"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, November 29, 2013

Ahli Parlimen Jelutong menyesal dan meminta maaf kepada kakitangan MPPP

Kucing kurap dipanggil kepada kakitangan MPPP. Maksudnya setiap kakitangan itu amat hina-dina. Mungkin kakitangan MPPP itu terlalu miskin, bodoh, hodoh, malas, kotor dan seumpamanya. Oleh kerana itukah maka Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong merupakan pemimpin kanan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kata kesat itu?

Jeff Ooi kelihatan tegas dengan pendiriannya. Sehingga hari ini belum nampak dia menyesali dengan kata-kata kesat itu. Seolah-olah dia dapati kata-kata itu  wajar dilemparkan kepada kakitangan MPPP. Pelbagai pihak mendesak permohonan maaf daripada Jeff Ooi. Tapi dia masih tidak mengendahkan desakan itu. Itulah sikap pemimpin-pemimpin DAP yang tidak semua tapi kebanyakannya sombong dan angkuh. Apa yang mereka tidak kata kepada pemimpin kerajaan persekutuan? Anggota polis antara mangsa utama yang sering jadi mangsa makian dan omokan oleh pemimpin-pemimpin PR. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga menjadi mangsa tohmahan dan fitnah oleh pemimpin pembangkang secara keterlaluan hanya kerana mahu menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR.

Tapi Jeff Ooi kurang bernasib baik kerana dia tersilap langkah. Jika Jeff Ooi melemparkan kata-kata 'kucing kurap' itu kepada pihak polis mungkin Jeff Ooi akan mendapat sokongan baik daripada rakan-rakan pemimpin pembangkang. Sebelum ini ada pihak menyatakan PDRM adalah anjing kepada kerajaan pun masih ada rakyat Malaysia yang menyokong tanpa ada rasa malu dan hormat terhadap PDRM. Inilah sikap keterlaluan yang dihasilkan oleh pemimpin pembangkang yang sering melakukan provokasi terhadap agensi-agensi kerajaan persekutuan.      

MPPP bukan agensi kerajaan persekutuan. MPPP merupakan pihak berkuasa kerajaan tempatan yang berada di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang. Kata kesat yang dilemparkan oleh Jeff Ooi kepada kakitangan MPPP disambut dengan tindakbalas yang ternyata berlainan. Maklumlah mungkin kebanyakan pegawai dan kakitangan MPPP itu adalah penyokong tegar kepada parti DAP, PAS dan PKR. Selama ini mereka merasakan bekerja kuat untuk kerajaan DAP memastikan tindakan atas arahan pemimpin kerajaan DAP dilaksanakan dengan baik.

Diminta gerai-gerai Melayu diroboh, mereka robohkan walaupun yang meroboh orang Melayu kebanyakan pekerja MPPP dan pemilik gerai yang kena roboh juga orang Melayu. Tanpa belas kasihan mereka setia atas perintah kerajaan DAP mereka melaksanakan usaha-usaha meroboh itu walaupun didapati begitu zalim dan kejam. Bagaimana pula gerai-gerai milikan orang Cina di bandar-bandar besar, masih boleh berniaga secara bebas tanpa gangguan mana-mana pihak. Tiada tindakan diambil kononnya tidak ada aduan. Pekerja-pekerja MPPP kebanyakan Melayu pejam mata sebelah walaupun sedih melihat gerai-gerai Melayu diroboh manakala premis-premis perniagaan milik orang Cina dibiar meneruskan perniagaan. 

Kerja-kerja mereka selama ini langsung tidak dihargai. Sebaliknya kata-kata kesat dilemparkan kepada mereka. Mereka adalah pekerja-pekerja bawahan disuruh buat, mereka buat tak disuruh buat mereka tak buat. Biarpun longkang busuk mereka sanggup turun membersihkannya kerana sesuap nasi. Mereka juga tangan memangkah atau memilih calon-calon DAP, PKR dan PAS dalam PRU yang lalu. Mereka jugalah yang memenangkan calon-calon itu. Hari ini calon itu jugalah yang menghina mereka. Calon itulah yang memaksa mereka meroboh gerai-gerai orang Melayu dan sebagainya. Kita akan lihat Jeff Ooi tidak akan menyesal, tidak akan meminta maaf kerana itulah sikap sebenarnya pemimpin pembangkang.

Wednesday, November 27, 2013

Kakitangan MPPP kucing kurap, kata pemimpin DAP

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail meletak jawatan kerana didakwa tidak mampu menjalankan tugas dengan baik.
Desakan itu dibuat Jeff berikutan kegagalan pegawai MPPP membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong dan menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ bagi merujuk kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan terbabit.

