UMNO boleh kita anggap mulai berubah walaupun jika tak sepenuhnya. Bermula dengan ucapan perasmian dan ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden yang sangat tegas dan berani. Itulah semangat pemimpin utama UMNO dan pemimpin utama BN yang mahu setiap rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa pun tidak lagi menyentuh hak kaum Melayu dan bumiputera, agama Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang sedih dan kecewanya kita, bila ada orang Melayu sendiri terutamanya dari puak PAS dan PKR yang sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama kerana politik kepentingan diri. Mereka sanggup menidakkan keistimewaan Melayu/bumiputera dalam kempen poltitik mereka kerana untuk mendapatkan undi simpati daripada kaum Cina dan India. TG Nik Aziz pernah mengatakan bahawa dia tidak berbangga dengan bangsa Melayu. Apa ada pada bangsa, katanya. Sedangkan dalam Kitab Suci al-Quran, Allah Taala berfirman yang bermaksud “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki (dan) seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi-sisi Allah adalah orang yang paling takwa antara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal.” – surah Al-Hujarat, ayat 13.

PAS umpama kilang yang menghasilkan barang makanan fitnah dan palsu untuk diedar atau diagihkan kepada rakyat untuk dimakan. Soal hukum betapa besar dosa fitnah yang ditaburkan tidak menjadi persoalan pokok, yang lebih penting bagaimana rakyat boleh ditipu dan UMNO dapat ditumbangkan. (Lagi fitnah PAS terkini, baca sini!)
Oleh itu orang-orang Melayu terutamanya yang masih di atas pagar, perlu memikirkan parti yang konsisten dalam perjuangan, terbukti kejayaan dan mampu menggapai kejayaan seterusnya membela anak bangsa, agama dan negara. Jika kita menghayati setiap ucapan perbahasan oleh perwakilan dalam Persidangan Agung UMNO 2010, jelas UMNO sudah mulai berubah. Pemimpin UMNO dilarang melakukan 'cah keting' atau mencantas kawan. Pemimpin UMNO diminta selalu turun ke padang, berjumpa rakyat dan golongan akar umbi. Bagi merealisasikan apa yang dihasratkan oleh pemimpin-pemimpin utama dalam perbahasan dan penggulungan itu, peranan pemimpin di peringkat bahagian, sayap-sayapnya dan cawangan-cawangan amat penting.
Betapa semangat sekalipun Presiden dan Timbalannya tapi jika AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan masih ditakuk lama, maka UMNO tak berubah juga, "pi mai pi mai dok tang tu jugaklah". Sepatutnya, selepas PAU 2010 ini, setiap mesyuarat Jawatankuasa Bahagian, Mesyuarat Biro-Biro UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri akan mendapat sambutan setiap ahli jawatankuasa yang dijemput. Jika tidak dapat hadir akan ada wakilnya. Kita mahu UMNO BP berubah untuk kejayaan. Selepas PAU 2010 ini, diharap UMNO BP akan melakukan sesuatu untuk mengembalikan semangat bekerja untuk menghadapi PRU13 akan datang sebagai satu pasukan. Jangan begitu ghairah mempromosikan diri sebagai calon Parlimen atau DUN hingga soal pokok ditinggalkan! Ikhlaslah bekerja untuk parti, biarlah rakyat yang menentukan siapa yang layak untuk menjadi calon pilihan mereka.

masihkah ketua bahagian dan ajk sedar semua tu?
ReplyDeleteAsalamulaikum wmth. Ketua bhgan kena duduk berbincang elok2 dgn ajk bhgn spy umno balik pulau kembali kuat spt dahulu. setuju dgn tulisan pak tam. program bahgan lebih kpd mempromosi dato ketua bhgn nak jadi clon parlimen. nampak2nya gitulah. itu sebabnya ramai ajk bhgn dan ketua2 cwgn tak berminat lagi hadir meeting. ikhlas sy berckp berdasarkan kawan2 yg sy jumpa. bila beria-ia nak jd calon akan ada nanti cah keting. kesian kawan2 kita juga yg dah lama dlm umno tak naik2. tak kanlah nak terjang kawan kita macm tu saja, tak patut tak patut!
ReplyDeleteMintalah orang kuat Umno hayati 6 Abu yg dihuraikan oleh Dato Zaid Hamidi.
ReplyDeletekenapa tiada poll untuk kaji ketidak poppularan keri jamban?
ReplyDelete