"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, May 4, 2010

Perangai Guan Eng semasa berbahas dalam DUN Pulau Pinang masih tak berubah!

Guan Eng bijak bermain dengan kata-kata. Berdirinya dia dengan lagaknya seperti tuan besar. Samalah seperti persidangan DUN yang lalu, kali ini juga perangainya tak berubah. Dia bangun dengan memulakan kata-kata provokasi, menyindir dan kadang-kadang hingga ke tahap memperbodoh-bodohkan ahli-ahli wakil rakyat BN/Umno. Beberapa kali wakil rakyat BN/UMNO bangun hendak penjelasan, ditahannya kerana masa untuk dia berucap. Soalan yang sepatutnya dijawab tidak dijawab pun. Guan Eng lebih berminat dengan kata-kata yang menyakitkan hati wakil rakyat BN/UMNO. Seorang wakil rakyat BN telah diminta berdiri untuk memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada Guan Eng. Jika kita berada dalam dewan itu pun, akan terasa bahang penghinaan yang dibuat oleh kata-kata Guan Eng itu.  Syabaslah kepada setiap ahli Yang Berhormat dari BN/UMNO kerana masih boleh bertahan dan bersabar. Begitulah cara Guan Eng berbahas. Bila ada ahli Yang Berhormat bangun untuk mencelah, Guan Eng minta ahli Yang Berhormat itu duduk kerana dia sedang berucap.  Akhirnya Guan Eng tidak menjawab soalan yang dikemukakan dari ahli Yang Berhormat BN/UMNO. 

2 comments:

  1. Memang perangai DAP begitu. Kita lihat bagaimana kuasa yg telah dimilikinya. Dia guna kuasa sewenang-wenang. Wahai ADUN BN, bangun dan tentang balik dalam apa cara jua sekali pun. Tegakkan kebenaran!

    ReplyDelete
  2. Guan Eng menipu orang Melayu dan cina

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.