"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, May 30, 2010

Mesyuarat Agung UMNO Cawangan berjaya tapi tiada wakil bahagian!

Mesyuarat UMNO Cawangan BG petang ini berjalan serentak, Pemuda, Wanita dan Puteri pada jam 2.00 petang. Kehadiran boleh dikatakan memberangsangkan terutama pemuda umno hingga tak cukup kerusi. Suatu sejarahlah kepada pemuda cawangan BG dengan kehadiran sebanyak itu. Tapi sejarah juga bagi Mesyuarat Agung UMNO Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan tidak ada seorang pun wakil dari UMNO Bahagian. Ketua UMNO Cawangan melahirkan rasa kecewa kerana dia sendiri sentiasa memenuhi permintaan rakan-rakan untuk mewakili rakan-rakan wakil Bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat agung. Tapi sedih juga bila Mesyuarat UMNO Cawangan sendiri langsung tidak ada wakil Bahagian. 
Difahamkan bahawa ketiadaan wakil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat agung pada kali ini pernah berlaku juga di cawangan-cawangan lain,  melibatkan juga mesyuarat pemuda dan puteri. Jika ini benar, UMNO Bahagian khususnya Setiausaha Bahagian perlu membuat pemantauan dan mencari punca kepada kejadian yang boleh memalukan UMNO. Apakah kerana pada tahun ini tiada pemilihan, wakil-wakil bahagian tidak berminat untuk menunjuk muka? Sesibuk mana sekalipun, pihak pengurusan parti perlu mencari sekurang-kurangnya seorang pengganti untuk wakil bahagian. Tak mungkin dalam tempoh yang sama berpuluh cawangan mengadakan mesyuarat serentak. Di manakah perginya AJK Bahagian yang begitu ramai yang sudah pun tahu bahawa ketika ini adalah musim Mesyuarat Agung UMNO? Pihak pengurusan parti jangan memandang perkara ini suatu yang remeh temeh jika tidak, UMNO dikatakan masih ditakuk lama atau pun lebih teruk daripada dulu. UMNO perlu berubah.

12 comments:

  1. Awat cawangan hangpa jadi lagu tu haa?

    ReplyDelete
  2. UMNO sekarang memerlukan satu perubahan yang drastik untuk memastikan UMNO/BN dapat memerintah kembali Pulau Pinang.

    Apa yang berlaku kepada Meyuarat Agung Cawangan, Wanita, Pemuda dan Putri BG iaitu ketidahadiran wakil bahagian adalah amat mengecewa & memalukan. Seperti yang dipaparkan oleh Pak Tam.

    Pengerusi Caw, Wanita, Pemuda dan Putri harus bertindak untuk mengetahui punca ketidakhadiran wakil Bahagian.

    Kita sebagai ahli UMNO tidak mahu ini menjadi satu budaya negetif. Walaubagaimanapun UMNO Bahagian ada jawapannya.

    ReplyDelete
  3. Tunggu apa jawapan dpd bahagian, mesti ada jawapnnya!

    ReplyDelete
  4. jom pakat ramai2 dan pastikan jawatankuasa-jawatankuasa yang tidak bertanggungjawab tidak diberi tempat pada mesy pemilihan pada 2011 nanti....

    inilah kalau kita undi ikut geng...kalau kita mengundi biarlah melihat kepada keikhlasan mereka bekerja...

    minta mereka-mereka ini meletak jawatan kalau tidak mahu buat kerja..menyusahakan ahli lain aje...

    ReplyDelete
  5. Ya saya sokong adyumno. Cuba tengok AJK bahagian dulu dan sekarang. Cuba tengok pemimpin Umno dalu dan sekarang. Bezakan semangat mereka dan matlamat mereka. Hari ini pandai mengampu dato' boleh dilantik dok dlm ajk bahagian. Apa nak kata, sedangkan ramai lagi org2 umno profesional boleh dilantik dlm bahagian. Napa tak dilantik? Itulah sikap pemimpin kita. Takut lawan taukeh!

    ReplyDelete
  6. sudah tiba masanya umno berubah..tidak kira ia datang dari kem mana...yang penting nak bekerja untuk bangsa melayu dan seterusnya untuk masyarakat di Paelimen Balik Pulau..

    sikap memetingkan diri sepatutnya sudah tidak berlaku lagi kerana ajk perlu ambil iktibar kekalahan kerusi Parlimen yang lalu..

    sikap spt acuh tak acuh yang akan membuat kekuatan umno di balik pulau akan tergugat.. sikap ini juga akan merugikan ahli umno..

    apa rasionalnya mereka ini masih berada dalam jawatankuasa umno bahagian balik pulau..

    ReplyDelete
  7. Pepatah melayu ada berkata seperti kacang lupakn kulit,habis madu sepah dibuang,,,inilah yg terjadi pada umno cawangan bukit gemuroh....sampai seorang wakil dari bahagian tak datang2 pada hari mesyrt agng umno cwngn bkt gmroh.Pada pemuda bahgian dan pu3 terima kasih atas kesudian hadir pada hari tersebut.Tapi yg menjadi kemuskilan kenapa pada mesyrt cawng tak ada seorang wakil dari bahagian tak timbul2???.Adakh mesyrt kali ini tak payah hadir kerna tak ada PEMILIHAN????APAKAH UMNO AKAN KEKAL DIHATI AHLI2 BIASA???