Macam inikah kakitangan MPPP?
Ekoran kenyataan biadabnya itu, Jeff pada Ahad lalu turut diserang oleh seorang kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman ketika melawat Pasar Awam Jelutong dan mendesak Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. (Sumber Utusan Malaysia 27/11/2013)

Hingga di saat dan ketika ini, Guan Eng selaku Ketua Menteri membisu seribu bahasa. Kerana apa membisu? Mungkin yang kena caci dan maki itu orang Melayu kebanyakannya pekerja MPPP dan yang maki itu pula pemimpin DAP, kawan baik seperjuangan dengannya. Sudah lebih 30 tahun kita bermastautin di Pulau Pinang, belum pernah kita dengar wakil rakyat BN/UMNO memaki orang lain sebegitu rupa, begitu hinanya kakitangan MPPP hingga di panggil 'kucing kurap'.

Ini jelas panggilan YB Tuan...diperkenalkan oleh kerajaan DAP telah membuatkan pemimpin DAP dan PR merasakan mereka adalah tuan besar di bumi ini. Mereka sudah lupa, yang mengundi mereka juga adalah orang-orang Melayu PKR dan PAS. Hingga hari ini pun kita dapat lihat orang-orang Melayu ini masih setia menyokong DAP malahan masih memuji-muji dan memuja pemimpin DAP sebagai terbaik.

Jika pemimpin2 DAP ini baik kenapa Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak sanggup meletak jawatan dan mengisytiharkan dirinya meninggalkan DAP. Jika mereka baik kenapa Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor turut meletak semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan. 
 
Wahai orang-orang Melayu Pulau Pinang fikirlah sedalam-dalamnya. Sudah sampai masanya, kita orang Melayu/Islam perlu bersatu antara satu sama lain. Walaupun kita merupakan penduduk yang ramai di Pulau Pinang tapi kita kalah kerana kita berpecah sesama sendiri. Fikirlah masa depan agama, bangsa dan negara kita. Jika kita bersatu, kita akan kuat, syiar Islam dapat berkembang tanpa ada halangan.

Thursday, November 21, 2013

PAS berpecah sesama sendiri angkara diri sendiri!

PAS sebenar berpecah sesama sendiri. Tidak dapat disangkal lagi, tidak mampu ditutup dengan tudung saji mahupun kain selimut, semua rakyat tahu PAS mempunyai pemimpin-pemimpinnya dan ahli-ahlinya yang mempunyai pelbagai pandangan dan fahaman baik dalam hal siasah mahupun bukan siasah. Mungkin ini merupakan bala yang diturunkan oleh Allah SWT kepada PAS yang sering menghina dan memfitnah sesama Islam sehingga umat Islam berpecah belah.

PAS hari ini bukan PAS di zaman Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS. PAS hari ini sudah lupa asal usul perjuangan partinya. PAS hari ini lebih mengutamakan politik daripada mempertahankan agama Islam. PAS hari ini sering memperalatkan Islam untuk kepentingan politiknya. Perjuangan PAS semakin tersasar jauh. Perjuangan menegakkan negara  Islam sudah dikuburkan oleh PAS sendiri dengan hanya untuk mendekatkan PAS dengan DAP dan PKR. Pelawaan UMNO untuk membentuk negara perpaduan ditolak kerana menjaga pakatan yang jelas menolak Islam. 

Apakah perjuangan DAP? DAP secara tegas dan berani menentang penubuhan sebuah negara Islam. Apa yang PAS boleh lakukan sejak berada dalam Pakatan Rakyat?  Hancur! Tapi PAS masih mempertahankan 'tahaluf siyasi' kononnya PAS semakin kuat dengan pakatan itu. Ya betul, PAS semakin kuat dengan pakatan itu tapi kepentingan orang Melayu dan Islam semakin dihimpit dan mungkin punah suatu masa nanti. Itu sebabnya kebanyakan ulama bukan politik menyatakan tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh PAS adalah haram kerana pakatan itu tidak menguntungkan Islam. Namun demikian Muktamar Muslimah PAS hari ini telah mengambil keputusan untuk meneruskan 'tahaluf siyasi' kerana terbukti menguatkan PAS. 

