"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, March 23, 2012

Hak umat Islam dinafikan oleh Exco Tanah yang juga Ketua Menteri!

Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan sebagai bongkak dan biadab kerana tergamak menjual tapak masjid yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.
Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, Setiausaha Agung DAP itu tidak berhak untuk campur tangan dan menyentuh 'harta' yang dikhaskan untuk orang Islam.
Tegas beliau, tindakan tersebut amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Islam khususnya di negeri ini.
"Sepatutnya tapak tersebut telah dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan seterusnya diwakafkan oleh majlis berkenaan. Justeru, kami mendesak Guan Eng supaya mengembalikan tapak masjid kepada MAIPP.
"Kami mahu beri peringatan kepada Guan Eng supaya tidak mendiamkan diri atau cuba memutarbelitkan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini
 
Sumber: Utusan Malaysia 23/3/2012

2 comments:

  1. mungkin LGE belum melihat orang melayu membuat sesuatu yg boleh KM terduduk kaku...kesabaran
    orang melayu boleh sahaja meluap-luap jika KM
    tidak membuat sesuatu yg boleh meredakan hati
    rakyat negeri!!!

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Tam!

    PAS suka tak apa! LGE kan Khalifah dan Tok Guru depa! so dia nak buat apa pun PAS redha!LGE nak sama rata kan agama! PAS kata ok! ok lah tu

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.