"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, November 29, 2013

Ahli Parlimen Jelutong menyesal dan meminta maaf kepada kakitangan MPPP

Kucing kurap dipanggil kepada kakitangan MPPP. Maksudnya setiap kakitangan itu amat hina-dina. Mungkin kakitangan MPPP itu terlalu miskin, bodoh, hodoh, malas, kotor dan seumpamanya. Oleh kerana itukah maka Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong merupakan pemimpin kanan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kata kesat itu?

Jeff Ooi kelihatan tegas dengan pendiriannya. Sehingga hari ini belum nampak dia menyesali dengan kata-kata kesat itu. Seolah-olah dia dapati kata-kata itu  wajar dilemparkan kepada kakitangan MPPP. Pelbagai pihak mendesak permohonan maaf daripada Jeff Ooi. Tapi dia masih tidak mengendahkan desakan itu. Itulah sikap pemimpin-pemimpin DAP yang tidak semua tapi kebanyakannya sombong dan angkuh. Apa yang mereka tidak kata kepada pemimpin kerajaan persekutuan? Anggota polis antara mangsa utama yang sering jadi mangsa makian dan omokan oleh pemimpin-pemimpin PR. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga menjadi mangsa tohmahan dan fitnah oleh pemimpin pembangkang secara keterlaluan hanya kerana mahu menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR.

Tapi Jeff Ooi kurang bernasib baik kerana dia tersilap langkah. Jika Jeff Ooi melemparkan kata-kata 'kucing kurap' itu kepada pihak polis mungkin Jeff Ooi akan mendapat sokongan baik daripada rakan-rakan pemimpin pembangkang. Sebelum ini ada pihak menyatakan PDRM adalah anjing kepada kerajaan pun masih ada rakyat Malaysia yang menyokong tanpa ada rasa malu dan hormat terhadap PDRM. Inilah sikap keterlaluan yang dihasilkan oleh pemimpin pembangkang yang sering melakukan provokasi terhadap agensi-agensi kerajaan persekutuan.      

MPPP bukan agensi kerajaan persekutuan. MPPP merupakan pihak berkuasa kerajaan tempatan yang berada di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang. Kata kesat yang dilemparkan oleh Jeff Ooi kepada kakitangan MPPP disambut dengan tindakbalas yang ternyata berlainan. Maklumlah mungkin kebanyakan pegawai dan kakitangan MPPP itu adalah penyokong tegar kepada parti DAP, PAS dan PKR. Selama ini mereka merasakan bekerja kuat untuk kerajaan DAP memastikan tindakan atas arahan pemimpin kerajaan DAP dilaksanakan dengan baik.

Diminta gerai-gerai Melayu diroboh, mereka robohkan walaupun yang meroboh orang Melayu kebanyakan pekerja MPPP dan pemilik gerai yang kena roboh juga orang Melayu. Tanpa belas kasihan mereka setia atas perintah kerajaan DAP mereka melaksanakan usaha-usaha meroboh itu walaupun didapati begitu zalim dan kejam. Bagaimana pula gerai-gerai milikan orang Cina di bandar-bandar besar, masih boleh berniaga secara bebas tanpa gangguan mana-mana pihak. Tiada tindakan diambil kononnya tidak ada aduan. Pekerja-pekerja MPPP kebanyakan Melayu pejam mata sebelah walaupun sedih melihat gerai-gerai Melayu diroboh manakala premis-premis perniagaan milik orang Cina dibiar meneruskan perniagaan. 

Kerja-kerja mereka selama ini langsung tidak dihargai. Sebaliknya kata-kata kesat dilemparkan kepada mereka. Mereka adalah pekerja-pekerja bawahan disuruh buat, mereka buat tak disuruh buat mereka tak buat. Biarpun longkang busuk mereka sanggup turun membersihkannya kerana sesuap nasi. Mereka juga tangan memangkah atau memilih calon-calon DAP, PKR dan PAS dalam PRU yang lalu. Mereka jugalah yang memenangkan calon-calon itu. Hari ini calon itu jugalah yang menghina mereka. Calon itulah yang memaksa mereka meroboh gerai-gerai orang Melayu dan sebagainya. Kita akan lihat Jeff Ooi tidak akan menyesal, tidak akan meminta maaf kerana itulah sikap sebenarnya pemimpin pembangkang.

7 comments:

  1. ANJING KURAP PUN ADA, BABI KURAP PUN ADA DAN PASTI MULUT KURAP PUN ADA, MACAM MULUT TOKAK !

    ReplyDelete
  2. Itu baru dia dapat perintah P.Pinang. Kalau dia ambil 'Federal'...gamaknya...semua orang2 Melayu dihinanya dengan entah apa bahasa kesat lagi. Tapi masyarak P.Pinang dah tak boleh buata lagi kerana memberi sokongan kepada Khafir harbi yang mereka anggap boleh berlaku adil konon. itulah kalau Melayu mudah LUPA.

    ReplyDelete
  3. Padan muka kakitangan mppp.. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hgpa pi la angkut lagi gerai org melayu.. Lastly dpt kucing kurap nasib baik tak anjing kurap.. Jgn marah warga MPPP... Kak pata jadi ibu kucing kurap.

      Delete
  4. Tapi mazih ramai juge yg menyokong puak haramjadah ni.Mulut haramjadah x pernah cuci same juge dengan bontot mereka.Hati mereka tu busuk macam bontot mereka. MEREKA XTAHU HALAL HARAM.Harap penyikong2 mereja ni terutama Melayu n Islam sedar dan tentang lah kafirun ni habis2an.Aamiiin!.

    ReplyDelete
  5. Depan sunway hotel penang... DAP tutup jalan 4ptg-12 mlm bg mudah lagi bangsa dia berniaga. Two way jadi one way... Memang anakharamjadah DAP ni.

    ReplyDelete
  6. itu la, suruh roboh gerai sesama melayu kemain laju korang buat. hari ini arah semalam lagi dah roboh. sekarang dapat pangkat kucing kurap. padan la tu. korang memang kucing kurappun...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.