"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, March 31, 2012

Pemimpin Biseksual: Kenapa PAS diam?

Pemimpin Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menyatakan pendirian sama ada golongan biseksual boleh diterima sebagai pemimpin di negara ini.
Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Pas yang terus berdiam diri seolah-olah parti itu menyokong secara senyap golongan biseksual untuk menjadi pemimpin negara.
Semalam, dua tokoh ulama Kelantan menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknati Allah.

Friday, March 23, 2012

CERAMAH PERDANA ISU-ISU SEMASA DI TELUK KUMBAR

Penyokong-penyokong tegar PAS, penyokong tak tegar pun dijemput dan paling tak lupa kumpulan majoriti  atas pagar dijemput beramai-ramai ke Ceramah Perdana di Teluk Kumbar. Penceramah dijemput khas dari negeri Terangganu,, Pegawai Khas kepada MB Terengganu, Dato' Ustaz Kamal Saidin.

Beliau mampu mengupas dengan jelas dan dibuktikan dengan fakta berkaitan isu hukum hudud, kalimah Allah, kerajaan perpaduan, kes murtad di Selangor dan sebagainya.

Jangan tidak datang. Ambil kesempatan ini untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa  orang Melayu/Islam di peringkat negeri Pulau Pinang dan negara.

DATANGLAH PADA HARI AHAD INI 25 MAC 2012 JAM 9.00 MALAM DI KELAB SUKAN DAN REKREASI KG. NELAYAN, TELUK KUMBAR (BERHAMPIRAN TEPI LAUT KUALA SUNGAI TELUK KUMBAR / KIRA-KIRA 500 METER DARI BALAI POLIS TELUK KUMBAR MENGHALA KE JALAN GERTAK SANGGUL)

Hak umat Islam dinafikan oleh Exco Tanah yang juga Ketua Menteri!

Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan sebagai bongkak dan biadab kerana tergamak menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, Setiausaha Agung DAP itu tidak berhak untuk campur tangan dan menyentuh 'harta' yang dikhaskan untuk orang Islam.
Tegas beliau, tindakan tersebut amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Islam khususnya di negeri ini.
"Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan seterusnya diwakafkan oleh majlis berkenaan. Justeru, kami mendesak Guan Eng supaya mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP.
"Kami mahu beri peringatan kepada Guan Eng supaya tidak mendiamkan diri atau cuba memutarbelitkan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini
 
Sumber: Utusan Malaysia 23/3/2012

Wednesday, March 21, 2012

PAS dan Israel: Pandangan Dr. Rahman Kadir

1.  Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.

2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, "boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi".


3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.


4.PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dgn yahudi.


5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa  masuk ke adalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dgn begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.


6. Saya tidak pasti samada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.


7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.


8.  Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.


9.  Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.


10.   Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.


11.   Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.”


12.    Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.


13.   Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.


14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro- Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan "kapal Israel" yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).


15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana Parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.


16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Sri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.

17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.


18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah Ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.


19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.


20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.


21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.


22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.


23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.


24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan Malaikat yang sama dengan Malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.


25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.


26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.


27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. "Mati Syahid" Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.


28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan "bijak" pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.


29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.


30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.

Dr Rahman Kadir

Tuesday, March 20, 2012

PRU13 semakin hampir, calon BN masih jadi tanda tanya?

UMNO memang ada ramai calon yang layak. Wakil rakyat yang sedia ada nampaknya mahu meneruskan khidmat mereka kepada rakyat. Tak ada seorang pun wakil rakyat yang mahu menarik diri. Yang ada cuma wakil rakyat mahu menukar kerusi dari DUN ke Parlimen. Itu pun dia merasakan sudah banyak penggal berada di DUN.  

Masalah sekarang ramai pula calon baru. Ada calon disebut-sebut datang dari AJK bahagian dan ada pula yang dikatakan mewakili NGO. Rakyat ada banyak pilihan. Calon yang terpilih tentulah yang terbaik. Tapi apakah pemilihan calon dalam PRU13 kali ini betul-betul tepat? Inilah suatu masalah besar yang perlu diteliti dan dihalusi oleh UMNO Bahagian, Perhubungan Negeri dan UMNO Pusat. Apakah kesilapan memilih calon akan berulang lagi seperti mana PRU12 dahulu? 

