"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, May 13, 2010

POLITIK ANAK BERANAK DALAM PAKATAN RAKYAT!

Dulu semasa Dr. Mahathir Mohamad menerajui Malaysia, beliau dicap sebagai Mahafiraun. Beliau dituduh sebagai orang yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan macam-macam lagi. Beliau dicap acap kali oleh penulis upahan seperti Kickdefella dan blogger-blogger lain, yang kemudiannya ada yang dipilih bertanding pilihan raya, baik mewakili PKR mahupun DAP. Idea itu kemudian dibawa mulut ke mulut dan disebarkan oleh cerdik pandai, terutamanya Melayu, termasuk yang berada di universiti-universiti di serata tempat. Orang kampung pun termakan dengan slogan-slogan itu. Parti-parti pembangkang menggunakan modal itu siang dan malam. Pendek kata mereka menang dengan perang saraf itu. Pihak arus perdana, parti yang memerintah sebaliknya terlalu defensif.
Apa itu nepotisme. Ia berasal dari perkataan Latin nepos, bermakna ‘anak saudara’ atau ‘cucu’. Istilah mudah bahasa Melayu ialah politik anak-beranak. Ia banyak diamalkan oleh pihak gereja di Zaman Pertengahan, apabila paus-paus Katolik dan ketua-ketua paderi yang tiada anak, memberikan kepada anak-anak saudara mereka kedudukan yang tinggi.
Di Malaysia, amalan ini juga berlaku. Kita jangan cakap kepada pihak lain, tapi kepada pihak pembangkang yang dulu amat juara dalam hal ini. Sebenarnya mereka menjuarainya kerana, mungkin, mereka mahu menutup pekung di dada sendiri.
Benarkah? Susah hendak percaya, kerana DAP kan sebuah parti sosialis demokratik - takkan cakap tak serupa bikin pula?  Sebenarnya 'nepotisme' berada di kedudukan tertinggi dalam DAP, sehinggakan para penyokong parti sosialis itu mempersenda DAP sebagai sebuah syarikat sendirian berhad - ‘DAP Sdn. Bhd.’
Jangan salahkan kritik-kritik itu kerana nepotisme telah menjadi sebati dalam DAP. Oleh kerana amalan Dinasti Lim Kit Siang, kini di Sarawak juga wujud politik DAP anak-beranak – Dinasti Chong. Di sebabkan amalan ini, banyak anak-anak muda yang layak ditolak ke tepi bagi memberi ruang kepada anak-beranak itu.
Berikut ialah salahsilah politik anak-beranak DAP:
DINASTI LIM KIT SIANG (Bapa)
- Penasihat DAP
Ahli Parlimen Ipoh Timur
1. LIM GUAN ENG (Anak Kit Siang)
- Setiausaha Agung DAP (menggantikan bapanya)
- Ketua Menteri Pulau Pinang
- Ahli Parlimen Bagan
- ADUN Air Puteh
2. BETTY CHEW GEK CHENG (Menantu Kit Siang)
- Isteri Lim Guan Eng
- ADUN Kota Laksamana (Melaka)
- Bekas ADUN Durian Daun

DINASTI KARPAL SINGH (Bapa)
- Pengerusi DAP
- Ahli Parlimen Bukit Gelugor
1. GOBIND SINGH DEO (Anak Karpal)
- Ahli Parlimen Puchong
- Ahli Jawatankuasa Pusat Kebangsaan DAP
- Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP
2. JAGDEEP SINGH DEO (Anak Karpal)
- ADUN Dato Keramat

DINASTI CHONG SIEW CHIANG (Bapa)
- Naib Pengerusi DAP Sarawak
- Ketua Dinasti Chong
1. CHONG CHIEN JENG (Anak Siew Chiang)
- Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
- Setiausaha Agung DAP Sarawak
- Ahli Parlimen Bandar Kuching
2. FREDDY (Calon DAP di Sibu akan terus memperbaharui senarai nepotisme ini…)

Begitulah amalan nepotisme yang kekal berlaku dalam DAP, PKR dan juga PAS. Tapi rakyat hanya nampak Tun Abdullah dan Khairy Jamaluddin semata-mata. Di Kelantan, TG Nik Aziz dengan anak dan menantunya dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dalam PKR, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan anak pinaknya, Wan Azizah selaku Presiden PKR dan anak perempuan mereka selaku ahli parlimen. Jangan jadi seperti kata pepatah Melayu, "kata dulang paku serpih, kata orang pembangkang yang lebih". 

2 comments:

  1. Sebenarnya UMNO sudah maklum akan nepotisma dan kronisme yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Pucuk pemimpin menganggap perkara ini remeh - temeh sahaja. Yang penting agenda parti dan Negara yang didahulukan serta diutamakan.

    Apa yang diperkatakan Pak Tam memang benar, semasa Tun Dr. Mahathir Mohamed & Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, memang pihak pembangkang memperkatakan mereka berdua mengamalkan nepotisme dan kronisme. Tetapi sebaliknya kedua-dua Tun ‘cool dan relax’ sahaja.

    Tetapi sekarang apa yang dipaparkan, siapa yang mengamalkan nepotisme dan kronisme ? Bak kata pepatah Melayu “ Kuman di sebarang nampak, tetapi bangkai gajah di depan mata tak nampak”

    ReplyDelete
  2. MEMANG BENAR, UMNO/BN KALAH KERANA FITNAH DAN PERANG SARAF PEMBANGKANG YG CUKUP HEBAT HINGGA PEMBANGKANG BOLEH MENGYAKINKAN PENGUNDI/RAKYAT.
    TAPI SEBENARNYA BETUL 'KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG MEREKA (PEMBANGKANG) YANG LEBIH-LEBIH'.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.