"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, May 30, 2010

T.Mohan: Jangan ugut, UMNO bukan parti yang lemah!

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan mendakwa beliau tidak pernah menuduh parti UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) terlibat dengan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS). Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah diputar belit oleh sesetengah pihak sehingga beberapa pemimpin UMNO salah faham. "Saya hanya mengatakan jika UMNO terlibat, MIC akan mengkaji kedudukan parti tersebut dalam BN.
T.Mohan jangan berlagak sombong dan bongkak. Beliau perlu sedar bahawa BN/UMNO tidak gentar dengan ugutan dan ancaman untuk keluar dari BN. Selaku pemimpin tertinggi dalam MIC, beliau perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan kemerdekaan oleh pemimpin UMNO bersama pemimpin MCA  dan MIC dahulu. T.Mohan tidak akan mengancam untuk keluar dari BN jika dia mengkaji bagaimana pengorbanan UMNO/BN kepada MIC. Bagaimana sikap toleransi kepimpinan UMNO menyerah beberapa kerusi DUN dan Parlimen kawasan majoriti orang Melayu untuk calon MIC. Atas semangat setiakawan dalam BN, UMNO sanggup korbankan untuk MIC.
T. Mohan tidak layak menjadi Ketua Pemuda MIC jika beginilah cara beliau menyelesaikan masalah partinya. Budaya ugutan tidak sesuai dalam semangat BN.   MIC bukan sebuah parti besar dalam komponen BN. Namun begitu pemimpinnya tetap mendapat tempat dalam kabinet kerajaan pusat BN walaupun kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lalu. Kepimpinan BN yang diterajui oleh DS Najib telah mengambil kira semua hati rakyat pelbagai kaum. Tapi janganlah melatah membuat tuduhan dan dakwaan secara membuta tuli. Sudahlah tidak mahu memohon maaf tunjuk pula sikap kesombongan dan keangkuhannya bahawa beliau langsung tidak bersalah.
Tindakan untuk mengugut keluar daripada BN jika..jika UMNO terlibat merupakan suatu ugutan. T.Mohan tunjuk bahawa dia pemimpin yang berani dan MIC adalah parti yang kuat. Seolah jika MIC keluar dari BN, UMNO/BN akan lemah. Tapi pemimpin tertinggi UMNO tidak bersikap seperti T.Mohan walaupun kadang-kadang kenyataan pemimpin MIC sangat melukakan hati pemimpin-pemimpin UMNO. Berhati-hatilah, jangan sampai pemimpin-pemimpin UMNO dan NGOs pro UMNO mendesak MIC keluar daripada BN. Dalam situasi politik hari ini, perjuangan UMNO masih relevan dan konsisten untuk kepentingan orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Majoriti orang Melayu termasuk golongan muda telah mulai memahami perjuangan UMNO. Orang Melayu sudah mulai sedar bahawa PAS dan PKR hanyalah boneka kepada DAP. Sudah semakin ramai pemimpin-pemimpin PKR keluar meninggalkan parti PKR. Dan sudah ada cawangan-cawangan PAS dibubarkan dan digantikan dengan UMNO kerana bekas pemimpin PAS kecewa dengan dasar perjuangan PAS yang semakin bercelaru. Oleh itu ugutan T. Mohan untuk keluar dari BN boleh kita anggap sebagai suatu ugutan dari seorang yang kecewa, emosional, tidak matang dan biadab.

4 comments:

  1. org umno jgn bagi muka gan mic,mca dn gerakan,disebabkan org umno bg muka la mereka berani melawan dn menuduh yang bukan2.ambil balik kawsan majoriti melayu.org umno kena berkeras.

    ReplyDelete
  2. Ya saya sokong pendapatn sdr di atas, t.k.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya pemimpin MIC tidak pernah sedar tentang pengorbanan umno pada MIC selama ini...umno terlalu banyak memberi teloransi kepada MIC hinggakan mereka lupa pada pengorbanan melayu...

    sekarang nie mereka sudah berlagak sombong dan angkuh dgn apa yang mereka dapat dari perjuangan umno...

    kalau MIC nak keluar dari BN..SILAKAN UMNO TIDAK GENTAR DENGAN UGUTAN MIC...

    MIC BOLEH JOIN PAKATAN RAKYAT...KALAU PAKATAN RAKYAT BOLEH MEMBELA NASIB KAUM INDIA...

    ReplyDelete
  4. Semasa kita menuntut kemerdekaan dari tangan British, ketiga-tiga parti UMNO, MCA dan MIC di bawah Perikatan. Ketiga-tiga parti ini berpadu tenaga dan berganding bahu dalam memerintah Malaya dan seterusnya Malaysia. Perbalahan dapat diselesaikan dengan perasaan muhibbah pada masa ketika itu. Campur tangan antara satu parti dengan yang lain tidak berlaku.

    Tetapi sekarang nampaknya MIC buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Pemimpin genarasi muda MIC yang begitu emosi dengan tuduhan-tuduhan liar dan mengugut untuk keluar dari BN. UMNO berlembut tetapi bukan bererti lemah.Tetapi berlembut ada batasannya!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.