Jika direnung-renung, pemilihan calon agak rumit kali ini. Bagi bakal-bakal calon tertentu yang banyak jasa boleh diibaratkan seperti kata pepatah Melayu, "Ditelan mati bapa diluah mati emak". Jika calon seperti ini 'disingkirkan' kemungkinan besar keputusan PRU13 menguntungkan pembangkang. Sebaliknya jika calon ini dipilih semula, boleh menang tapi sudah tentu menutup peluang bakal calon-calon yang baru.

Keputusan yang terbaik, bakal-bakal calon hendaklah mempunyai trek rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang, dihormati dan disegani oleh pemimpin dari dalam dan luar UMNO, disenangi oleh semua pemimpin-pemimpin komponen BN semua kawasan dan peringkat. Paling penting pemimpin yang boleh menang dan menyatukan kembali ahli-ahli UMNO serta menguatkan parti UMNO selepas pilihanraya nanti.

Kesilapan memilih calon dalam PRU13 sudah pasti akan membawa padah. Berhati-hatilah membuat penilaian supaya BN beroleh majoriti 2/3 dalam PRU akan datang, InsyaAllah.



Tuesday, March 13, 2012

Gempar! Guan Eng letak jawatan Ketua Menteri ikut jejak DS Shahrizat

Khalifah Kerajaan PR?
Memang sikap KM Pulau Pinang suka menyakitkan hati orang bila berucap di mana-mana sahaja. Kadang-kadang ucapan Guan Eng itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum. Dia bijak bermain dengan kata-kata. Oleh itu ramai rakyat yang masih tertipu dengan sikap hipokrasinya. 

Ada Melayu PAS dan Melayu PKR yang masih tertidur dan terlena dengan lakonan Tuan Lim Guan Eng.  Hingga puak-puak ini menganggap Tuan Lim Guan Eng umpama Khalifah Umar Abdul Aziz. Ada di antara mereka juga mengatakan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang lebih pandai Islam daripada pemimpin UMNO sendiri. Begitulah bentuk penghinaan yang boleh dianggap peringkat 'biadap dan sangat keterlaluan' oleh puak-puak ini terhadap kawan-kawan satu agama,  satu bangsa dan satu bahasa dengan mereka.

Namun semua mahu ingat Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Hari ini sikit demi sikit Allah tunjukkan kepada rakyat satu persatu perangai tidak senonoh di kalangan pemimpin mereka. Hari ini Allah memperlihatkan perbedaan yang nyata sikap pemimpin UMNO dan pemimpin PR. Apakah ada pemimpin DAP, PKR dan PAS yang sanggup melepaskan jawatan jika dituduh terbabit dalam sesuatu kes seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? Ada berani ka?  Beranikah Anwar Ibrahim letak jawatan? Beranikah Ostad Badrulamin letak jawatan? Beranikah 'Khalifah' Guan Eng melepas jawatan Ketua Menteri kerana kes jual tanah rakyat di Pulau Pinang? Sanggupkah Mat Sabu lepas jawatan kerana kes dalam bilik hotel di Kota Bahru, Kelantan? Sanggupkah Karpal Singh dan Kit Siang lepas jawatan dalam kes kematian Toh Beng Hock? Itulah sikap hipokrit dan busuk pemimpin PR yang rakyat kena tahu. Ini bukan fitnah...benar!

Yang terbaru lagi cite Ketua Menteri Pulau Pinang menghina Presiden CAP dengan mengatakan pemimpin utama CAP itu sebagai orang tua yang nyanyuk. Pernahkah kita selama ini dengar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terdahulu menghina pemimpin lain seperti itu. Pernah kita dengar YAB DS Najib mengeluarkan kata-kata seumpama itu kepada pemimpin lain.

Kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris "Pemimpin politik diingatkan supaya tidak menganggap diri mereka terlalu berkuasa umpama tuhan atau malaikat terutama dalam membuat sesuatu keputusan dan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat". Katanya lagi "Golongan itu harus ingat bahawa mereka tidak selama-lamanya memerintah dan akan tiba masa jawatan sedia ada terpaksa diserahkan kepada pihak lain".

Bagaimanapun, katanya, jika berlaku sebarang kemusnahan atau masalah disebabkan tindakan mereka, maka ia terpaksa ditanggung sehingga generasi akan datang. "Ada orang yang mempunyai kedudukan dalam parti politik menganggap diri mereka cukup berkuasa.
"Ini bukan amalan demokrasi. Demokrasi bermaksud berkongsi kuasa dengan rakyat.

Sunday, March 11, 2012

Pemberian Bantuan Warga Emas jadi kecoh di Bayan Baru!!!!

