Projek membangunkan hartanah di bahagian Pulau, Pulau Pinang amat pesat sejak pemerintahan diktator Guan Eng. Pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat sunyi sepi membisu seribu bahasa. Takut disergah oleh pemimpin kesayangan mereka Tuan Lim Guan Eng. Orang Melayu di Balik Pulau masih leka atau masih tidur bahawa kehidupan mereka yang aman dan damai di kampung-kampung tradisonal akan terancam tidak lama lagi. Secara halus, kawasan Balik Pulau yang kekal secara tradisonal dengan perkampungan Melayu akan beransur-ansur berubah wajah bila pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini menjadi kenyataan.
Teka teki terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan pembinaan IPT itu. Pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu. Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam. "Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini. Beliau risau akan ada lebih banyak tanah terpaksa diambil untuk menyediakan kemudahan buat mereka, katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen sumbangan pakaian terpakai untuk mangsa banjir di Pakistan di sini, hari ini.
Menurut Syed Amerruddin, pihaknya tidak menentang hasrat kerajaan negeri mahu membina universiti di negeri ini tetapi perlu dilaksanakan di kawasan lebih sesuai seperti di Bukit Jambul atau Bayan Baru. Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula rancangan pembinaan universiti tersebut kerana kewujudannya nanti akan membawa lebih banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk tempatan.
Pelan-pelan kawasan orang Melayu di Balik Pulau akan dihapuskan dengan alasan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat di Pulau Pinang. Guan Eng lebih cerdik daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ada dalam kerajaan PR. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi apa yang nak dipedulikan. Dia jarang ada di Balik Pulau. Dalam PRU akan datang sudah pasti namanya akan terkeluar dari senarai calon wakil rakyat mewakili Pakatan Rakyat. Semasa BN memerintah dulu, bukan pemimpin UMNO tak bijak membawa pembangunan di Balik Pulau tetapi mereka memastikan pembangunan yang tidak merugikan orang Melayu. Ketua Menteri PP pada masa itu, Dr. Koh Tsu Koon menghormati kehendak pemimpin UMNO Balik Pulau melalui Local Plan yang dipersetujui bersama antara UMNO Balik Pulau dengan PBT dan kerajaan negeri pada masa itu.
Pelan-pelan kawasan orang Melayu di Balik Pulau akan dihapuskan dengan alasan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat di Pulau Pinang. Guan Eng lebih cerdik daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang ada dalam kerajaan PR. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi apa yang nak dipedulikan. Dia jarang ada di Balik Pulau. Dalam PRU akan datang sudah pasti namanya akan terkeluar dari senarai calon wakil rakyat mewakili Pakatan Rakyat. Semasa BN memerintah dulu, bukan pemimpin UMNO tak bijak membawa pembangunan di Balik Pulau tetapi mereka memastikan pembangunan yang tidak merugikan orang Melayu. Ketua Menteri PP pada masa itu, Dr. Koh Tsu Koon menghormati kehendak pemimpin UMNO Balik Pulau melalui Local Plan yang dipersetujui bersama antara UMNO Balik Pulau dengan PBT dan kerajaan negeri pada masa itu.
Tapi apa yang berlaku sekarang? Apakah pemimpin Melayu PKR dan PAS di Balik Pulau dapat lakukan untuk menyelamatkan kawasan orang Melayu yang cuba dipertahankan sekian lama oleh UMNO? Orang Melayu sudah tersalah pilih dalam PRU yang lalu. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran. Menang sorak kampung tergadai. Akhirnya kita semua menerima musibahnya angkara pemerintahan Guan Eng yang didewa-dewakan pemimpin dan penyokong Melayu PKR dan PAS sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Tengoklah di sana sini, di atas dan di bawah, di kuala dan hulu, bukit dan lurah semua sudah digondol dengan membina rumah-rumah yang sudah tidak mampu lagi dibeli oleh orang Melayu. Orang Melayu wajar bersatu kembali dengan parti yang terbukti mampu mempertahankan kawasan orang Melayu selama ini. Tepuk dada tanya minda masing-masing agar pisang tidak berbuah dua kali!
Akta Pengambilan Tanah dibuat dizaman Mahathir. Yang paling menyokong ialah MP-MP Melayu di parlimen. Orang Melayu sendiri yang menyediakan prasarana untuk orang Cina mengambilalih tanah mereka. Akta digubal tanpa berhati-hati.
ReplyDeleteMemang pun semua undang2 dibuat untuk menjaga kepentingan awam sejak zaman Tun M. Tapi jangan pemimpin hari ini buta perut. Yg nak buat keputusan wakil2 rakyat PR lah. Yg Melayu tu dok buat apa? Bisu kut?
ReplyDeleteAku nak tanya ahli parlimen Yusmadi. Apa pndangan dia?
ReplyDeletetak perlulah saudara-saudara mencari kesalahan orang lain....sedangkan kita hanya bercakap dan berpeluk tubuh sahaja.... terlalu menuding jari kepada orang belum tetntu dapat menyelesaikan masalah dan akhirnya orang melayu juga terperangkap...
ReplyDeletePakatan rakyat perintah negeri baru beberapa tahu, UMNO dah bising....UMNO perintah negara dah lebih 50 tahun, tp di mana kedudukan orang2 melayu di bumi sendiri???...bagaimana nasib melayu kampung baru??....bagaimana nasib melayu di Penang??....penang bawah gerakan dulu pun melayu dah hancur....jgn lah UMNO nak jadi hero pulak skrg ni...sepatutnya UMNO tak bg jawatan KM kpd gerakan sewaktu UMNO menang besar di Penang suatu ketika dahulu....sekarang nak salahkan PR plak...kah...kah...kah...dalam malaysia ni, hanya satu yg bodoh iaitu UMNO.....
ReplyDeletewahai...akubest501...
ReplyDeletehebat juga juga komen awak....tapai apa yang AS dan keadilan buat untuk bangsa kamu sendiri...semenjak perintah di pulau pinang...melayu kena halau hangpa diam diam...gerai melayu kena roboh hangpa diam...nak buat rumah kos randah di halang hangpa diam...dimana keadilan yang hangpa buat...bodoh-bodoh UMNO pun hang cari makan kan malaysia....hahahaha apa punya lawak....dilahirkan dihospital umno... antar anak p belajar kat sekolah umno...dasar ekonomi yang umno buat hang dapat untung..kalau dah umno bodoh buat apa dok p guna kemudahan umno....betapa punya dangkal ilmu hang...hehehehe