"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, March 4, 2012

Dahulu PAS yang aku tahu...

Dahulu PAS yang aku tahu begitu ditakuti. Umat Islam sendiri pun 'takut' untuk mendekati ahli-ahli dan parti PAS. Orang bukan Islam pula jangan cakaplah pada suatu masa dulu, lagi, lagi amat takut kepada PAS. Jika ada orang Cina atau India yang menyokong PAS pada masa itu mungkin wayar otaknya ada yang putus.

Orang UMNO adalah orang Melayu. Orang Melayu adalah orang Islam menurut perlembagaan persekutuan. Tapi sama-sama orang Melayu atau sama-sama orang Islam dengan begitu yakin tanpa was-was menuduh orang Islam lain sebagai kafir. Orang UMNO dikatakan orang kafir. Jika orang PAS boleh mengkafirkan orang Melayu sendiri bagaimana pula, mereka berbangsa Cina dan India yang menganut agama Buddha, Kristian dan Hindu?

Aku pernah terlibat dalam suatu insiden tuduhan UMNO itu kafir di depan sebuah pusat mengundi dalam PRU tahun 2004. Yang berteriak mengatakan orang UMNO itu kafir, bukanlah cerdik sangat pun. Mengaji sekolah pun setakat sekolah rendah sahaja. Tapi mengapa pengikut PAS berani berteriak di depan khalayak ramai ketika itu sedang beratur di pondok panas sebelum memasuki Pusat Mengundi?

Apa yang berlaku suatu masa dahulu disebabkan 'Amanat Haji Hadi'. Malahan penceramah-penceramah PAS sendiri kebanyakannya dari kalangan ostad-ostad bersetuju dengan Amanat Haji Hadi. Dengan mendakwa orang Melayu yang menyokong UMNO itu kafir maka ramai orang-orang Melayu akan meninggalkan UMNO dan menyertai PAS.

Ekoran itulah, berlaku solat dua imam. Sembelihan orang UMNO haram. Pernikahan yang dilakukan oleh jurunikah puak UMNO tidak sah. Boikot memboikot kenduri berlaku. Surau-surau dan masjid dicat warna hijau kononnya jadi milik PAS. Malahan yang lebih dahsyat sedang berlaku sehingga hari ini kuliah maghrib dan kuliah agama telah jadi ceramah politik dalam masjid dan surau. Wahai pemimpin-pemimpin PAS sedar tau tidak, mengaku atau tidak bahawasanya PAS merupakan parti sesat yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia?

Tapi hari ini, pemimpin PAS boleh berpeluk dengan pemimpin DAP. PAS boleh pula bersekongkol dengan parti yang mengamalkan ultra kiasu, kata Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee (Ostad Riduan). Pemimpin PAS cuba menghalalkan persahabatan dengan DAP. Sebaliknya PAS mengharamkan hubungan dengan UMNO. Usaha-usaha pihak tertentu mahu melihat UMNO-PAS bersatu tidak berlaku kerana PAS mengatakan DAP lebih tahu Islam daripada UMNO. Sehingga hari ini melalui FB dan blog-blog pro pembangkang masih ada saki baki eksremist PAS yang berani mengatakan orang UMNO kafir dan bangsa laknatullah.

TG Haji Hadi masih hidup. TG Nik Aziz pun masih bernyawa. Kita doakan umur kedua-duanya lebih panjang. Haji Hadi dengan 'Amanat Haji Hadi'. TG Nik Aziz dengan keangkuhannya menolak usaha perpaduan dengan UMNO. Malahan Tok Guru Lah (Pengasas Pondok Geting) pernah mengatakan TGNA 'menyimpang' kerana memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul. PAS menafikan Malaysia sebuah negara Islam dan sebaliknya mengapa pula Ostad Muhammad Uthman El-Muhammady menegaskan bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Beliau merupakan cendiakawan Islam tersohor bukan orang UMNO tapi beliau bercakap atas prinsip ilmu dan kebenaran. Kenapakah orang-orang PAS tidak mahu menjelajahi pandangan-pandangan beliau tentang dunia Islam dan Melayu? 

Penyokong-penyokong PAS, pengikut-pengikut PAS dan ahli-ahli PAS pada hari ini kena fikir banyak kali. Apakah perjuangan PAS secara realitinya pada hari ini berada di landasan yang betul dan tepat? Sejak PAS ditubuhkan dahulu dan pada hari ini lihatlah apakah perbezaannya? Sudah banyak orang Melayu/Islam sedar bahawa PAS bukan agama yang hukum wajib dipatuhi. PAS cuma sebuah parti sahaja samalah seperti UMNO dan DAP. Apatah lagi ketika ini PAS sudah meninggalkan perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam? PAS boleh bersekongkol pula dengan DAP yang mana kebanyakan semua tahu pemimpinnya ultra kiasu anti Islam dan anti Melayu. Kepimpinan ulama dalam PAS semakin terhakis! Benar! Pemimpin yang ikhlas mempertahankan akidah umat Islam diterajang keluar tanpa memberi peluang membela diri. Pemimpin yang terlibat dengan kes khalwat di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS menggantkan Ostad Nasaruddin Mat Isa. Ini terbukti PAS sudah menolak kepimpinan ulamak!

Dan lagi, sudah sekian lama bekas ostad -ostad PAS hingga ada di antaranya menjadi anggota Dewan Ulamak PAS telah mengisytiharkan diri meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Sudah dua dekad memperjuangkan Islam dalam PAS akhirnya menyesal dan menyertai UMNO. Antara mereka ialah Ostad Omar Khalid, Ostad Md. Nor Deris dan Ostad Nakhaei Ahmad (bekas Naib Presiden PAS). Sebenarnya ramai lagi. Malahan hari ini sudah ada ulamak-ulamak muda telah menyertai UMNO sejak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Ostad Bathul Bahri anak bekas Mufti Perlis telah menyertai UMNO dan beliau merupakan Pengerusi sebuah NGO dinamakan sebagai Ilmuan Muda UMNO (ILMU). Semakin hari semakin banyak golongan ostad yang neutral (tidak memihak mana-mana parti) mulai berani mengkritik kepimpinan PAS hari ini. Ostad Mohd Kazim Elias merupakan ahli PAS kemudian difitnah setelah mulai mengkritik kepimpinan PAS. Difahamkan, Ostad Mohd Kazim telah dipecat dari ahli PAS. Begitu juga pengakuan bekas kader PAS yang telah meninggalkan PAS (baca selanjutnya..di sini)

Itulah PAS yang aku tahu. PAS hari ini semakin teruk. Semakin banyak masalah Islam dan orang Melayu wujud sejak PAS bersama DAP dan PKR. Semakin ramai orang Melayu meninggalkan PAS dan semakin kuat pula sokongan Cina kepada DAP.  Ini realiti. Orang Cina mencari keuntungan melalui politik yang cerdik mereka. Sebaliknya orang Melayu khususnya ahli-ahli dan pemimpin PAS mencari sedikit keuntungan politik melalui perpecahan umat Islam/Melayu. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri. Jika begitu, tiada jalan singkat yang boleh umat Islam maju dan berjaya melainkan dengan menyokong UMNO sebagai wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara (perjuangan alif, ba, ta). Sebelum terlambat, sebelum nasi jadi bubur orang Melayu perlu bersatu. Sokonglah UMNO kerana UMNO terbukti dapat menyatukan bangsa Melayu/umat Islam dan hanya UMNO sahajalah satu-satunya parti yang boleh memperkasakan perjuangan menegakkan agama Islam dan bangsa Melayu dan Malaysia amnya.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.