Melalui live Persidangan DUN Pulau Pinang kali ini, Ketua Pembangkang dan ahli-ahli DUN dari BN/UMNO telah banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Lim Guan Eng. Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Islam amat gembira bila Guan Eng berulang-ulang kali bercakap bahawa kerajaannya mengamalkan konsep "amal makruf, nahi mungkar". Apakah itu benar?
Satu dunia heboh mengatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan konsep CAT dalam pentadbirannya. Apakah itu juga benar? Banyak cerita yang disembunyikan oleh Lim Guan Eng bersama-sama dengan rakan-rakannya dari PAS dan PKR. Wakil rakyat PAS turut membahas sambil menyindir barisan pembangkang (BN) dalam dewan tanpa rasa malu bahawa PAS hanya wakil tunggal ibarat 'melukut di tepi gantang' dalam kerajaan negeri. Ahli-ahli DUN yang lain dari PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman dan ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim hanya sebagai 'pak turut' kata wakil BN dalam perbahasan tersebut. Ada beberapa isu ditimbulkan oleh wakil rakyat BN yang tidak dijawab dengan baik oleh oleh Guan Eng, iaitu:
Pertama:
Ketua Pembangkang, Dato' Azhar mendedahkan bagaimana tender terbuka oleh kerajaan negeri tidak telus (Transparent). Selepas tender ditutup, ada perundingan untuk memiliha pembida yang dikehendaki oleh kerajaan negeri. Jika BN buat seperti itu, DAP, PAS dan PKR heboh satu dunia mengatakan BN mengamalkan 'kronisme'. Sebanyak 3 projek melalui tender terbuka yang tidak telus dan kemudian diminta komisyen untuk tabung kerajaan negeri. Tabung apakah itu?
Kedua:
Bagi tujuan lawatan tapak sesuatu projek, selain disertai agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat kawasan dikehendaki turut serta. Ulasan wakil rakyat kawasan diperlukan disamping ulasan ketua-ketua jabatan kerajaan yang berkaitan. Apakah makna (ulasan wakil rakyat) ini semua? Tidak cukupkah dengan ulasan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan kerana mereka ini lebih arif tentang urusan kelulusan sesuatu projek. Inilah dikatakan 'akauntabiliti' atau ada 'udang di sebalik batu'. Semasa pentadbiran BN, wakil-wakil rakyat BN tidak pernah diarah untuk terlibat dalam memberi ulasan bagi sesuatu projek. Jika beginilah pentadbiran Guan Eng, keberangkalian wakil-wakil rakyat DAP/PAS/PKR secara langsung terlibat dengan rasuah korporat adalah lebih besar. Jangan ambil kesempatan ketika rakyat Pulau Pinang sedang lena dengan ngiauan CAT Lim Guan Eng.
Ketiga:
Gerai-gerai Melayu diroboh di Batu Feringghi dan Bukit Dumbar kerana ada aduan oleh orang ramai. Tapi Guan Eng tak menjawab pula ada jalan-jalan terpaksa ditutup di kawasan Georgetown kerana membenarkan peniaga-peniaga Cina berniaga. Mungkin ini tidak ada yang buat aduan? Ingatlah Guan Eng, golongan Melayu yang berniaga tidak ramai seperti peniaga-peniaga Cina ibarat antara bumi dengan langit beza jumlahnya. Kami orang-orang Melayu rasa tersangat sedih jika gerai Melayu dirobohkan kerana golongan kami tak ramai yang berniaga. Jika dirobohkan sudah pasti pengusaha gerai itu akan tutup berniaga untuk selama-lamanya. Tapi jika gerai anak saudara Guan Eng yang ditutup, sepuluh buah gerai yang baru akan naik. Itulah kekuatan yang ada pada anak-anak saudara Guan Eng di Pulau Pinang.
Keempat:
Isu tanah pembinaan masjid baru di Teluk Kumbar juga dibangkitkan dalam dewan oleh wakil rakyat BN. Kenapa tanah yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada MAIPP supaya membolehkan kerajaan persekutuan memberi peruntukan pembinaan masjid? Sebaliknya tanah itu telah diletak di bawah CMI (Chief Minister Incorporated) untuk rumah-rumah ibadat. Dasar Guan Eng yang telah merugikan umat Islam di Pulau Pinang. Tapi masih ramai lagi Melayu Pulau Pinang memuji pentadbiran Guan Eng kerana mengamalkan 'amal makruf nahi mungkar'. Tidurlah dan lenalah Melayu Pulau Pinang mungkin suatu hari nanti baru kita sedar bahawa kita sudah tidak ada apa-apa lagi di tanah air sendiri.
Nah, inilah CAT yang dilaung-laungkan oleh Guan Eng dan kuncu-kuncu rapatnya dari PAS dan PKR. Apa boleh buat, kelebihan Guan Eng dan kuncu-kuncunya terutama yang loyar buruk pandai bercakap, pandai berhujah, pandai provok, dan pandai memutar belitkan fakta. Mereka tahu undang-undang tapi mereka juga yang melanggar peraturan persidangan DUN. Oleh kerana speaker adalah kawan sepakatan, terpaksalah speaker pejam kedua-dua belah mata. Itulah kisah benar untuk difahami oleh rakyat Pulau Pinang yang masih sayangkan pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR yang hanya jadi 'pak turut'. Sudah 2 tahun memerintah sudah terasa terhimpit, kita semakin kehilangan hak keistimewaan orang Melayu, pembangunan naik tanpa kawalan, perniagaan lebih bebas hingga lewat pagi, maksiat semakin bertambah, jalan-jalan raya masih berlaku kesesakan, tanah bukit banyak digondolkan tapi kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum ada perancangan 'blue print' pembangunan untuk rakyatnya sendiri. Pemimpin-pemimpin kerajaan negeri masih syok berpolitik, banyak program lebih merupakan program bermotifkan politik. Lihatlah sendiri, tepuk dada tanyalah minda!

Wakil rakyat Seri Delima perangai macam kucing (CAT)kurap dalam dewan. Macam dia sorang shj yang pandai bercakap!
ReplyDelete