Dewan Ulama PAS dan ulama-ulama PAS yang tidak ada kepentingan politik semakin jadi bingung. Walaupun ada yang mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tahaluf siyasi itu merugikan Islam sebaliknya kumpulan muslimah PAS berpendirian yang amat berlainan. Kumpulan Anwarinas dalam PAS pula 200% akan mempertahankan 'tahaluf siyasi' dengan alasan pakatan seumpama ini boleh menumbangkan kerajaan Islam yang diperintah oleh UMNO/BN. Sudah tentu TG Haji Hadi tak rugi, mantan MB Kelantan TG Nik Aziz juga tak rugi dan Mat Sabu juga tak akan rugi malahan gaji dan elaun beribu-ribu ringgit masih boleh memasuki poket setiap bulan. PAS juga tak rugi tapi yang rugi adalah rakyat yang beragama Islam dan kebanyakannya orang Melayu. Orang Melayu dan Islam jadi lemah kerana ada pihak yang mahu menjatuhkan negara Islam. Tapi apakah PAS boleh menjadi tunjang kepada parti Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia? Tepuk dada tanya minda.....jangan menyesal kemudian hari.



 

Wednesday, November 20, 2013

PAS tarik diri dan meletak semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang!!!




Pas ancam tarik diri daripada kerajaan P Pinang 
Pas Pulau Pinang cuba ugut kerajaan DAP Pulau Pinang! PAS kononnya akan menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan tertentu dalam hal ehwal Islam di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pihaknya menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau.

Selain itu, PAS mahu bilangan ahli majlis yang dilantik dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditambah kuotanya dari dua kepada empat orang.
  
“Jika tuntutan yang dibuat tidak diambil serius maka kami akan menarik diri dan meletak jawatan atau posisi jawatan malah akan kedudukan dalam pakatan pembangkang akan dikaji semula demi menjaga maruah dan prinsip parti,” katanya.

Muhammad Fauzi berkata, permintaan yang disuarakan itu mewakili akar umbi ahli Pas negeri ini.

“Kami mahu Pas negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas.

“Permintaan ini bersesuaian dengan sumbangan yang kami berikan kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.

Beliau berkata, surat-surat permohonan yang dihantar kepada kerajaan negeri tidak dijawab menyebabkan Badan Perhubungan Pas Negeri terpaksa menyuarakan permintaan itu menerusi sidang media.

“Kerajaan negeri mungkin terlalu sibuk bertemu rakyat sehingga tiada masa untuk memberi jawapan namun diharapkan menerusi cara ini (sidang media), mereka akan sedar akan permintaan yang disuarakan.

“Tuntutan ini selaras dengan slogan yang dilaungkan walaupun ia tidak dipraktikkan kerajaan negeri buat masa ini,” katanya.

Komen:
Boleh percayakah PAS nak tarik diri? Pengalaman yang lalu telah banyak meninggalkan bukti bahawa PAS akan kekal sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat. Baru hari ini PAS nak tunjuk berani sebabnya muktamar PAS semakin hampir. Boleh dijadikan modal politik dalam muktamar. Modal untuk berucap di hadapan perwakilan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang tegas memperjuangkan Islam.  Kononnya begitulah!! Tapi selepas muktamarnya semuanya diam. Hudud pun lenyap. Nak tarik diri dan letak jawatan pun diam. Rakyat tidak sebodoh itu! Rakyat ini sudah celik. Kita akan lihat sandiwara PAS...tunggu selepas muktamar nanti semuanya senyap. Itulah PAS yang kita tahu!!!

Sunday, November 10, 2013

UMNO Balik Pulau mula berubah hadapi cabaran PRU14

Mungkin ada yang terkejut hairan. Mungkin ada yang musykil dan mungkin ada yang mahu tahu. Berapa banyak mungkin sedang bermain di kepala kawan-kawan yang dekat dan yang jauh. Macam mana PT boleh dilantik sebagai AJK Bahagian? Dan mengapa pula PT boleh bersetuju dengan perlantikan itu? Ada kawan-kawan secara gentlemen bertanya terus kepada PT. Tak kurang pula ada yang membantah jika PT menerima perlantikan itu. Semua itu PT boleh jawab dengan mudah dengan satu nawaitu untuk membantu UMNO supaya lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang akan datang. Untuk kuatkan UMNO semua peringkat kepimpinan dalam Bahagian terlebih dahulu mesti tunjuk komitmen untuk bersatu dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Kehadiran PT dalam Bahagian samalah juga seperti rakan2 lain yang dipilih oleh para perwakilan UMNO semata-mata untuk mencurahkan bakti kepada UMNO. Tiada niat untuk menjatuh dan menaikkan sapa2, tiada niat untuk menjual nama, tiada niat untuk jadi wakil rakyat melainkan hanya untuk berbakti kepada UMNO Bahagian Balik Pulau. Begitulah harapan PT kepada rakan2 kita yang lain. Marilah kita bekerja untuk UMNO. Erti kata lain kita bekerja untuk Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian serta semua sayap-sayap UMNO dalam bahagian. Bukan masa kita menuding jari mencari kesalahan orang lain. Bukan masanya kita mendabik dada mengatakan kita yang kuat dan berkuasa. PT yakin jika kita bersatu, UMNO/BN akan dapat mempertahankan kerusi yang ada.

