"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, October 16, 2010

Lagi Bantahan Rakyat di Balik Pulau - Pengambilan Tanah oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang!

Kampung Genting Balik Pulau akan jadi seperti Kampung Buah Pala dan Kampung Jalan Pokok Assam. Di bandar kampung-kampung tradisional India dan Melayu, satu demi satu mulai dihapuskan secara halus oleh kerajaan DAP-PAS-PKR (Pakatan Rakyat) Pulau Pinang.
Kini sebuah kampung tradisional yang berada di kawasan Balik Pulau, Kampung Genting akan dibuat pengambilan tanah oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk membina sebuah IPTS. Dengan itu satu lagi kampung Melayu di Balik Pulau akan lenyap. Bagi membantah pengambilan tanah itu, tuan/puan, sdr/sdri dijemput beramai-ramai di Kampung Genting, esok 17/10/2010 jam 10.30 pagi berhimpun di Masjid Kampung Genting, Balik Pulau.
Hadirlah beramai-ramai sebagai tanda bantahan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak menipu rakyat untuk kepentingan politik mereka (DAP) di Pulau Pinang.

6 comments:

  1. Orang Pulau Pinang yang sokong Guan Eng buta perut. Kalau mereka itu Melayu maka mereka itulah yang memusnahkan bangsa mereka sedniri di Pulau Pinang. Insaflah wahai bangsa Melayu di Pulau Pinang dan khususnya yang mengundi calon PKR, Yusmadi dlm PRUY yang lalu. Apakah Yusmadi kerap turun ke bawah menyelesaikan masalah rakyat. Haram muka pun tak nampak. Awal2 dulu baguslah tapi sekarang dia ada di mana? Jawablah Melayu yg sokong PKR dan PAS?

    ReplyDelete
  2. Yang paling bangsat ialah anwar ibrahim, semua melayu penang yang mengundi PKR kat situ pada pilihanraya dulu dah kena kencing hidup hidup,malah org kampung berkenaan akan hilang tanah milik mereka,mereka jugak yg rugi.Sori org pulau Pinang,letak dua orang Melayu P.Pinang jadi pemimpin negara,dua dua hancus,lingkup negara ( Dolah badawi dan anwar ibrahim) .Seru saya, jadikan lah ini pengajaran,lain kali jangan pakai percaya aje,terutama sekali orang yg pandai cakap tapi habuk pun tarak.Harap harap korang akan pertahankan kampung kampung korang tu,walau dengan nyawa anda sekali pun.

    ReplyDelete
  3. Apa nak gusar, LGE ada perisai, Salleh Man, hero 2M (Mansor & Malik ).Utz Zakarrrrria plak buat doa selamat dan sejahtera kepada LGE,buat promosi dalam khutbah puas melayu

    ReplyDelete
  4. Melayu pulau pinang paling bodoh dalam dunia termasuklah melayu dibalik pulau. dah tau melayu tak ramai di pulau pinang napelah hampa berpecah sesama sendiri. umno tu dah elok dah, jaga balik pulau elok2 nape hampa tukar parti? habis puas hatilah kut hampa semua? nak ubah konon, ubahlah. tapi apa yang dah berlaku? itulah melayu yang paling bodoh dalam politik di tanah air sendiri.

    ReplyDelete
  5. Melayu Balik Pulau dah tewas paktam ..
    Yang lain siap siap bunkus jer nak belah ..

    UmNO kalah dalam plan strategik ...

    Orang Melayu masih belom sedar ,kita masih mencari juara Melayu PKR,PAS atau UMNO sebenarnya semua dah kalah ..

    Pelan nya simple take over KG genting , makan Kg Terang ,Mkn Pulau Betong , Makan Kg Perlis ...
    teruskan dengan kg sg burung dan Jalan Baru
    balik ke Ayer Putih ke pekan Balik Pulau masuk pondok Upeh Satu bulatan besar sudah di buat ..
    Habis New Town ....

    Tak dak apa dah ... musuh kita tetap dalam selimut jugak .. maksudnya musuh Melayu adalah Melayu sendiri bangsa lain just ambil kesempatan atas kelalaian kita .. betui paktam

    ReplyDelete
  6. Saya sambung sikit lagi .. sebenarnya masalah kita bukan siapa menang atau siapa kalah ..

    untuk makluman Balik Pulau mempunyai 3 Adun UMNO
    ( YB Helmi Yahya, YB Farid , YB Syed Ameruddin dan 1 Ahli Parlimen Melayu ( YUSMADI )

    Bukan depa tak buat kerja depa buat yang termampu tapi buat dengan Kuasa dan tanpa Kuasa nih satu benda yang berbeza ..so tolong lah jangan hipokrit dok melalak mengata Melayu Balik Pulau bodoh la apa ..

    Hakikatnya menjadi Melayu Di Pulau Pinang nih sememangnya Mencabar dari dulu sehingga sekarang .. macam Telor dihujung tandok silap sikit telo pecah.. bukan PKR ,PAS atau UMNO tak tau depa pon tau ... tapi demi suvival masing masing buat tak tau jer ..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.