    ReplyDelete
  8. Org Melayu mulai bangkit. Berani bercakap kerana utk menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Pemimpin UMNO di BP nampak seperti tidak sehaluan. Dato' Ketua Bahagian masih teringin lagi sekali nak jadi ahli parlimen balik pulau bagi kali kedua. Bagilah peluang kpd pemimpin2 pelapis yg ada. Cukuplah dato' semua dah dapat. Jgn rakyat jadi benci kpd pemimpin umno kerana tamak kuasa!

    ReplyDelete
  9. senario politik balik pula kian berubah...pemimpin atasan perlu buat post-morten dan melihat dimana silapnya...

    pihak atasan perlu lihat knp ahli umno mula memberontak diatas kepimpinan umno sekarang ..

    bermula dengan mesy. pemuda begitu panas..minta pemimpin atasan lihat kebawah bukan sekadar bercakap kosong tapi tak lakukan apa-apa...

    sikap pemimpin seperti acuh tak acuh telah meberi kesan keada ahli bawahan yang kurang senang dng sikap pemimpin yang pandai bercakap tapi tak turun kepadang..

    ada cerita sekarang pemimpin sudah mula mencogak dan melobi untuk menjadi YANG BERHORMAT hinggakan apa yang berlaku dibawah pun tidak tahu...

    dimana konteks perjuangan pemimpin umno sekarang... yang hanya sekadar mengharapkan ahli bawahan membuat kerja...

    adakah pemimpin ini tidak pernah melihat mahu pun mengambil iktibar pada PRU 12 yang lalu..dimana Parlimen yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (UMNO) kecundang...dimana silapnya...???

    wahai teman seperjuangan ku.. marilah kita bersatu hati tak kira mempunyai jawatan ataupun tidak dengan rasa rendah diri marilah kita tekad untuk bersatu dan berjuang demi bangsa, agama dan tanahair....lihatlah betapa rakusnya kepimpinan DAP (PR) telah menunjukkan betapa kuatnya apabila mempunyai kuasa....adakah kita perlu mendiamkan diri...???

    ReplyDelete
  10. Saya setuu dgn kawan2 datas. tpi pemimpin umno yg benar2 ikhlas perlu kita sokong. kalu berjuang untuk kepentingan diri tak payahlah. Dat' hilmi elok undur dirilah. menang dgn Shaheadan hanya 18 undi. bukan masa dia lagi nak jadi pemimpin umno balik pulau. berilah peluang kpd pemimpin2 lain samalah. pemuda umno balik pulau tak ada peluanglah jika dato ketua bhgn tak mahu undur diri.

    ReplyDelete
  11. saya setuju dangan pandangan AJK Bahagian tu...
    dan saya mengharapkan agar saudara sebagai pejuang dalam jawatankuasa bahagian perlu berani bersuara dala apa jua permasalahan dalam mesy. bahagian...jgn hanya sekadar berkata2 diluar... baru ini dikatakan pemimpin sejati..

    mesy bahagian yang akan datang semua perwakilan perlu bangkit dan bersuara dengan penuh semangat... lebih baik jangan pergi ke persidangan agung bahagian kalau hanya sekadar mencukupi korum...

    ingat semua perwakilan diberi tanggungjawab dan amanah oleh ahli ... dan balik sampaikan kepada org bawahan

    saya menyokong penuh sekiranya selepas ini YB Syed Ammerrudin menjadi penganti dato' bahagian..

    sudah tiba masanya untuk yb syed untuk mentadbir bahagian balik pulau... Yb syed juga merupakan seorang yang berkeliber dan layak untuk jawatan tersebut.. ramai dari kalangan ahli umno veteran / wanita / pemuda / puteri dan pengundi atas pagar dapat menerima kehadiran YB Syed untuk mentadbir UMNO Bahagian Balik Pulau.. insyallah...

    bukan kita tidak suka pada dato ketua bahagian ... xpi pemimpin umno kian bertambah dan makin hebat oleh itu berilah peluang pada muka-muka baru dalam meniti perjuangan untuk terus mempertabat dan memperkasakan bangsa melayu dimata dunia...

    bukan sahaja pada dato ketua malah ajk bahagian yang dah menjawat jawatan hanya sekadar untuk mendapat nama lebih baik undur diri...

    kalau nak kekal rajin-rajinlah buat keja..jangan tunggu dato ketua turun padang depa pun kalut nak turun...

    jenis tu pun ada...mereka lah yang merosakkan perjuangan umno mengkianati bangsa melayu sendiri...

    berasa malulah pada diri sendiri...
    allah sentiasa melihat perbuatan kita dan allah juga mendengar apa yang kita niatkan...

    ReplyDelete
  12. Apakah pemimpin berkenaan faham kehendak ahli2 parti.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.