"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, September 26, 2010

Kenapa pemimpin PAS dan PKR dalam kerajaan Guan Eng diam?

Surat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada  Pengurus Besar dan Setiausaha Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bertarikh  9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Faridah Hani M.Yacob mengesahkan bahawa Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang suka membohongi rakyat.
Wang dari sumber haram telah digunakan oleh kerajaan DAP-PKR-PAS untuk membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Kenapa pemimpin-pemimpin PKR dan PAS dalam kerajaan negeri berdiam diri? Sila beri penjelasan kepada rakyat, kenapa anda membiarkan orang-orang Islam di Pulau Pinang menerima bantuan dari sumber haram? Apakah anda lebih takut kepada Guan Eng daripada Allah swt? YB Malik tidak melatah kali ini, jika tidak YB Malik yang paling cepat mempertahankan tindakan Guan Eng. Sebenarnya aktiviti ekonomi dan perniagaan haram di Pulau Pinang sudah bermaharaja lela. Pusat-pusat karaoke, pusat siber dan pusat urut tumbuh seperti cendawan di Pulau Pinang. Judi-judi haram berleluasa hingga di kawasan-kawasan perumahan yang didiami majoriti penduduk Islam. Pusat-pusat siber haram telah menganjurkan permainan judi tanpa dapat dikesani oleh pihak berkuasa tempatan. Apakah negeri Pulau Pinang akan menjadi salah sebuah negeri di Malaysia yang akan mencontohi model ekonomi Singapura? Rakyat sedang menunggu penjelasan dari pemimpin-pemimpin PKR dan PAS Pulau Pinang.

4 comments:

  1. Ya, kerjaan Gan eng bercakap tak serupa bikin. Masa BN dulu depa kutuk dan kata macam2. Itu haram dan ini haram. Rupa2nya kerajaan ini lebih haram lagi.. huh! pemimpin pas tak kata apa2 kah?

    ReplyDelete
  2. Pemimpin PAS dan balun duit haram tu suang2 lagi. Sebab itu mereka tutup mulut.

    Nanti babi pun DAP Mahfuz sembelih akan jadi halal.

    Itu lah PAS.

    ReplyDelete
  3. dah habis segala blog sy lawati n membaca isi kandungan.. saya rumuskan hanya blog pembangkang amat takut untuk menegur kepimpinan mereka manakala blog pro pemerintah berani menegur. disini sekiranya pembaca menilai dah termaktub yang penyokong pembangkang hanya mengikut telunjuk kepimpinan mereka walaupun mereka itu salah. jgn hanya dengan niat untuk menjatuhkan kerjaan sekarang kamu membiarkan mereka bermaharajalela dan amat takut untuk menegur. mungkin teguran kamu sebagai blog pembangkang akan menyedarkan mereka bahawa mereka ada berbuat kesilapan. tidak semestinya mereka itu betul. sekiranya kamu sebagai penulis blog yang berhemah tidak menjadi salah kamu membetulkan kepimpinan kamu.. berterus teranglah kamu dengan nyata dan jadi lah seperti rakan2 blog pro kerajaan yang berani membidas, kami sebagai pelawat dan pembaca blog hanya melawati untuk mencari ilmu dan kebenaran..

    ReplyDelete
  4. Salam hormatnya, semua. Baru sebentar tadi aku berpeluang bercakap dgn seorang kwn dulunya tak pernah menyokong Umno. Terkejut saya bila dai berubah 100% dan berkempen pula supaya melayu bersatu. Dia kata parti PAS dah tak boleh harap lagis sejak bersama dgn DAP dan PKR. Syabas melayu sudah sedar, masih belum terlambat.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.