Cerita benar oleh beberapa warga emas pagi tadi. Warga emas memanglah tak larat, ada setengahnya tak mampu berjalan jauh. Terpaksalah antaranya diteman oleh anak dan cucu masing-masing. Kira-kira 10.30 pagi, warga emas mulai memenuhi kawasan sebuah bank berhampiran Kompleks Bukit Jambul.
Warga emas diberikan tiket iaitu nombor giliran sebelum memasuki bank. Oleh kerana begitu ramai warga emas yang hadir, wakil kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu memberi tiket-tiket itu secara adil dan teratur kepada setiap warga emas yang hadir.
Ada yang kuat sikit dapat awal kerana mampu juga merebut. Tapi yang tua tak larat hanya dapat melihat kawan-kawan warga emas yang lain merebut-rebut untuk mendapat tiket. Wakil kerajaan PR itu terpaksalah melayan warga emas yang minta tiket dari depan dan belakang, kiri dan kanan. Keadaan menjadi semakin tegang kerana ada yang tolak menolak.
Akhirnya wakil kerajaan PR itu melambung tiket-tiket itu ke atas dan berterbanganlah tiket-tiket itu jatuh melayang. Cubalah tuan-tuan bayangkan, apa yang berlaku? Merebut-rebutlah warga emas, tolak menolak dan ada yang terjatuh dan tersungkur di situ.
Dalam keadaan kecoh itu bangun seorang warga emas perempuan yang tidak tahan dengan cara mereka dilayan. Warga emas perempuan itu sergah dengan kuat, "Beginikah cara kerajaan (Kerajaan PR) melayani kami warga emas. Beginikah caranya pemimpin negeri Pulau Pinang melayan kami sebagai rakyat warga emas? Kami bukan anak kucing atau anak anjing. Kami pernah menerima BR1M RM500 tidak pun seperti ini jadinya. Kami dilayan dengan baik. Kami diminta duduk dan diberi baucer BR1M tidak merebut-rebut seperti ini. Kami dilayan dengan baik". Begitulah lebih kurang luahan marah warga emas itu.
Berdasarkan cerita itu, pihak kerajaan PR perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku. Nak dapat RM100 kena tunggu berjam-jam, nak dapat tiket kena merebut-rebut, terpaksa tinggalkan rumah jauh dari Teluk Kumbar, Sg. Batu atau Kg. Binjai menaiki bas dan motorsikal anak atau cucu. Kata seorang warga emas lain, duit RM100 mesti ambil sebab wang rakyat tapi undi kita kena bagi kepada BN kerana jasa BN lebih besar daripada RM100. Jika nak senaraikan terlalu banyak bantuan daripada kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.