Cerita benar oleh beberapa warga emas pagi tadi. Warga emas memanglah tak larat, ada setengahnya tak mampu berjalan jauh. Terpaksalah antaranya diteman oleh anak dan cucu masing-masing. Kira-kira 10.30 pagi, warga emas mulai memenuhi kawasan sebuah bank berhampiran Kompleks Bukit Jambul.

Warga emas diberikan tiket iaitu nombor giliran sebelum memasuki bank. Oleh kerana begitu ramai warga emas yang hadir, wakil kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu memberi tiket-tiket itu secara adil dan teratur kepada setiap warga emas yang hadir.

Ada yang kuat sikit dapat awal kerana mampu juga merebut. Tapi yang tua tak larat hanya dapat melihat kawan-kawan warga emas yang lain merebut-rebut untuk mendapat tiket. Wakil kerajaan PR itu terpaksalah melayan warga emas yang minta tiket dari depan dan belakang, kiri dan kanan. Keadaan menjadi semakin tegang kerana ada yang tolak menolak. 

Akhirnya wakil kerajaan PR itu melambung tiket-tiket itu ke atas dan berterbanganlah tiket-tiket itu jatuh melayang. Cubalah tuan-tuan bayangkan, apa yang berlaku? Merebut-rebutlah warga emas, tolak menolak dan ada yang terjatuh dan tersungkur di situ.

Dalam keadaan kecoh itu bangun seorang warga emas perempuan yang tidak tahan dengan cara mereka dilayan. Warga emas perempuan itu sergah dengan kuat, "Beginikah cara kerajaan (Kerajaan PR) melayani kami warga emas. Beginikah caranya pemimpin negeri Pulau Pinang melayan kami sebagai rakyat warga emas? Kami bukan anak kucing atau anak anjing. Kami pernah menerima BR1M RM500 tidak pun seperti ini jadinya. Kami dilayan dengan baik. Kami diminta duduk dan diberi baucer BR1M tidak merebut-rebut seperti ini. Kami dilayan dengan baik". Begitulah lebih kurang luahan marah warga emas itu.

Berdasarkan cerita itu, pihak kerajaan PR perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku. Nak dapat RM100 kena tunggu berjam-jam, nak dapat tiket kena merebut-rebut, terpaksa tinggalkan rumah jauh dari Teluk Kumbar, Sg. Batu atau Kg. Binjai menaiki bas dan motorsikal anak atau cucu. Kata seorang warga emas lain, duit RM100 mesti ambil sebab wang rakyat tapi undi kita kena bagi kepada BN kerana jasa BN lebih besar daripada RM100. Jika nak senaraikan terlalu banyak bantuan daripada kerajaan BN.

Tuesday, March 6, 2012

Selamatkah Kampung Binjai di Pulau Pinang?

Kg. Binjai Bayan Lepas Pulau Pinang merupakan kampung asal Amiruddin (Sharpshooter- blogger pembangkang) yang lebih dikenali sebagai Din Binjai atau Din Roti Canai. Kampung Melayu di Kg. Binjai akan lenyap sekelip mata jika lot-lot tanah di situ dibangunkan oleh pemaju. Nasib orang Melayu di situ jika tidak ditangani dengan baik akan senasib dengan penduduk India di Kg. Buah Pala, Gelugor dan penduduk Pokok Asam di Jelutong.

Pemaju perumahan tidak akan bina rumah kos rendah. Sudah pasti rumah bunglow harga ratusan ribu ringgit akan dibina untuk mengaut untung berganda-ganda. Tapi orang Melayu terpaksa berpindah randah. Masjid yang menjadi lambang agama Islam hidup subur di situ akan turut malap. Mungkin masjid menjadi surau kerana penduduk Islam di situ sudah lenyap. 

Sharpshooter tidak boleh lupa sebab nama Kg. Binjai sudah sinonim dengan namanya. Pemimpin PR ambil peluang nak tunjuk kehebatan mereka bahawa mereka berjiwa rakyat. Masalah rakyat masalah mereka kononnya begitulah. Perjumpaan dengan penduduk yang terlibat dibuat. Hasilnya tanah itu tetap akan dibangunkan cuma pampasan minta dilebihkan sedikit. Itulah yang termampu pemimpin Melayu PR di kawasan parlimen Balik Pulau dapat lakukan. Ertinya pemimpin PR tidak mampu mengekalkan penduduk Melayu di Kg. Binjai. Mereka terpaksa tunduk kepada kehendak pemaju.

