Khalifah Kerajaan PR? |
Memang sikap KM Pulau Pinang suka menyakitkan hati orang bila berucap di mana-mana sahaja. Kadang-kadang ucapan Guan Eng itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum. Dia bijak bermain dengan kata-kata. Oleh itu ramai rakyat yang masih tertipu dengan sikap hipokrasinya.
Ada Melayu PAS dan Melayu PKR yang masih tertidur dan terlena dengan lakonan Tuan Lim Guan Eng. Hingga puak-puak ini menganggap Tuan Lim Guan Eng umpama Khalifah Umar Abdul Aziz. Ada di antara mereka juga mengatakan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang lebih pandai Islam daripada pemimpin UMNO sendiri. Begitulah bentuk penghinaan yang boleh dianggap peringkat 'biadap dan sangat keterlaluan' oleh puak-puak ini terhadap kawan-kawan satu agama, satu bangsa dan satu bahasa dengan mereka.
Namun semua mahu ingat Allah maha mengetahui dan maha berkuasa. Hari ini sikit demi sikit Allah tunjukkan kepada rakyat satu persatu perangai tidak senonoh di kalangan pemimpin mereka. Hari ini Allah memperlihatkan perbedaan yang nyata sikap pemimpin UMNO dan pemimpin PR. Apakah ada pemimpin DAP, PKR dan PAS yang sanggup melepaskan jawatan jika dituduh terbabit dalam sesuatu kes seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? Ada berani ka? Beranikah Anwar Ibrahim letak jawatan? Beranikah Ostad Badrulamin letak jawatan? Beranikah 'Khalifah' Guan Eng melepas jawatan Ketua Menteri kerana kes jual tanah rakyat di Pulau Pinang? Sanggupkah Mat Sabu lepas jawatan kerana kes dalam bilik hotel di Kota Bahru, Kelantan? Sanggupkah Karpal Singh dan Kit Siang lepas jawatan dalam kes kematian Toh Beng Hock? Itulah sikap hipokrit dan busuk pemimpin PR yang rakyat kena tahu. Ini bukan fitnah...benar!
Yang terbaru lagi cite Ketua Menteri Pulau Pinang menghina Presiden CAP dengan mengatakan pemimpin utama CAP itu sebagai orang tua yang nyanyuk. Pernahkah kita selama ini dengar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terdahulu menghina pemimpin lain seperti itu. Pernah kita dengar YAB DS Najib mengeluarkan kata-kata seumpama itu kepada pemimpin lain.
Yang terbaru lagi cite Ketua Menteri Pulau Pinang menghina Presiden CAP dengan mengatakan pemimpin utama CAP itu sebagai orang tua yang nyanyuk. Pernahkah kita selama ini dengar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang terdahulu menghina pemimpin lain seperti itu. Pernah kita dengar YAB DS Najib mengeluarkan kata-kata seumpama itu kepada pemimpin lain.
Kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris "Pemimpin politik diingatkan supaya tidak menganggap diri mereka terlalu berkuasa umpama tuhan atau malaikat terutama dalam membuat sesuatu keputusan dan dasar yang melibatkan kepentingan rakyat". Katanya lagi "Golongan itu harus ingat bahawa mereka tidak selama-lamanya memerintah dan akan tiba masa jawatan sedia ada terpaksa diserahkan kepada pihak lain".
Bagaimanapun, katanya, jika berlaku sebarang kemusnahan atau masalah disebabkan tindakan mereka, maka ia terpaksa ditanggung sehingga generasi akan datang. "Ada orang yang mempunyai kedudukan dalam parti politik menganggap diri mereka cukup berkuasa.
"Ini bukan amalan demokrasi. Demokrasi bermaksud berkongsi kuasa dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.