"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, November 3, 2013

Kenapa pengundi-pengundi DUN Sg. Limau wajib pilih calon BN esok?

Setiap kali pilihanraya PAS akan mengulangi Hukum Hudud, Negara Islam dan pelbagai fitnah dan pembohongan hanya untuk memenangi calonnya. Paling sedih puak-puak ini sanggup melakukan apa sahaja biarpun perbuatan mereka sah bertentangan dengan ajaran Islam.

Terkini patung potong kaki telah digunakan oleh puak-puak ini untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk Sg. Limau. Mungkin itu taktik terkotor mereka gunakan sebagai usaha terakhir mereka untuk memastikan calon PAS tidak kalah [Baca selanjutnya]. Puak-puak ini kelihatan semakin panik, ekoran gelombang hijrah mulai melanda pengundi-pengundi Sungai Limau.

Pengundi-pengundi DUN Sungai Limau seharusnya dapat memilih parti yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membela orang-orang Melayu, Islam kedaulatan Raja dan Negara. Parti manakah sebenarnya yang terlalu banyak beretorik dan menabur janji palsu melainkan parti yang mengakui parti Islam? Parti manakah yang menggadaikan kalimah Allah melainkan parti PAS jua? Parti mana yang menguburkan perjuangan sebuah negara Islam melainkan parti PAS jua? Parti mana yang selalu memainkan hukum hudud ketika musim pilihanraya maka tidak lain dan tidak bukan adalah parti PAS?

Calon manakah yang akan menjadi pilihan yang paling tepat dan terbaik kepada pengundi-pengundi Sungai Limau? Yang mentadbir dan menguasai Kerajaan Persekutuan bukan parti PAS. Dan juga bukan parti PAS yang memerintah kerajaan Negeri Kedah. Pengundi-pengundi Sungai Limau terutama pengundi-pengundi muda jangan tolak tuah dan jangan tolak rezeki. Pilihlah calon parti yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada pengundi-pengundi Sungai Limau. Pilihlah calon yang mewakili kerajaan yang sentiasa sensitiviti terhadap nasib orang-orang Melayu dan Islam. Jangan terpengaruh dengan politik fitnah oleh parti PAS. Fitnah dan memaki hamun sudah jadi darah daging mereka. Politik air liur adalah politik PAS. 

Kenapa Dato' Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat? Kenapa cikgu Non, bekas aktivis PAS dan ahli seumur hidup PAS dipecat oleh PAS? Kenapa Dato' Hj. Nakhaie Ahmad bekas Naib Presiden PAS suatu masa dahulu meninggalkan PAS? Kenapa ulama-ulama besar bekas Dewan Ulama PAS seperti Ustaz Khalid Omar mengisytiharkan meninggalkan PAS? 

Dan lagi kenapa DS Hadi tidak melaksanakan hukum hudud semasa jadi MB Terengganu? Kenapa negara Islam dikuburkan dan sebaliknya digantikan dengan Negera Berkebajikan? Kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam? Kenapa pula PAS terus kekal dengan persetujuan bahawa kalimah Allah boleh digunapakai oleh gereja sedangkan Dewan Ulama PAS menentang dan sebaliknya menyokong keputusan Mahkamah Rayuan? PAS bersekongkol dengan parti PKR yang memperjuangkan LGBT. Kenapa? Kenapa?

Pengundi-pengundi Sungai Limau jangan sama-sama bergelumang tahi dengan pengundi-pengundi tegar PAS, DAP dan PKR. Berhijrahlah demi untuk masa depan agama bangsa dan negara kita yang tercinta. Tidak apa-apa dosa pengundi memilih calon UMNO/BN malahan hukum fardu kifayah pula kata sesetengah pendapat ulama. Sebaliknya kata sesetengah ulama dan bekas ahli PAS ada mengatakan sokong PAS adalah hukumnya haram jika kemenangan calon PAS itu boleh merugikan orang Islam sendiri. Lihatlah, apa yang PAS dapat lakukan sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR di Pulau Pinang? Maksiat bertambah, harga rumah murah dan sederhana rendah sudah tidak dibina lagi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Bacaan al Quran sebelum subuh melalui pembesar suara tidak dibenarkan lagi. Hidup umat Islam/Melayu di Pulau Pinang semakin terhimpit dan dihimpit dengan strategi halus Guan Eng menyingkir dan menyisih orang Melayu di Pulau Pinang.