Walau bagaimanapun pemimpin JKKKP di situ dengan sokongan ADUN Bayan Lepas telah membuat kerja menyelamatkan kampung Melayu secara diam-diam. Mereka tak heboh, mereka tak perlu publisiti, mereka ada strategi yang tidak merugikan orang Melayu. Mereka berjumpa dan berbincang dengan lawyer, mereka tak minta duit sesen pun daripada penduduk, yang penting kepada mereka, penduduk Melayu di situ perlu diselamatkan.

Berita terkini yang boleh dipercayai kampung kediaman Sharpshooter, Kg. Binjai dapat diselamatkan! Macam tak percaya. Din Binjai lagi tak percaya. YB Yusmadi, ahli parlimen Balik Pulau juga tak percaya! Sudah dua tiga kali ahli parlimen berjumpa dengan Jawatankuasa Bertindak di kampung itu. Yang mampu mereka lakukan hanya dapat menaikkan pampasan, kampung Melayu tetap akan hilang!

Berkat kerja yang jujur, nawaitu yang ikhlas akhirnya kampung Melayu di Binjai dapat diselamatkan. Penduduk yang terlibat perlu bersyukur kepada Allah SWT. Mereka boleh tidur lena. Jangan dengar tohmah dan fitnahan orang. Yang penting penduduk Melayu kekal di situ dan masjid Binjai dapat diselamatkan. Apa komen Din Binjai selepas ini, kita tunggu!

Sunday, March 4, 2012

Dahulu PAS yang aku tahu...

Dahulu PAS yang aku tahu begitu ditakuti. Umat Islam sendiri pun 'takut' untuk mendekati ahli-ahli dan parti PAS. Orang bukan Islam pula jangan cakaplah pada suatu masa dulu, lagi, lagi amat takut kepada PAS. Jika ada orang Cina atau India yang menyokong PAS pada masa itu mungkin wayar otaknya ada yang putus.

Orang UMNO adalah orang Melayu. Orang Melayu adalah orang Islam menurut perlembagaan persekutuan. Tapi sama-sama orang Melayu atau sama-sama orang Islam dengan begitu yakin tanpa was-was menuduh orang Islam lain sebagai kafir. Orang UMNO dikatakan orang kafir. Jika orang PAS boleh mengkafirkan orang Melayu sendiri bagaimana pula, mereka berbangsa Cina dan India yang menganut agama Buddha, Kristian dan Hindu?

Aku pernah terlibat dalam suatu insiden tuduhan UMNO itu kafir di depan sebuah pusat mengundi dalam PRU tahun 2004. Yang berteriak mengatakan orang UMNO itu kafir, bukanlah cerdik sangat pun. Mengaji sekolah pun setakat sekolah rendah sahaja. Tapi mengapa pengikut PAS berani berteriak di depan khalayak ramai ketika itu sedang beratur di pondok panas sebelum memasuki Pusat Mengundi?

Apa yang berlaku suatu masa dahulu disebabkan 'Amanat Haji Hadi'. Malahan penceramah-penceramah PAS sendiri kebanyakannya dari kalangan ostad-ostad bersetuju dengan Amanat Haji Hadi. Dengan mendakwa orang Melayu yang menyokong UMNO itu kafir maka ramai orang-orang Melayu akan meninggalkan UMNO dan menyertai PAS.

Ekoran itulah, berlaku solat dua imam. Sembelihan orang UMNO haram. Pernikahan yang dilakukan oleh jurunikah puak UMNO tidak sah. Boikot memboikot kenduri berlaku. Surau-surau dan masjid dicat warna hijau kononnya jadi milik PAS. Malahan yang lebih dahsyat sedang berlaku sehingga hari ini kuliah maghrib dan kuliah agama telah jadi ceramah politik dalam masjid dan surau. Wahai pemimpin-pemimpin PAS sedar tau tidak, mengaku atau tidak bahawasanya PAS merupakan parti sesat yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia?

Tapi hari ini, pemimpin PAS boleh berpeluk dengan pemimpin DAP. PAS boleh pula bersekongkol dengan parti yang mengamalkan ultra kiasu, kata Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee (Ostad Riduan). Pemimpin PAS cuba menghalalkan persahabatan dengan DAP. Sebaliknya PAS mengharamkan hubungan dengan UMNO. Usaha-usaha pihak tertentu mahu melihat UMNO-PAS bersatu tidak berlaku kerana PAS mengatakan DAP lebih tahu Islam daripada UMNO. Sehingga hari ini melalui FB dan blog-blog pro pembangkang masih ada saki baki eksremist PAS yang berani mengatakan orang UMNO kafir dan bangsa laknatullah.

