"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, March 20, 2012

PRU13 semakin hampir, calon BN masih jadi tanda tanya?

UMNO memang ada ramai calon yang layak. Wakil rakyat yang sedia ada nampaknya mahu meneruskan khidmat mereka kepada rakyat. Tak ada seorang pun wakil rakyat yang mahu menarik diri. Yang ada cuma wakil rakyat mahu menukar kerusi dari DUN ke Parlimen. Itu pun dia merasakan sudah banyak penggal berada di DUN.  

Masalah sekarang ramai pula calon baru. Ada calon disebut-sebut datang dari AJK bahagian dan ada pula yang dikatakan mewakili NGO. Rakyat ada banyak pilihan. Calon yang terpilih tentulah yang terbaik. Tapi apakah pemilihan calon dalam PRU13 kali ini betul-betul tepat? Inilah suatu masalah besar yang perlu diteliti dan dihalusi oleh UMNO Bahagian, Perhubungan Negeri dan UMNO Pusat. Apakah kesilapan memilih calon akan berulang lagi seperti mana PRU12 dahulu? 

Jika direnung-renung, pemilihan calon agak rumit kali ini. Bagi bakal-bakal calon tertentu yang banyak jasa boleh diibaratkan seperti kata pepatah Melayu, "Ditelan mati bapa diluah mati emak". Jika calon seperti ini 'disingkirkan' kemungkinan besar keputusan PRU13 menguntungkan pembangkang. Sebaliknya jika calon ini dipilih semula, boleh menang tapi sudah tentu menutup peluang bakal calon-calon yang baru.

Keputusan yang terbaik, bakal-bakal calon hendaklah mempunyai trek rekod perkhidmatan yang baik dan cemerlang, dihormati dan disegani oleh pemimpin dari dalam dan luar UMNO, disenangi oleh semua pemimpin-pemimpin komponen BN semua kawasan dan peringkat. Paling penting pemimpin yang boleh menang dan menyatukan kembali ahli-ahli UMNO serta menguatkan parti UMNO selepas pilihanraya nanti.

Kesilapan memilih calon dalam PRU13 sudah pasti akan membawa padah. Berhati-hatilah membuat penilaian supaya BN beroleh majoriti 2/3 dalam PRU akan datang, InsyaAllah.



1 comment:

  1. Salam Pak Tam,

    Nasihat kepada pusat jangan ulangi kesilapan yang sama pada PRU 12 dulu! DUN ketiga-tiganya menang tetapi Parlimen kalah!Nasihat kepada ADUN yang ada di Balik Pulau sekarang,nilailah diri anda sendiri
    kerana anda lebih memahami diri sendiri! berkorbanlah untuk UMNO dan kepada ADUN yang track recordnya baik berjuanglah dan satukan kembali UMNO di Balik Pulau.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.