"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, June 30, 2012

Kerajaan PR lebih islamik daripada kerajaan BN!

Jika dengar ceramah PAS sudah pasti penceramah akan mengatakan sokong PAS sokong Islam, sokong UMNO sokong perlembagaan penjajah dan yahudi. Undi PAS dapat pahala dan masuk syurga. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? Betulkah sokong PAS dapat pahala atau bala?
Jika kita lihat dengan mata kepala sendiri, bukan fitnah tapi realiti. Di Pulau Pinang terutama bandar-bandar besar seperti Georgetown dan Bukit Mertajam ibarat kata orang kampung, malam dah jadi siang. Cuma bentuk aktiviti berbeza. Pada malam hari di sana sini, pusat-pusat hiburan hidup subur sentiasa dikunjungi orang ramai termasuk orang-orang Islam sendiri.
Pusat karaoke pun begitu menjadi tumpuan anak-anak muda termasuk pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Pusat siber cafe bukan sahaja di bandar malahan ada di mana-mana termasuk di pekan-pekan kecil tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ibubapa pelajar telah melahir rasa bimbang dengan fenomena ini tapi apa boleh buat, pihak berkuasa tempatan telah meluluskan operasi pusat CC 24 jam satu hari. PBT pula dbawah pentadbiran dan bidang kuasa kerajaan negeri.
Apakah kerajaan PR yang memerintah PP hari ini begitu mengutamakan perniagaan tanpa memikirkan akibatnya kepada masalah sosial di kalangan remaja? Mengapakah PAS sebagai rakan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang berdiam diri dalam isu ini? Di mana suara lantang PAS yang begitu kuat menentang kewujudan pusat-pusat hiburan, konsert-konsert, Jom Heboh dan sebagainya yang dikatakan melalaikan dan membawa remaja ke arah kemaksiatan. Kenapa PAS sanggup berkongsi dosa dengan kerajaan negeri membiarkan pusat-pusat hiburan hidup subur seperti syurga malam untuk rakyat Pulau Pinang.
PAS perlu buktikan bahawa pusat hiburan terkawal di bawah kerajaan PR bukan berleluasa bebas tanpa kawalan. PAS perlu buktikan semua pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan siber kafe beroperasi dalam tempoh waktu yang sesuai. Semasa BN memerintah dulu, pusat hiburan tidak sebanyak ini. Pusat-pusat hiburan seperti siber kafe hanya dibenarkan beroperasi hingga jam 12 tengah malam. Apakah pemimpin PAS dalam kerajaan PR buat-buat tak nampak isu ini?
Oleh itu sokong PAS dapat pahala jika PAS mampu tangani isu-isu di atas. Jika sebaliknya pemimpin PAS berdosa besar kerana berjanji pahala kepada pengundi-pengundi sedangkan pemimpin PAS sendiri tak mampu melaksanakan amanah itu.
Jika tak mampu kenapa berjanji. Jika tak mampu kenapa kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO juga pemimpin Islam mahu diruntuhkan? Sedangkan semasa BN memerintah pusat-pusat karaoke dan pusat-pusat hiburan lebih terkawal. Berdosakah rakyat yang menyokong BN/UMNO sedangkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO mampu memperkembangkan syiar Islam seperti rakyat saksikan sekarang ini.
Sejak merdeka kerajaan Perikatan (dulu) dan BN (sekarang) telah mampu menaikkan imej negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia. Tokoh agama di nusantara dan dunia Arab telah mengiktiraf Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang maju. Cuma yang rakyat Malaysia sendiri sedih bila pemimpin PAS dan DAP tidak mengiktirafkan Malaysia sebuah negara Islam.
Rakyat tidak hairan dengan DAP kerana semua sudah tahu pun bahawa DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara sekular. Tapi PAS sanggup menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana kepentingan politiknya. PAS mahu beritahu rakyat bahawa kerajaan UMNO belum tidak Islamik. PAS akan cuba menidakkan kemampuan kerajaan BN/UMNO memperkenalkan pajakan Islam, sistem kewangan Islam dan isnurans takaful. Dalam masa yang sama kerajaan BN/UMNO berusaha memertabatkan peranan mahkamah syariah. Erti kata lain, rakyat negara Islam lain telah melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.
Oleh kerana PAS mahu ganti UMNO dalam politik tanah air di Malaysia ini maka tak dapat tidak pemimpin PAS terpaksa menafikan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam mengikut persepsi PAS. Walaupun umat Islam di Malaysia dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna, ribuan masjid dibina di seluruh negara,  surau-surau ada di mana sahaja, di pejabat-pejabat kerajaan, dan sepanjang lebuhraya, tapi PAS akan menafikan Malaysia bukan negara Islam. Apakah PAS tidak berdosa menentang negara yang diketuai oleh pemimpin Islam, dan jawatan-jawatan utama dalam negara dipegang oleh orang Islam? Walaupun begitu PAS masih gagal menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri Islam contoh yang maju di kalangan negeri-negeri yang ada di Malaysia? Cuba anda fikirkan apakah kerajaan BN/UMNO yang memerintah Malaysia hari ini perlu digantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Islamik?

