Kasihan! Kasihan! Kasihan! Inilah nasib pengusaha-pengusaha gerai makan orang Melayu di Pulau Pinang. Ada Timbalan Ketua Menteri (Melayu) pun tak boleh buat apa. Nak lawan pun kena fikir juga. Kena ingat pemerintahan Lim Guan Eng berlandaskan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. PAS dan PKR Melayu tidak berani sentuh sebab Lim Guan Eng tak kering gusi mengatakan dia mengamalkan pemerintahan Islam iaitu "Amal Makruf Nahi Mungkar". Oleh sebab itu pemimpin-pemimpin PAS dan PKR Melayu kena taat setia kepada Tuan Lim Guan Eng. Yang menentang pemerintahan LGE samalah menentang sebuah kerajaan Islam. MB Kelantan, TG Nik Aziz akan menangis nanti jika dapat tahu pemimpin PAS menentang dasar kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Johar, pemilik kedai makan Kafe Do Re Mi berkata, "Kami telah sokong dia (Guan Eng) sehingga boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepatutnya dia membalas budi kami dengan memberi sokongan dan bantuan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila kerajaan negeri bertindak rakus dan zalim sebegini. Mereka (pemimpin negeri) juga seolah-olah tidak tahu langsung bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini. Jadi bantulah kami supaya nasib kami terbela".
Apa yang Guan Eng nak hairan sangat satu dua undi orang Melayu. Sebelum ini, betul, setiap undi orang Melayu sangat bermakna. Tapi selepas Guan Eng berkuasa, tak perlu lagi undi orang Melayu di Pulau Pinang. Guan Eng dari Melaka telah dapat menipu orang Melayu Pulau Pinang. Orang Melayu tertipu! Apa yang orang Melayu dapat semasa pemerintahan Guan Eng, DAP? Rakan pimpinan kerajaan negeri PP dari PAS sangat marah jika orang Melayu mempertikaikan kerajaan negeri Pulau Pinang. Baru 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan BN sudah 50 tahun. Berilah peluang! Peluang apa nak diberikan lagi.
Selama 50 tahun kerajaan BN memerintah telah menyediakan pelbagai prasarana di Pulau Pinang. Tak cukup Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Pulau Pinang yang kedua sedang dibina oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat Pulau Pinang. Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas dibesarkan, jalinan jalanraya dan lebuhraya, kemudahan pelabuhan, kawasan perindustrian di bina di bahagian Pulau dan tanah besar untuk menyediakan ratus ribuan pekerjaan untuk rakyat Pulau Pinang dan dari luar Pulau Pinang. Pulau Pinang boleh dianggap negeri yang termaju di sebelah utara Malaysia di bawah pemerintahan BN. Itulah 50 tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu.
Pimpinan kerajaan campuran DAP-PAS-PKR cuma masuk dengan zero masalah. Yang ada hanya masalah kecil yang tidak sempat dilaksanakan semasa pemerintahan BN dahulu. Itu sahaja. Oleh kerana pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR yang bijak mengkritik kepimpinan BN semasa kempen pilihanraya dulu, maka sekarang adalah masa untuk rakyat pula melihat dan mengkritik. Baru 2 tahun, pelbagai masalah yang tidak dapat ditangani oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh dua tahun, pengusaha-pengusaha gerai Melayu dirobohkan yang cuma beberapa kerat orang Melayu yang boleh berniaga di Pulau Pinang jika nak bandingkan dengan kaum Cina, ibarat langit dengan bumi. Baru 2 tahun dasar kerajaan negeri telah berubah secara drastik tanpa pembelaan oleh pimpinan PAS dan PKR Melayu dalam kerajaan negeri. Tanah untuk masjid dan surau yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada MAIPP malahan diletakkan di bawah CMI yang dipengerusikan oleh Tuan Lim Guan Eng. Kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh menyalurkan bantuan pembinaan masjid kerana tanah itu bukan milik MAIPP. Bila kerajaan Persekutuan tak beri bantuan (bina masjid), pimpinan Guan Eng akan menyalahkan pula kerajaan Persektuan yang tidak mahu bina masjid, tak mahu tolong orang Melayu-orang Islam. Penceramah-penceramah PAS pula ambil beluang menganyang kerajaan persekutuan pimpinan BN yang sekular dalam ceramah-ceramah mereka mengatakan kerajaan BN adalah kerajaan zalim warisan penjajah barat, sekular boleh bina gelanggang futsal tapi menolak pembinaan masjid. Itulah politik pembangkang gabungan mantap DAP, PAS dan PKR di Pulau Pinang mengajar orang Melayu Pulau Pinang supaya lebih sedar. Mungkin, mungkin, mungkin nasi sudah jadi bubur untuk orang Melayu di Pulau Pinang.
Saya sangat simpati dengan apa yang akan berlaku pada kedua-dua gerai yang akan diroboh itu. Saya hanya boleh simpati sahaja. Tetapi tak boleh membantu. Jadi sekaranglah masanya UMNO/BN, mengorak langkah, berani dan tegas. Mana dia pemimpin UMNO Negeri/Bahagian/Cawangan, Pemuda, Wanita, Putri. Buatlah sesuatu, agar gerai-gerai itu dan lain lain isu terutama orang melayu dapat diatasi dan dibela. Jika dah roboh, nak buat apa lagi. Hantar bantahan, rasa tak puas hati kita. Jumpa dan berbincang dengan LGE itu. Jangan dok cakap saja. Peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang akan berkurangan dari hari ke hari jika kita tak tangani masalah ini dengan segera. Peniaga -peniaga sewarna mereka diberi layanan yang istimewa.
ReplyDeleteBaru-baru ini ada saya terjumpa sahabat lama yang berniaga gerai makanan di Bayan Baru, bersebelahan dengan Siwah lama. Kami berkawan sejak kami Pemuda UMNO lagi. Sahabat ini berniaga di situ tak salah saya sudah menjangkau 20 tahun. Tetapi sekarang, pembaca blog sekelian, tapak perniagaan dan peniaga-peniaga yang berbilang bangsa di situ dalam perhatian LGE untuk dirobohkan! Fikirlah...
ReplyDeleteLGE akan berpegang pada prinsipnya. Prinsip yg merugikan Melayu. Gerai-gerai tepi jalan itulah kemampuan Melayu. Bila dirobohkan ia akan gantikan dgn bangunan/plaza jika ada tapi Melayu tak mampu sewa. Akhirnya tak ada lagi Melayu yang boleh berniaga di pulau pinang ini. Barat Daya/Balik Pulau mungkin boleh lagi utk 4-5 tshun lagi. Tapi sudah ada notis roboh dikeluarkan....BN dulu tak kisah pun sebab BN kasihan orang berniaga. Tapi org masih kata BN zalim..lihat lah apa yang berlaku hari ini BN zalim atau Pakatan Pembangkang yang zalim?
ReplyDelete