Ya betul, betul....PT dahulu mengkritik UMNO BP melalui blog 'suara1umno'. Tapi kenapa PT boleh dilantik dan kenapa pula PT tidak menolaknya? PT tidak boleh menjawab bagi pihak Ketua Bahagian kenapa beliau memilih PT tetapi PT menerima pelawaan Ketua Bahagian dengan nawaitu untuk berbakti kepada UMNO. Apakah selama ini PT tidak pernah berbakti? Samalah dengan rakan2 PT dalam Bahagian, sebenarnya kita telah lama berbakti sejak dari muda dahulu. Cuma PT sedikit berbeda dengan rakan2 yang lain. PT tidak suka memegang jawatan dalam parti. PT mempunyai jawapan tersendiri.

Selaku blogger dan AJK Bahagian, kini PT kena melakukan 'transform' terhadap diri sendiri. Kini PT telah diberi peluang dan ruang seluas-luasnya untuk memberi pandangan dan mengkritik di samping itu PT juga kena bersedia untuk menerima teguran/kritikan melalui meja bulat UMNO Bahagian. Ini bermakna bodohlah PT jika masih mengkritik kepimpinan UMNO Bahagian melalui media sosial sedangkan PT sudah berada dalam kepimpinan itu. Begitu juga rakan2 kita yang lain, yang ada dalam Bahagian tidak sepatutnya mengkritik di luar sana atau dalam Persidangan Agung sedangkan kita semua berada dalam Bahagian. Maklumlah kadang-kadang kita terlupa dalam keghairahan bercakap menghentam kepimpinan Bahagian sedangkan kita sekian lama berada dalam Bahagian umpama kita meludah ke langit akan tertimpa ke batang hidung sendiri. 

Marilah kita bekerja untuk UMNO. Kurangkan bercakap dan lebih banyak bekerja. Naib Ketua Bahagian UMNO BP telah memberi cadangan yang cukup baik untuk kita akur dan laksanakan. PT harap semua AJK yang mempunyai portfolio atau tidak, perlu faham dan jadikan cadangan itu sebagai KPI (Key Performance Indicator). Dalam tempoh 6 bulan (Indicator) jika tidak ada kemajuan (Performance) Naib KB dengan tegasnya mencadangkan AJK Bahagian yang memegang portfolio itu perlu digantikan dengan AJK yang lain. 

Ini menunjukkan Naib KB UMNO BP begitu serius untuk melihat setiap AJK Bahagian yang diberi portfolio masing-masing memberi sumbangan bermakna untuk memperkasakan UMNO BP. PT berharap cadangan itu diterima dengan baik oleh semua pihak demi untuk UMNO BP. Bagi mencapai hasrat murni itu, kita semua kena berubah ke arah yang lebih baik ibarat kata pepatah Melayu " Bulat air kerana pembetungnya dan bulat masyarakat kerana muafakatnya". InsyaAllah UMNO Balik Pulau akan lebih disegani dan dihormati jika setiap AJK Bahagian dan sayap-sayap UMNO bekerja secara jujur dan ikhlas, tanpa mengira waktu, tenaga dan upah turun ke padang menemui rakyat dari masa ke semasa. Kita semua sangat yakin jika kita kuat dan bersatu, UMNO mampu menangani setiap masalah dari dalam dan luar, terutama cabaran PRU14 yang lebih getir. Wallahu alam.

Sunday, November 3, 2013

Kenapa pengundi-pengundi DUN Sg. Limau wajib pilih calon BN esok?

Setiap kali pilihanraya PAS akan mengulangi Hukum Hudud, Negara Islam dan pelbagai fitnah dan pembohongan hanya untuk memenangi calonnya. Paling sedih puak-puak ini sanggup melakukan apa sahaja biarpun perbuatan mereka sah bertentangan dengan ajaran Islam.

Terkini patung potong kaki telah digunakan oleh puak-puak ini untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk Sg. Limau. Mungkin itu taktik terkotor mereka gunakan sebagai usaha terakhir mereka untuk memastikan calon PAS tidak kalah [Baca selanjutnya]. Puak-puak ini kelihatan semakin panik, ekoran gelombang hijrah mulai melanda pengundi-pengundi Sungai Limau.