Thursday, June 28, 2012

Wong Mun Hoe membidas keras kerajaan DAP Pulau Pinang!

Wong Mun Hoe, Naib Presiden Gerakan Pulau Pinang membidas keras kerajaan negeri Pulau Pinang melalui program Soal Jawab TV3 semalam. Beliau mendakwa kerajaan Pulau Pinang hari ini sangat mementingkan keuntungan dalam projek perumahan. Katanya kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini belum dapat menyediakan satu plan yang terancang setelah 4 tahun memerintah negeri. Oleh itu katanya kita lihat rumah-rumah naik di Pulau Pinang secara tidak teratur. Tanah-tanah di lereng bukit ditarah secara berleluasa.
Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini diketuai oleh DAP gagal menjelaskan projek-projek perumahan di lereng-lereng bukit secara terperinci. Paling sedih mengikut laporan Audit Negara, kerajaan negeri Pulau Pinang belum dapat seunit pun membina rumah kos rendah atau pun kos sederhana rendah sejak memerintah Pulau Pinang.
Oleh itu rakyat Pulau Pinang perlu sedar apa yang kerajaan negeri PP buat selama ini untuk rakyat. Beliau sekali lagi dengan nada ikhlas mengakui bahawa penghijrahan orang-orang Melayu dari Pulau ke tanah besar disebabkan oleh kenaikan harga rumah yang begitu besar dan ketiadaan rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan negeri. Seolah-olah kerajaan negeri hari ini mahu memisahkan rakyat Pulau Pinang kepada dua keadaan; yang miskin tinggal di seberang prai dan yang kaya tinggal di Pulau Pinang. Kata Wong Mun Hoe, BN tidak akan membiarkan masalah seperti ini terus berlaku jika rakyat mengembalikan kuasa kepada BN dalam PRU yang akan datang. Rakyat Pulau Pinang perlu sedar dan menerima hakikat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP telah gagal merancang projek perumahan untuk rakyatnya.

Wednesday, June 27, 2012

Malaysia akan selamat jika PR memerintah Putrajaya!

Pembangkang mengatakan demontrasi jalanan merupakan suatu insiatif meruntuhkan kerajaan zalim BN hari ini. Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 dapat meningkatkan kesedaran rakyat tentang betapa pentingnya penglibatan rakyat menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia. Rusuhan yang berlaku, merosakkan kenderaan Polis merupakan sebahagian sistem demokrasi yang perlu dicontohi generasi sekarang. Kesukaran yang dialami kumpulan peniagaan, pemandu teksi dan pelancong semasa demontrasi perjalanan berlangsung boleh dianggap sebagai suatu pengorbanan suci yang perlu dipertahankan oleh mereka yang menyokong Ambiga, Pengerusi Bersih 3.0. Begitulah sumbangan terbaik pembangkang di Malaysia. Dalam ceramah-ceramah poltik mereka seluruh pelusuk negara, mereka menjaja bahawa kerajaan BN begitu zalim dan tidak selamat untuk rakyat Malaysia. 

Pembangkang jadi semakin ghablah sebaliknya World Justice Project mengiktirafkan negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia. WJP bukan ditubuhkan oleh UMNO/BN tapi sebuah pertubuhan luar negara bertaraf dunia. Oleh itu rakyat Malaysia perlu sedar bahawa selama ini tohmahan dan fitnahan pembangkang adalah tidak benar.
 
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
 
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Tuesday, June 26, 2012

Lagi ahli-ahli UMNO meninggalkan parti di Kelantan?

Kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji yang dibuat selepas 22 tahun memerintah, telah membuka mata sekumpulan 137 ahli dan penyokong Pas dari kawasan Manal 1 di sini, bertindak menyertai UMNO.
Borang penyertaan sebagai ahli UMNO diserahkan bekas ketua cawangan Pas Manal 1, Joni Yaakob kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz pada majlis Selamat Tinggal Pas, di sini malam tadi.
Majlis yang diadakan di pekarangan rumah Joni itu, turut dihadiri Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Kamarudin Omar yang meluangkan masa menyampaikan ceramah dihadiri kira-kira 2,000 orang..
Joni berkata, beliau meninggalkan Pas kerana sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tersebut dalam membela kepentingan Islam di negara ini.
Katanya, Pas kini hanya mementingkan politik semata-semata dan dalam masa yang sama kebajikan rakyat khususnya di kawasan itu langsung tidak pernah dibela.
"Saya berasa sangat kecewa dengan Pas, sepanjang 35 tahun berada di dalam parti itu, Pas langsung tidak pernah berbakti untuk penduduk kawasan ini.
"Apa yang Pas tahu, mengadakan ceramah seterusnya menyerang UMNO dengan pelbagai tohmahan. Adakah itu parti Islam yang boleh kita harapkan," katanya.
Beliau melihat UMNO lebih bertanggungjawab dan sering membela nasib rakyat khususnya di kawasan Manal 1.
Jelasnya, hanya UMNO yang mampu membela nasib rakyat dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara dengan lebih berkesan.
"Saya yakin akan ada lebih ramai lagi ahli Pas menyertai UMNO selepas ini, memandangkan rakyat kini sudah tidak mempercayai perjuangan Pas," katanya.

Sunday, June 24, 2012

ProKAB gagal: Perlu lakukan postmortem segera!


Foto: Peserta sedang mendengar taklimat
Pagi tadi kira-kira 60 buah motorsikal Program Kembara Amal Bermotorsikal (ProKAB) telah bertolak dari Teluk Bahang melalui Pulau Betong dan singgah di Teluk Kumbar. Kira-kira jam 10.45 pagi peserta konvoi meneruskan perjalanan ke seberang prai singgah di beberapa tempat yang cukup menarik.
Mengikut pandangan peserta, sepanjang perjalanan konvoi memang cukup selamat kerana mendapat kerjasama kawalan keselamatan dari PDRM. Dan tempat-tempat persinggahan pula cukup menarik dan menghiburkan setiap peserta konvoi. Peserta-peserta konvoi disambut dengan paluan kompang dan disediakan pula jamuan makan dan minum. Peserta memang amat berpuas hati dan mengakui aktiviti berkonvoi seperti ini patut diteruskan pada masa akan datang.
Malangnya masalah peserta tidak diberi perhatian dengan baik oleh pihak penganjur. Di kalangan peserta itu ada yang masih menganggur. Oleh kerana semangat 1 Malaysia ingin membantu agensi kerajaan membawa mesej PM ke seluruh negeri Pulau Pinang maka mereka sanggup bersama sebagai peserta konvoi. Walaupun mereka menganggur, mereka pun tidak menuntut sebarang upah, cuma mereka menuntut janji agensi kerajaan terhadap mereka. Namun setelah berhenti di beberapa tempat dan stesyen minyak tapi 'duit minyak' masih tidak nampak lagi. Hingga ada yang terpaksa berhutang di kalangan peserta konvoi untuk membayar seliter dua minyak petrol.
Difahamkan perasaan peserta konvoi bertambah panas setelah diberitahu bahawa dewan SMK Sungai Acheh sebagai tempat tidur para peserta. Tidak menginap di asrama sekolah berkenaan seperti yang dijanjikan oleh agensi kerajaan tersebut. Pada ketika itu pun pihak penganjur masih gagal memberi duit minyak kepada peserta-peserta konvoi sehinggalah sekumpulan peserta membuat keputusan meninggalkan program tersebut pada malam itu juga.
Masalah di atas tidak mungkin akan berlaku jika pihak penganjur membuat persiapan yang rapi dan mengambil langkah yang cepat dan tepat. Peserta-peserta konvoi menuntut agensi kerajaan berkenaan menjalankan post-mortem yang segera supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Friday, June 22, 2012

Pandangan Tok Guru Nik Ajis disanggah oleh Ilmu

Keputusan Rasulullah SAW melewatkan ibadat haji pada tahun keenam hijrah disebabkan masih terdapat golongan musyrik melakukan tawaf ketika itu selain ada yang bertawaf secara berbogel.
Pengerusi Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, justeru baginda membuat keputusan membersihkan Masjidil Haram daripada kedua-dua unsur tersebut sebelum mengerjakan ibadat haji.
Sehubungan itu, kata beliau, hujah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membolehkan ahli-ahli parti itu yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya umum menangguhkan ibadat haji dengan mengaitkan kisah penangguhan ibadat haji Rasulullah itu adalah tidak sesuai.
Tegas beliau, ini kerana hujah itu tidak menepati dalil berdasarkan isu yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz.

