perdana Menteri.
Soalan YB Arif Shah yg bertanya tentang apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi pertambahan penghidap penyakit diabetes yang melebihi 40,000 di Pulau Pinang. Juga stail yang sama, GE sambil menyindir dia mengembalikan soalan itu kepada YB Ariff untuk menjalankan kempen berceramah kepada orang ramai kerana YB Ariff bebas dari diabetes. GE langsung tidak menjelaskan sedikit pun tentang perancangan kerajaan negeri.
Dalam isu pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Guan Eng menafikan bahawa beliau yang menyamai pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Guan Eng hanya mahu belajar sahaja dan kemudian menyindir wakil rakyat dengan mengatakan "adakah saya mahu belajar dari pemimpin UMNO yang berumah besar". Tapi Dato' Seri Dr. Hilmi bangun mencelah mengapa kerajaan negeri menambahkan pengeluaran lesen judi sedangkan 10 tahun tidak dikeluarkan. Begitu jugalah keadaannya bila YB Zaharah menjelaskan kepada Dewan tentang aturan bertaubat. Tapi Guan Eng dengan kata sindiran GE meminta YB Jahara menasihatkan kawan-kawan YB dari UMNO sahaja. Begitulah jawapan Ketua Menteri Pakatan Rakyat dalam penggulungannya penuh dengan penghinaan dan sindiran. Ini adalah cara Guan Eng mematikan mode wakil rakyat BN untuk mencelah dan memohon penjelasan.
Berkaitan dengan persoalan YB Jasmin, GE menyindir YB Jasmin sebagai mimpi dan tidur serta tak faham. Sedangkan soalan yang dikemukan oleh YB Jasmin sangat mudah difahami oleh ahli dewan. Untuk tidak menjawab soalan tersebut, GE mengatakan YB Jasmin tidur dan tak faham, hingga YB Jasmin marah dengan perkataan 'tidur' itu beliau bangun dan mengatakan GE sebagai 'cakap pusing'.
Rumusan dari penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah penuh dengan kata-kata sindiran dan penghinaan kepada kerajaan BN dan juga UMNO. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Koh Tsu Koon semasa BN memerintah tidak pernah berhujjah begitu buruk sekali. Patutlah jumlah penonton siaran langsung Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN yang kedua belas ini semakin berkurangan jumlah dengan begitu ketara. Suatu ketika Ketua Pembangkang, YB Azhar hampir hilang kesabaran akibat provokasi GE.
GE adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang kurang ajar dan tidak beradab semasa berhujjah. Dari raut wajah wakil-wakil rakyat Melayu termasuk sebahagian wakil rakyat Melayu PKR juga tidak senang sikap GE itu. Dan suatu ketika, ADUN Sg. Acheh (BN) YB Dato' Mahmud Zakaria cuba bangun tetapi tidak dibenarkan oleh GE dengan senyum sinis dan sindiran dilemparkan kepada wakil rakyat berkenaan. Begitulah keadaan persidangan DUN Pulau Pinang yang penuh dengan perbuatan provokasi, penghinaan dan sinsiran yang bertali arus daripada seorang Ketua Menteri hinggalah penggulungan yang boleh dianggap yang paling kotor dalam sejarah DUN Pulau Pinang.
Oleh kerana sikapnya yang begitu kurang ajar mungkin GE telah dididik sekian lama dalam pembangkang sebagai pemimpin kurang adab, GE tidak senang jika membaca teks dalam ucapan penggulungannya secara 'straight to the point'. Tapi akan ada sahaja GE dengan sengaja melencung dari teks untuk menghangat suasana dengan membuat sindiran, tuduhan serta penghinaan yang membangkitkan rasa marah dan geram ahli-ahli YB dari BN/UMNO. Walau bagaimanapun suatu pujian patut diberikan kepada ADUN BN/UMNO yang terus mencelah dan mengemukakan soalan kepada GE walaupun soalan-soalan yang dikemukakan itu baik tetapi dianggap sebagai 'bola tanggung' oleh GE. Sebenarnya GE mahu menutup kelemahan dirinya selaku KM Pulau Pinang dan menyifatkan soalan-soalan itu sebagai 'bola tanggung'.
Saya pernah mengikuti persidangan DUN sejak sepuluh tahun yang lalu. Inilah yang saya saksikan sendiri suatu penggulungan yang tidak bermutu penuh sindiran, penghinaan, provokasi oleh seorang Ketua Menteri yang tidak bermutu. Bercakap tak serupa bikin. Bila sebut perkataan sahaja 'taubat' dan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh wakil rakyat BN/UMNO maka bisinglah wakil-wakil rakyat PR kebanyakannya bukan Islam seolah-olah mereka yang lebih tahu apa itu 'taubat' dan 'Khalifah Umar Abdul Aziz'. Sedih dan sungguh kecewa saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam bila menyaksikan persidangan DUN semasa pemerintahan DAP ini. Saya rasa malu dan terhina sekali bila UMNO dipermainkan sebahagian besar wakil-wakil rakyat bukan Melayu dalam DUN itu. Syabas kepada wakil-wakil rakyat BN/UMNO terutama Ketua Pembangkang, YB Dato Azhar yang hampir hilang kesabaran. Teruskan perjuangan kita hingga ke titisan darah yang terakhir.
Sikap kurang sopan LGE dalam Dewan Undangan Negeri memang tak boleh dipandang ringan. Sesuatu perlu dibuat bagi menutup mulutnya. LGE pada hemat saya, sengaja nak tunjuk dia seorang hero DAP/PKR/PAS. Cakap dia siapa pun jangan bantah, Pulau Pinang dalam tangannya. Tetapi hakikat percakapannya ibarat 'Ayam jantan berkokok, tetapi punggung penuh dengan taik'
ReplyDeletePada hemat saya, LGE dan kronilah yang buta sejarah. Semasa pemerintahan BN dahulu, banyak pembangunan fizikal, pembangunan kemanusiaan telah didahulukan oleh Kerajaan BN. Kesihatan rakyat diutamakan dengan pembinaan hospital dan klinik baru, penambahan Blok Hospital Besar PP dan klinik. Pelabor-pelabor asing dijemput melabur dan banyak lagi jika nak diperkatakan.
Pembasmian kemiskinan, Kerajaan BN tidak mengira bangsa dan kaum yang miskin pasti diberi perhatian. Pelbagai bentuk bantuan BN salurkan. Bantuan-bantuan itu disalurkan tak semistinya pada musim PRU atau PRK. Apa-apa pun sekarang beliau dan kroninya telah memutar belit fakta dan mengelirukan rakyat Pulau Pinang. Kerajaan dialah kononnya yang perihatin dalam soal ini.
Kepada YB ADUN BN kena perlu bersabar dengan kerenah LGE, cakap tak serupa bikin. Kerajaan Negeri PP sekarang akan sedaya upaya memprovokasi, menaikkan kemarahan ADUN BN, agar melompat dan melatah serta hilang pertimbangan. Jika ADUN BN berbuat demikian, bersorak dan bertepuk tanganlah mereka. Oleh itu berhati-hatilah.