"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, November 21, 2013

PAS berpecah sesama sendiri angkara diri sendiri!

PAS sebenar berpecah sesama sendiri. Tidak dapat disangkal lagi, tidak mampu ditutup dengan tudung saji mahupun kain selimut, semua rakyat tahu PAS mempunyai pemimpin-pemimpinnya dan ahli-ahlinya yang mempunyai pelbagai pandangan dan fahaman baik dalam hal siasah mahupun bukan siasah. Mungkin ini merupakan bala yang diturunkan oleh Allah SWT kepada PAS yang sering menghina dan memfitnah sesama Islam sehingga umat Islam berpecah belah.

PAS hari ini bukan PAS di zaman Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS. PAS hari ini sudah lupa asal usul perjuangan partinya. PAS hari ini lebih mengutamakan politik daripada mempertahankan agama Islam. PAS hari ini sering memperalatkan Islam untuk kepentingan politiknya. Perjuangan PAS semakin tersasar jauh. Perjuangan menegakkan negara  Islam sudah dikuburkan oleh PAS sendiri dengan hanya untuk mendekatkan PAS dengan DAP dan PKR. Pelawaan UMNO untuk membentuk negara perpaduan ditolak kerana menjaga pakatan yang jelas menolak Islam. 

Apakah perjuangan DAP? DAP secara tegas dan berani menentang penubuhan sebuah negara Islam. Apa yang PAS boleh lakukan sejak berada dalam Pakatan Rakyat?  Hancur! Tapi PAS masih mempertahankan 'tahaluf siyasi' kononnya PAS semakin kuat dengan pakatan itu. Ya betul, PAS semakin kuat dengan pakatan itu tapi kepentingan orang Melayu dan Islam semakin dihimpit dan mungkin punah suatu masa nanti. Itu sebabnya kebanyakan ulama bukan politik menyatakan tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh PAS adalah haram kerana pakatan itu tidak menguntungkan Islam. Namun demikian Muktamar Muslimah PAS hari ini telah mengambil keputusan untuk meneruskan 'tahaluf siyasi' kerana terbukti menguatkan PAS. 

Dewan Ulama PAS dan ulama-ulama PAS yang tidak ada kepentingan politik semakin jadi bingung. Walaupun ada yang mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tahaluf siyasi itu merugikan Islam sebaliknya kumpulan muslimah PAS berpendirian yang amat berlainan. Kumpulan Anwarinas dalam PAS pula 200% akan mempertahankan 'tahaluf siyasi' dengan alasan pakatan seumpama ini boleh menumbangkan kerajaan Islam yang diperintah oleh UMNO/BN. Sudah tentu TG Haji Hadi tak rugi, mantan MB Kelantan TG Nik Aziz juga tak rugi dan Mat Sabu juga tak akan rugi malahan gaji dan elaun beribu-ribu ringgit masih boleh memasuki poket setiap bulan. PAS juga tak rugi tapi yang rugi adalah rakyat yang beragama Islam dan kebanyakannya orang Melayu. Orang Melayu dan Islam jadi lemah kerana ada pihak yang mahu menjatuhkan negara Islam. Tapi apakah PAS boleh menjadi tunjang kepada parti Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia? Tepuk dada tanya minda.....jangan menyesal kemudian hari.



 

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.