Wednesday, June 20, 2012

PAS desak bangunan Sekolah Agama Rakyat dirobohkan!

Menurut Hamidah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, pembinaan SAR itu mendapat sokongan daripada ibu bapa pelajar, pengerusi, guru besar serta guru-guru SAR tersebut dan sebahagian besar penduduk di taman itu yang majoritinya beragama Islam.
"Mereka juga hadir pada majlis dialog tersebut. Begitu juga dengan ketua kampung dan penduduk di Taman Pegoh Aman. Tetapi pembangkang pula datang dengan membawa penduduk dari luar taman ini untuk membantah projek tersebut," ujarnya.
Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.
Dua pemimpin pembangkang yang mahu menjadi jaguh dalam isu tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Radzi Zainon yang diuar-uarkan bakal menjadi calon DUN Sungai Rapat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye yang mewakili PKR.
Hamidah berkata, isu bantahan pembinaan SAR itu tidak sepatutnya timbul kerana ia cuma menggunakan 0.3 hektar daripada 1.6 hektar keluasan keseluruhan padang tersebut.

Komen
:

Isu di atas membuat ahli-ahli PAS keliru dan malu kepada diri sendiri. Malu kepada agama dan bangsa Melayu! Dulu PAS juara mempertahankan sekolah-sekolah agama rakyat. 
Benarlah seperti umum perkatakan bahawa perjuangan PAS sudah semakin tersasar dan sesat. PAS mahu meruntuhkan sekolah agama rakyat. PAS menyokong pihak gereja menggunakan kalimah Allah. PAS juga mempertahankan pandangan Ketua Penerangan PAS Pusat bahawa Islam boleh tangguh menunaikan haji kerana pilihanraya. PAS menolak muzakarah dengan UMNO tapi sanggup berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan negara Islam.
PAS tahu DAP anti Islam tapi kerana kuasa politik PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menumbangkan kerajaan Islam. PAS cuba menggantikan UMNO sedangkan PAS bukan parti dominan dalam PR. Yang dapat kita lihat, PAS jadi kuda tunggangan malahan diperlembukan oleh PKR dan DAP.


