Kg. Binjai Bayan Lepas Pulau Pinang merupakan kampung asal Amiruddin (Sharpshooter- blogger pembangkang) yang lebih dikenali sebagai Din Binjai atau Din Roti Canai. Kampung Melayu di Kg. Binjai akan lenyap sekelip mata jika lot-lot tanah di situ dibangunkan oleh pemaju. Nasib orang Melayu di situ jika tidak ditangani dengan baik akan senasib dengan penduduk India di Kg. Buah Pala, Gelugor dan penduduk Pokok Asam di Jelutong.
Pemaju perumahan tidak akan bina rumah kos rendah. Sudah pasti rumah bunglow harga ratusan ribu ringgit akan dibina untuk mengaut untung berganda-ganda. Tapi orang Melayu terpaksa berpindah randah. Masjid yang menjadi lambang agama Islam hidup subur di situ akan turut malap. Mungkin masjid menjadi surau kerana penduduk Islam di situ sudah lenyap.
Sharpshooter tidak boleh lupa sebab nama Kg. Binjai sudah sinonim dengan namanya. Pemimpin PR ambil peluang nak tunjuk kehebatan mereka bahawa mereka berjiwa rakyat. Masalah rakyat masalah mereka kononnya begitulah. Perjumpaan dengan penduduk yang terlibat dibuat. Hasilnya tanah itu tetap akan dibangunkan cuma pampasan minta dilebihkan sedikit. Itulah yang termampu pemimpin Melayu PR di kawasan parlimen Balik Pulau dapat lakukan. Ertinya pemimpin PR tidak mampu mengekalkan penduduk Melayu di Kg. Binjai. Mereka terpaksa tunduk kepada kehendak pemaju.
Walau bagaimanapun pemimpin JKKKP di situ dengan sokongan ADUN Bayan Lepas telah membuat kerja menyelamatkan kampung Melayu secara diam-diam. Mereka tak heboh, mereka tak perlu publisiti, mereka ada strategi yang tidak merugikan orang Melayu. Mereka berjumpa dan berbincang dengan lawyer, mereka tak minta duit sesen pun daripada penduduk, yang penting kepada mereka, penduduk Melayu di situ perlu diselamatkan.
Berita terkini yang boleh dipercayai kampung kediaman Sharpshooter, Kg. Binjai dapat diselamatkan! Macam tak percaya. Din Binjai lagi tak percaya. YB Yusmadi, ahli parlimen Balik Pulau juga tak percaya! Sudah dua tiga kali ahli parlimen berjumpa dengan Jawatankuasa Bertindak di kampung itu. Yang mampu mereka lakukan hanya dapat menaikkan pampasan, kampung Melayu tetap akan hilang!
Berkat kerja yang jujur, nawaitu yang ikhlas akhirnya kampung Melayu di Binjai dapat diselamatkan. Penduduk yang terlibat perlu bersyukur kepada Allah SWT. Mereka boleh tidur lena. Jangan dengar tohmah dan fitnahan orang. Yang penting penduduk Melayu kekal di situ dan masjid Binjai dapat diselamatkan. Apa komen Din Binjai selepas ini, kita tunggu!
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.