Pengundi-pengundi DUN Sungai Limau seharusnya dapat memilih parti yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membela orang-orang Melayu, Islam kedaulatan Raja dan Negara. Parti manakah sebenarnya yang terlalu banyak beretorik dan menabur janji palsu melainkan parti yang mengakui parti Islam? Parti manakah yang menggadaikan kalimah Allah melainkan parti PAS jua? Parti mana yang menguburkan perjuangan sebuah negara Islam melainkan parti PAS jua? Parti mana yang selalu memainkan hukum hudud ketika musim pilihanraya maka tidak lain dan tidak bukan adalah parti PAS?

Calon manakah yang akan menjadi pilihan yang paling tepat dan terbaik kepada pengundi-pengundi Sungai Limau? Yang mentadbir dan menguasai Kerajaan Persekutuan bukan parti PAS. Dan juga bukan parti PAS yang memerintah kerajaan Negeri Kedah. Pengundi-pengundi Sungai Limau terutama pengundi-pengundi muda jangan tolak tuah dan jangan tolak rezeki. Pilihlah calon parti yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada pengundi-pengundi Sungai Limau. Pilihlah calon yang mewakili kerajaan yang sentiasa sensitiviti terhadap nasib orang-orang Melayu dan Islam. Jangan terpengaruh dengan politik fitnah oleh parti PAS. Fitnah dan memaki hamun sudah jadi darah daging mereka. Politik air liur adalah politik PAS. 

Kenapa Dato' Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat? Kenapa cikgu Non, bekas aktivis PAS dan ahli seumur hidup PAS dipecat oleh PAS? Kenapa Dato' Hj. Nakhaie Ahmad bekas Naib Presiden PAS suatu masa dahulu meninggalkan PAS? Kenapa ulama-ulama besar bekas Dewan Ulama PAS seperti Ustaz Khalid Omar mengisytiharkan meninggalkan PAS? 

Dan lagi kenapa DS Hadi tidak melaksanakan hukum hudud semasa jadi MB Terengganu? Kenapa negara Islam dikuburkan dan sebaliknya digantikan dengan Negera Berkebajikan? Kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam? Kenapa pula PAS terus kekal dengan persetujuan bahawa kalimah Allah boleh digunapakai oleh gereja sedangkan Dewan Ulama PAS menentang dan sebaliknya menyokong keputusan Mahkamah Rayuan? PAS bersekongkol dengan parti PKR yang memperjuangkan LGBT. Kenapa? Kenapa?

Pengundi-pengundi Sungai Limau jangan sama-sama bergelumang tahi dengan pengundi-pengundi tegar PAS, DAP dan PKR. Berhijrahlah demi untuk masa depan agama bangsa dan negara kita yang tercinta. Tidak apa-apa dosa pengundi memilih calon UMNO/BN malahan hukum fardu kifayah pula kata sesetengah pendapat ulama. Sebaliknya kata sesetengah ulama dan bekas ahli PAS ada mengatakan sokong PAS adalah hukumnya haram jika kemenangan calon PAS itu boleh merugikan orang Islam sendiri. Lihatlah, apa yang PAS dapat lakukan sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR di Pulau Pinang? Maksiat bertambah, harga rumah murah dan sederhana rendah sudah tidak dibina lagi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Bacaan al Quran sebelum subuh melalui pembesar suara tidak dibenarkan lagi. Hidup umat Islam/Melayu di Pulau Pinang semakin terhimpit dan dihimpit dengan strategi halus Guan Eng menyingkir dan menyisih orang Melayu di Pulau Pinang.

Dengan sebab itulah, pemimpin-pemimpin utama orang Melayu dalam DAP telah mengisytiharkan keluar DAP. Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengatakan DAP sarkas politik. Disusuli oleh Rahmat Isahak, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) juga ahli DAP dan NGO kuat yang menyokong DAP sebelum ini telah mengisytihar meninggalkan DAP. Hari ini beliau meminta pengundi-pengundi Sungai Limau menyokong calon BN. Terkini Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan kepimpinan parti DAP hanya melihat penyertaan orang Melayu di dalam parti berkenaan sebagai "ahli 50 sen" yang tidak mendatangkan kepentingan kepada parti. Akhirnya beliau mengisytiharkan meletak semua jawatan beliau dalam parti dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Oleh itu pengundi-pengundi DUN Sungai Limau jangan ragu-ragu lagi untuk memilih calon BN. Tidak ada apa-apa dosa sedikit pun untuk menolak calon PAS. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan fitnah oleh penyokong tegar PAS. Berhijrahlah untuk masa depan anak cucu, agama dan bangsa kita.