Dengan sebab itulah, pemimpin-pemimpin utama orang Melayu dalam DAP telah mengisytiharkan keluar DAP. Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengatakan DAP sarkas politik. Disusuli oleh Rahmat Isahak, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) juga ahli DAP dan NGO kuat yang menyokong DAP sebelum ini telah mengisytihar meninggalkan DAP. Hari ini beliau meminta pengundi-pengundi Sungai Limau menyokong calon BN. Terkini Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan kepimpinan parti DAP hanya melihat penyertaan orang Melayu di dalam parti berkenaan sebagai "ahli 50 sen" yang tidak mendatangkan kepentingan kepada parti. Akhirnya beliau mengisytiharkan meletak semua jawatan beliau dalam parti dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Oleh itu pengundi-pengundi DUN Sungai Limau jangan ragu-ragu lagi untuk memilih calon BN. Tidak ada apa-apa dosa sedikit pun untuk menolak calon PAS. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan fitnah oleh penyokong tegar PAS. Berhijrahlah untuk masa depan anak cucu, agama dan bangsa kita.

2 comments:

  1. Kalau pun nak fitnahkan Pas biar lah masuk akai sikit. Tak payah lah nak buat fitnah sampai macam tu. Umno gerenti menang punya. Sebab 1800 undi cina 100% akan pangkah Umno sebab dah kena beli. Sebab ini cuma PRK. Tapi kalau PRU punya jam Umno bagi 20 juta pun depa tak akan pangkah punya. PRU 13 berjuta-juta Najib bagi dekat komuniti cina, berapa peratus mereka yang pangkah BN ? Kalau mereka pangkah BN, kenapa Ali Rustam di Melaka bungkus kepada calon PKR, kenapa Gani Othman di Johor tersungkur di kaki Lim Kit Siang ?

    Najib bernasib baik kerana dia bertanding di kawasan melayu. Muhyidin pun serupa. Kalau mereka berdua ni bertanding di kawasan yang kedudukan pengundinya sama macam kawasan Ali Rustam dan Gani Othman, adakah mereka masih PM dan TPM pada hari ini ?

    SAMPAI BILA UMNO NAK KENA MAIN DENGAN PENGUNDI CINA ?

    Mai lah 100 PRK pun, pengundi cina gerenti pangkah Umno jika Umno berlawan dengan Pas, dengan syarat Umno bagi depa kenyang. Tapi kalau BN berlawan dengan DAP atau PKR, sorry la, pengundi cina tak akan semudah pengundi melayu nak buang DAP atau PKR walau pun diberi makan sekenyang-kenyangnya oleh BN. BN bagi padi depa patok habis, tapi undi tetap kepada DAP atau PKR. Itu lah mentaliti pengundi cina.

    Tak kan Muhyidin nak tunggu sampai 2 kali PRU baru nak jadi cerdik untuk membaca mentaliti pengundi cina ? Dalam hati pengundi cina tak lekat pun muka Najib dan Muhyidin, muka Nik Aziz dan Hadi Awang jauh sekali, tapi kalau muka Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sampai masuk ke dalam long (keranda) pun tak akan terpadam.

    Najib, Muhyidin, Nik Aziz dan Hadi Awang kena cerdik dengan mainan politik kaum cina. Jumpa Umno depa kata depa duk sebelah Umno. Bila jumpa Pas depa kata depa di belakang Pas. Tetapi dalam hati depa duk berdoa supaya Umno bungkus, Pas tersungkur agar DAP menjadi juara.

    Aku tak mengaji tinggi. Tapi aku nampak cerdiknya puak cina ni. Contoh di Sungai Limau kerana kekuatan Umno-Pas 50-50 maka undi cina adalah undi penentu. Umno ada duit untuk beli undi depa, sedangkan Pas cuma harap ayaq lioq saja. Sebab tu aku berani gerenti Umno akan menang di Sungai Limau walau pun aku mahu supaya Umno kalah.

    Kepada Mahfuz, Fakrulrazi dan Amirudin hangpa boleh dah kalu nak tempah kambing untuk buat KENDURI TAKZIAH pada 5 Nov 2013 nanti.

    Kepada Muhyidin dan Mukriz hangpa pun boleh dah kalu nak tempah 10 ekoq lembu untuk nak buat KENDURI KESYUKURAN pada malam 4 Nov 2013.

    Sebenarnya, Umno tak menang, Pas tak kalah. Hakikatnya, yang menang adalah 1800 pengundi cina, yang kalah adalah 27,000 pengundi melayu.

    Aku sabar menunggu untuk mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kepada ???????

    ReplyDelete
  2. Tu pon najib dok bg muka kat cina lg..toke-toke cina la kaya,banner,poster,bendera,apa benda semua dok guna masa prk dan pmlhn umno depa punya bisnes maaa..haiyaa,ala otak tp bengap lg ka...yg lari tax pon cina maa..tp subsidi dpt mcm rakyat miskin maa..hentam la melayu,perkaya la toke cina...cina mai buat muka baik sikit,puji2 sikit,semua bg habis kat depa..yb semua dok ada pon sembang ja..last projek mega kasi sama cina jua..haha..hidup malayu..

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.