"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, September 17, 2010

KISAH BENAR 3: Menemui anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang

Semua dijemput hadir terutama yang tinggal di kawasan Bayan Lepas. Cerita Benar 3 akan menampilkan penceramah-penceramah yang cukup hebat. Antaranya Y.Bhg. Dato Mohd Ghazali Ahmad yang merupakan bekas Ketua Dewab Ulama PAS Terengganu. Beliau telah meninggalkan PAS bukan kerana PAS berkawan baik dengan DAP. Ditinggalkan PAS sejak bertahun-tahun dulu lagi. Tentulah ada sebab yang menarik kenapa beliau yang mengetuai Dewan Ulama PAS sanggup meninggalkan PAS. Takut juga pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS untuk datang mendengarnya. Datanglah untuk mendengar cerita yang sebenarnya, mengapa dan bila Dato' Mohd Ghazali Ahmad meninggalkan PAS.
Di samping itu, Sdr Lokman Adam bekas pemimpin PKR dan bekas tahanan ISA kini menjadi exco pemuda UMNO Malaysia. Orang yang lantang berhujah di atas pentas politik boleh menyebabkan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim kecut perut. Cerita Anwar Ibrahim sudah ada dalam poketnya. Mereka tahu cerita sebenarnya, bukan fitnah seperti yang dimain-mainkan oleh pembangkang kepada BN. Datanglah beramai-ramai esok (Sabtu) jam 8.00 mlm di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

6 comments:

  1. mesti pergi bro.....

    ReplyDelete
  2. Pak Tam sokong perkasa? Apa dah jadi perkasa buat jamuan raya/rumah terbuka juga malm ini dan masa yg sama. itulah peranan perkasa di balik pulau?

    ReplyDelete
  3. Salam Anon 10:08am di atas;
    Saya sokong Perkasa kerana dasar perjuangan NGOnya. Peranan Perkasa di peringkat daerah itu soal lain. Ini bermakna ada pemimpin yang ikhlas dalam perjuangan melalui Perkasa dan ada juga yang gunakan Perkasa sebagai platform untuk mencapai cita-cita peribadi. Sama juga dengan pemimpin UMNO, ada yang ikhlas dan ada yang mementingkan diri sendiri. Saya tak dapat komen setakat ini berkaitan dgn pertembungan kedua-dua program itu. Sesiapa yang ada maklumat boleh beri komen di sini. Tk.

    ReplyDelete
  4. Sudah kelihatan Perkasa di balik pulau tidak membantu kekuatan Melayu sebaliknya memecahkan kekuatan umno di balik pulau. bukan semua perkasa itu baik untuk umno. siapa yang berada dalam perkasa di balik pulau kena tahu dulu.

    ReplyDelete
  5. Salam semua ,

    Hakikatnya UMNO baik , Perkasa baik semuanya adalah orang melayu. Persengketaan cuma membawa kepada perpecahan bangsa Melayu saja. Nak dikira buruk , dalam UMNO sendiri pun banyak yang buruk. Disebabkan kegelisahan Ketua bahagian maka yang digrassroot menjadi mangsa keadaan. Jangan disebabkan nila setitik , rosak susu sebelanga. Andaikata nyamuk yang angkaranya jgn lah pula kelambu hendak dibakar. Tak semua yang berada dalam Perkasa tak baik dan begitu juga sebaliknya yang serada didalam UMNO.
    Tanyalah diri sendiri apa yang UMNO dibahagian balik pulau dah buat. Jangan asyik menuding jari menyalahkan orang lain tapi hakikatnya kita yang salah. Kepada Ketua Bahagian , eloklah hentikan hasutan terhadap Perkasa kerana tiada apa-apa keuntungan yang kita perolehi demi survival bangsa melayu dibalik pulau amnya. Sudah tiba masanya kita memberi peluang dan laluan kepada lapisan muda untuk menerajui kepimpinan dibahagian Balik Pulau. Calun-calunnya sudah sedia ada yang perlu cuma sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka. Dalam UMNO ada , dalam Perkasa juga ada. Tepuk dada tanyalah selera.

    ReplyDelete
  6. Salam semua,
    Saya setuju dgn Anon 12:25pm di atas. UMNO dan Perkasa ibarat abang dan adik. Saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Yang penting kedua2 pihak mesti ada kejujuran dan keikhlasan. Jangan ada agenda tersembunyi. Pentingkan parti. Ketua Bahagian jangan tunjuk sombong. Ingat sama pemimpin yg lebih muda juga boleh diketengahkan. Jangan lama sangat takut pengundi dan penyokong lari tak berminat lagi dengan Umno.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.