"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, September 30, 2010

Demi kekuatan UMNO di BP, Blog Suara Satu UMNO kembali menerjah!

Baru-baru ini Blog Suara Satu Dua UMNO digodam. Tetapi nasib baik dapat diselamatkan. Namun demikian sebahagian rangkaian blog ini telah hilang, Masalah ini bukan masalah besar kepada blogger. Masalah besarnya bagaimana orang-orang Melayu boleh kembali bersatu sama ada melalui pertubuhan politik seperti UMNO ataupun NGOs Melayu/Islam yang sedia ada.
Hari ini orang Melayu tampak begitu lemah dan agama Islam dihina. Perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu yang menjadi majoriti umat Islam di Malaysia merupakan faktor utama orang Melayu tidak lagi dihormati bahkan tidak ditakuti oleh bangsa lain. Kebanyakan umat Melayu mulai sedar tentang masalah ini. Tapi ada pemimpin-pemimpin Melayu yang belum sedar. Atau sengaja tidak mahu sedar kerana lebih mementingkan diri sendiri hingga sanggup kawan menjadi lawan. Mereka sanggup berlumba-lumba sesama-sesama sendiri kerana kuasa dan pangkat. Mereka sanggup menikam kawan dari belakang kerana jawatan dan darjat. Mereka sanggup melupakan jasa dan bakti kawan kerana kedudukan. Masalah parti diketepikan dan tidak menjadi keutamaan. Yang utama aku mesti naik, aku mesti jadi wakil rakyat, aku mesti jadi ketua bahagian dan sebagainya. Apakah aku ini berfikir tentang mereka? Mereka adalah ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO peringkat cawangan dan bahagian, penyokong-penyokong UMNO/BN, bekas-bekas pemimpin UMNO, veteran-veteran UMNO, pemerhati-pemerhati UMNO dan mereka juga ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan UMNO dan sesetengah pemimpin UMNO. Mereka inilah yang perlu aku fikirkan. Mereka adalah rakyat yang boleh meninggalkan kesan yang besar jika mereka mahu. Tidak semua hidung mereka boleh aku cucukan. Tidak semua mereka boleh menjadi  pak turut kepada aku. Biarlah aku naik sebagai wira yang didendang. Jika aku turun biarlah aku diingati sebagai bekas pejuang yang disanjung. Mahukah aku dimaki dan dicaci oleh mereka nanti? Menjadi pemimpin yang memungkiri janji. Pemimpin yang lupa diri. Yang penting diri sendiri.
Aku sepatutnya fikirkan masalah mereka. Masalah mereka adalah masalah aku kerana aku pemimpin mereka. Jika mereka berpecah sesama mereka, maka UMNO akan hancur, aku akan dipertanggungjawabkan kerana aku pemimpin mereka. Tapi jika aku yang menjadi punca kepada perpecahan mereka dalam UMNO dan menimbulkan kebencian mereka kepada BN maka sudah tentu aku dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Aku perlu ingat bahawa tidak semua pemimpin UMNO di bahagian dan cawangan sokong aku. Apatah lagi jika aku naik tanpa mendapat sokongan padu daripada pemimpin kanan aku? Sudah tentu aku akan kehilangan sokongan dan malahan menimbulkan kebencian ramai jika aku naik dengan 'membunuh'  karier politik kawan setia! Patutkah aku bersikap demikian, tepuk dada tanya minda!

3 comments:

  1. sah..akan ada yg kecewa nanti. umno jadi lemah dan berpuak2 spt dulu oarng melayu tak hormat lagi pemimpin umno yg gila kuasa.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. Saya sangat setuju jika yang dah lama berundur diri dan bagi peluang kapda yaang baru. jangan tongkat langit kami dah meluat.

    ReplyDelete
  3. salam semua. Pemimpin Perkasa jangn lupa juga ada peluang utk menjadi wakil rakyat. Kena ambil kira juga supaya Umno kuat dan org Melayu bersatu.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.