Mungkin ada yang terkejut hairan. Mungkin ada yang musykil dan mungkin ada yang mahu tahu. Berapa banyak mungkin sedang bermain di kepala kawan-kawan yang dekat dan yang jauh. Macam mana PT boleh dilantik sebagai AJK Bahagian? Dan mengapa pula PT boleh bersetuju dengan perlantikan itu? Ada kawan-kawan secara gentlemen bertanya terus kepada PT. Tak kurang pula ada yang membantah jika PT menerima perlantikan itu. Semua itu PT boleh jawab dengan mudah dengan satu nawaitu untuk membantu UMNO supaya lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang akan datang. Untuk kuatkan UMNO semua peringkat kepimpinan dalam Bahagian terlebih dahulu mesti tunjuk komitmen untuk bersatu dan bekerjasama sebagai satu pasukan.
Kehadiran PT dalam Bahagian samalah juga seperti rakan2 lain yang dipilih oleh para perwakilan UMNO semata-mata untuk mencurahkan bakti kepada UMNO. Tiada niat untuk menjatuh dan menaikkan sapa2, tiada niat untuk menjual nama, tiada niat untuk jadi wakil rakyat melainkan hanya untuk berbakti kepada UMNO Bahagian Balik Pulau. Begitulah harapan PT kepada rakan2 kita yang lain. Marilah kita bekerja untuk UMNO. Erti kata lain kita bekerja untuk Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian serta semua sayap-sayap UMNO dalam bahagian. Bukan masa kita menuding jari mencari kesalahan orang lain. Bukan masanya kita mendabik dada mengatakan kita yang kuat dan berkuasa. PT yakin jika kita bersatu, UMNO/BN akan dapat mempertahankan kerusi yang ada.
Ya betul, betul....PT dahulu mengkritik UMNO BP melalui blog 'suara1umno'. Tapi kenapa PT boleh dilantik dan kenapa pula PT tidak menolaknya? PT tidak boleh menjawab bagi pihak Ketua Bahagian kenapa beliau memilih PT tetapi PT menerima pelawaan Ketua Bahagian dengan nawaitu untuk berbakti kepada UMNO. Apakah selama ini PT tidak pernah berbakti? Samalah dengan rakan2 PT dalam Bahagian, sebenarnya kita telah lama berbakti sejak dari muda dahulu. Cuma PT sedikit berbeda dengan rakan2 yang lain. PT tidak suka memegang jawatan dalam parti. PT mempunyai jawapan tersendiri.
Selaku blogger dan AJK Bahagian, kini PT kena melakukan 'transform' terhadap diri sendiri. Kini PT telah diberi peluang dan ruang seluas-luasnya untuk memberi pandangan dan mengkritik di samping itu PT juga kena bersedia untuk menerima teguran/kritikan melalui meja bulat UMNO Bahagian. Ini bermakna bodohlah PT jika masih mengkritik kepimpinan UMNO Bahagian melalui media sosial sedangkan PT sudah berada dalam kepimpinan itu. Begitu juga rakan2 kita yang lain, yang ada dalam Bahagian tidak sepatutnya mengkritik di luar sana atau dalam Persidangan Agung sedangkan kita semua berada dalam Bahagian. Maklumlah kadang-kadang kita terlupa dalam keghairahan bercakap menghentam kepimpinan Bahagian sedangkan kita sekian lama berada dalam Bahagian umpama kita meludah ke langit akan tertimpa ke batang hidung sendiri.
Marilah kita bekerja untuk UMNO. Kurangkan bercakap dan lebih banyak bekerja. Naib Ketua Bahagian UMNO BP telah memberi cadangan yang cukup baik untuk kita akur dan laksanakan. PT harap semua AJK yang mempunyai portfolio atau tidak, perlu faham dan jadikan cadangan itu sebagai KPI (Key Performance Indicator). Dalam tempoh 6 bulan (Indicator) jika tidak ada kemajuan (Performance) Naib KB dengan tegasnya mencadangkan AJK Bahagian yang memegang portfolio itu perlu digantikan dengan AJK yang lain.
Ini menunjukkan Naib KB UMNO BP begitu serius untuk melihat setiap AJK Bahagian yang diberi portfolio masing-masing memberi sumbangan bermakna untuk memperkasakan UMNO BP. PT berharap cadangan itu diterima dengan baik oleh semua pihak demi untuk UMNO BP. Bagi mencapai hasrat murni itu, kita semua kena berubah ke arah yang lebih baik ibarat kata pepatah Melayu " Bulat air kerana pembetungnya dan bulat masyarakat kerana muafakatnya". InsyaAllah UMNO Balik Pulau akan lebih disegani dan dihormati jika setiap AJK Bahagian dan sayap-sayap UMNO bekerja secara jujur dan ikhlas, tanpa mengira waktu, tenaga dan upah turun ke padang menemui rakyat dari masa ke semasa. Kita semua sangat yakin jika kita kuat dan bersatu, UMNO mampu menangani setiap masalah dari dalam dan luar, terutama cabaran PRU14 yang lebih getir. Wallahu alam.
yang penting ketelusan dan keikhlasan perlu diterapkan dalam hati...barulah perlaksanaan dapat dilaksabakan dgn keberkesanannya....
ReplyDeleteapa apa pun..sekalung tahniah buat pak tam atas perlantikan AJK Bahagian UMNO Balik Pulau...
ReplyDeleteyang penting ketelusan dan keikhlasan perlu diterapkan dalam hati...barulah perlaksanaan dapat dilaksabakan dgn keberkesanannya....
ReplyDeleteTidak ada maknanya walau siapa pun dilantik menjadi AJK. Apa yang penting bagi UMNO ialah menanbah bilang pengundi melayu di parlimen Bali Pulau. Jika kita semak di SPR selepas PRU yang lalu pengundi cina telah bertambah dengan drastiknya. Hampir 5000 pengundi baru dari keturunan cina berdaftar di parlimen Balik Pulau. DAP telah memainkan peranan mereka dengan licik sekali dalam mendaftar pengundi baharu ditempat yang dikuasai oleh UMNO. Jika kita teliti dengan halus kita dapat menjangka berapa ramai projek perumahan baru yang tumbuh di Balik Pulau. Apa kah orang melayu mampu memiliki rumah2 tersebut yang harga memcecah hampir setengah juta keatas. UMNO BP yang ambil leka tentang perkara ini. Jika dibiarkan ianya akan membawa barah pada kerusi parlimen BP. Sesuatu harus dilakukan dalam masa yang cepat agar kerusi parlimen BP akan kekal ditangan UMNO. Biarpun kita harus menipu namun ianya tidak menyalahi undang2. Daftar seberapa banyak pengundi baharu dan bawa bali pengundi yang berada diluar untuk kembali menjadi pengundi di parlimen BP. Kerja 2 ini harus dilakukan oleh sebuah jawatankuasa khas dibawah seliaan Ketua Bahagian dengan dibantu oleh Timbalan dan naib serta ketua2 sayap. Janagan asyik don bergaduh sesama sendiri dan merebut jawatan. Apa guna jawatan dlam UMNO jika kerusi parlimen ditangan lawan. Mungkin Helmi akan melepaskan jawatan selaku ketua. Penganti mungkin Farid atau Shahidan. Kedua pemimpin tersebut seharusnya mencari jalan untuk tidak bertanding jika mahu kerusi parlimen dan DUN kekal dalam geggaman BN UMNO.
ReplyDeleteSetuju dengan pandangan Anon di atas
ReplyDelete