TG Haji Hadi masih hidup. TG Nik Aziz pun masih bernyawa. Kita doakan umur kedua-duanya lebih panjang. Haji Hadi dengan 'Amanat Haji Hadi'. TG Nik Aziz dengan keangkuhannya menolak usaha perpaduan dengan UMNO. Malahan Tok Guru Lah (Pengasas Pondok Geting) pernah mengatakan TGNA 'menyimpang' kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul. PAS menafikan Malaysia sebuah negara Islam dan sebaliknya mengapa pula Ostad Muhammad Uthman El-Muhammady menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Beliau merupakan cendiakawan Islam tersohor bukan orang UMNO tapi beliau bercakap atas prinsip ilmu dan kebenaran. Kenapakah orang-orang PAS tidak mahu menjelajahi pandangan-pandangan beliau tentang dunia Islam dan Melayu? 

Penyokong-penyokong PAS, pengikut-pengikut PAS dan ahli-ahli PAS pada hari ini kena fikir banyak kali. Apakah perjuangan PAS secara realitinya pada hari ini berada di landasan yang betul dan tepat? Sejak PAS ditubuhkan dahulu dan pada hari ini lihatlah apakah perbezaannya? Sudah banyak orang Melayu/Islam sedar bahawa PAS bukan agama yang hukum wajib dipatuhi. PAS cuma sebuah parti sahaja samalah seperti UMNO dan DAP. Apatah lagi ketika ini PAS sudah meninggalkan perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam? PAS boleh bersekongkol pula dengan DAP yang mana kebanyakan semua tahu pemimpinnya ultra kiasu anti Islam dan anti Melayu. Kepimpinan ulama dalam PAS semakin terhakis! Benar! Pemimpin yang ikhlas mempertahankan akidah umat Islam diterajang keluar tanpa memberi peluang membela diri. Pemimpin yang terlibat dengan kes khalwat di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS menggantkan Ostad Nasaruddin Mat Isa. Ini terbukti PAS sudah menolak kepimpinan ulamak!

Dan lagi, sudah sekian lama bekas ostad -ostad PAS hingga ada di antaranya menjadi anggota Dewan Ulamak PAS telah mengisytiharkan diri meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Sudah dua dekad memperjuangkan Islam dalam PAS akhirnya menyesal dan menyertai UMNO. Antara mereka ialah Ostad Omar Khalid, Ostad Md. Nor Deris dan Ostad Nakhaei Ahmad (bekas Naib Presiden PAS). Sebenarnya ramai lagi. Malahan hari ini sudah ada ulamak-ulamak muda telah menyertai UMNO sejak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Ostad Bathul Bahri anak bekas Mufti Perlis telah menyertai UMNO dan beliau merupakan Pengerusi sebuah NGO dinamakan sebagai Ilmuan Muda UMNO (ILMU). Semakin hari semakin banyak golongan ostad yang neutral (tidak memihak mana-mana parti) mulai berani mengkritik kepimpinan PAS hari ini. Ostad Mohd Kazim Elias merupakan ahli PAS kemudian difitnah setelah mulai mengkritik kepimpinan PAS. Difahamkan, Ostad Mohd Kazim telah dipecat dari ahli PAS. Begitu juga pengakuan bekas kader PAS yang telah meninggalkan PAS (baca selanjutnya..di sini)

Itulah PAS yang aku tahu. PAS hari ini semakin teruk. Semakin banyak masalah Islam dan orang Melayu wujud sejak PAS bersama DAP dan PKR. Semakin ramai orang Melayu meninggalkan PAS dan semakin kuat pula sokongan Cina kepada DAP.  Ini realiti. Orang Cina mencari keuntungan melalui politik yang cerdik mereka. Sebaliknya orang Melayu khususnya ahli-ahli dan pemimpin PAS mencari sedikit keuntungan politik melalui perpecahan umat Islam/Melayu. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri. Jika begitu, tiada jalan singkat yang boleh umat Islam maju dan berjaya melainkan dengan menyokong UMNO sebagai wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara (perjuangan alif, ba, ta). Sebelum terlambat, sebelum nasi jadi bubur orang Melayu perlu bersatu. Sokonglah UMNO kerana UMNO terbukti dapat menyatukan bangsa Melayu/umat Islam dan hanya UMNO sahajalah satu-satunya parti yang boleh memperkasakan perjuangan menegakkan agama Islam dan bangsa Melayu dan Malaysia amnya.