Sunday, June 17, 2012

PRU13: Calon BN mungkin bukan dari pemimpin UMNO

Pemimpin UMNO kena rasional. Jangan terlalu ghairah nak jadi calon. Jika ada yang lebih layak, bersedialah untuk menerima orang lain dengan hati terbuka. Janganlah ada pihak yang mahu sabotaj. Cuba merendah-rendahkan kebolehan orang lain. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Mungkin calon yang terpilih itu ada sedikit kelebihan dan keistimewaannya maka dia terpilih.
Kalau diperhati-hatikan PRU13 yang akan datang ini merupakan suatu pilihanraya yang sangat unik dan genting. Yang boleh menentukan mati dan hidupnya UMNO dan orang Melayu. Jika calon UMNO/BN tumbang dalam PRU13 yang akan datang kita dapat merasakan suatu pemerintahan yang lebih zalim akan berlaku. Orang Melayu akan terus berpecah dan hancur. Masjid dan surau dengan sewenang-wenangnya akan menjadi tempat berpolitik. Lihatlah hari ini, masjid-masjid yang menjadi 'milik sepenuhnya' kepunyaan PAS/PKR sudah pun ada kuliah-kuliah agama berunsurkan politik kepartian.
Oleh itu pemimpin UMNO jangan pentingkan diri sendiri. Tidak semestinya setiap Ketua Bahagian menjadi hak mutlak akan dipilih sebagai calon pilihanraya. Begitu juga Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak semestinya akan menjadi wakil rakyat seumur hidup. Ada masa naik dan ada masa dan ketikanya kita kena turun. Yang penting calon BN mesti menang dalam pilihanraya yang akan datang.
Cuba kita lihat perkembangan politik semasa. Ada banyak NGOs dan individu yang sudah lama bekerja kuat menentang pembangkang. Di atas pentas mereka berceramah di sana sini seolah-olah mereka pemimpin UMNO menentang Pakatan Rakyat. Pemimpin UMNO pun tidak sehebat mereka. Malahan sambutan ceramah mereka cukup hebat. Kadang-kadang kehadiran penonton dalam siri ceramah mereka ini melebihi kehadiran majlis yang dihadiri oleh PM dan TPM sendiri. 
Oleh itu pemimpin tertinggi UMNO kena mengambil kira kehebatan tokoh-tokoh dan NGOs yang dimaksudkan. Antara NGOs dan tokoh-tokoh yang perlu diberi ruang dan peluang yang sudah pasti dapat membantu BN dalam PRU akan datang ialah YB Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baru), YB Ibrahim Ali (Presiden PERKASA), Ezam Noor, Roslan Kassim, Zahid Md. Arip (Murshidul Am TIBAI) dan lain-lain lagi.
UMNO jangan memandang ringan kumpulan ini walaupun suatu ketika dahulu mereka menentang kuat BN/UMNO. Senario politik sudah berubah, cabaran cukup hebat, kepentingan Melayu dan Islam menjadi keutamaan maka tidak dapat tidak UMNO dan pemimpinnya juga kena terima perubahan itu. Pemimpin UMNO semua peringkat kena terima hakikat bahawa calon BN tidak semestinya datang dari pemimpin UMNO sendiri. Terimalah! asalkan calon itu boleh membantu UMNO dan memastikan kerajaan BN terus memerintah Putrajaya dan merampas kembali negeri-negeri yang diperintah pembangkang.  

Monday, June 11, 2012

Haron PKR mengaku makan babi di Padang Kota?

Ada seorang berbangsa Melayu di Pulau Pinang mengakui dirinya makan babi. Dia kata pula makan babi boleh jadi akalnya lebih cerdik. Namanya Haron seperti nama orang Melayu yang lain. Haron fasih berbahasa Melayu. Memang sah dia berbangsa Melayu jika dilihat rupa dan raut wajahnya. Cerita kawan yang berada di sudut pidato itu.

Tambahnya lagi kebanyakan orang ramai yang berada di Sudut Pidato itu pada petang kelmarin amat terkejut dengan pengakuan Haron itu. Dengan bangganya dia mengatakan bahawa dia mewakili Pakatan Rakyat semasa berucap di sudut pidato itu sambil menghentam  kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN.

 Pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang perlu siasat pengakuan yang tidak bermoral ini. Suatu pengakuan yang amat memalukan itu di tempat terbuka dalam khalayak ramai boleh menjatuhkan imej agama Islam di Pulau Pinang. Apakah ini hasilnya doktrin DAP dan PKR di Pulau Pinang hingga ada umat Islam di Pulau Pinang sudah lupa dirinya sebagai seorang muslim. 

Lihatlah, sejak kerajaan PR memerintah Pulau Pinang, pusat-pusat hiburan seperti kelab-kelab malam, karaoke serta pusat perjudian haram menguasai kegiatan waktu lewat malam di bandaraya Pulau Pinang. Tidak dinafikan sebahagiannya pusat-pusat hiburan itu dikunjungi oleh umat Islam Pulau Pinang. 

PAS Pulau Pinang sebagai rakan dalam PR tidak mampu berkata apa-apa? Hanya mampu sesekali menggelek kepala tapi lebih banyak mengangguk-angguk seperti lembu berjalan ditarik tali hidungnya. Apakah PAS langsung rasa tidak bersalah terhadap apa yang sedang berlaku kepada umat Islam di Pulau Pinang ketika ini? Dan kemungkinan besar PAS seperti juga Guan Eng akan menyalahkan UMNO.

Sunday, June 10, 2012

RM3,000,000,000 mak ooiii bukannya kecil!

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdiam diri berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang itu.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.
Jelas beliau, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar mempunyai tanggungjawab besar dalam menjawab hal akuan berkanun tersebut kerana segala akaun itu secara logik diperoleh sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
“Namun, setelah berhari-hari perkara itu dibangkitkan, Anwar tidak pula menjawabnya sama ada di Twitter atau Facebook sedangkan kita tahu beliau aktif di laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion milik Anwar itu kerana boleh dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Ibrahim yang memandang serius hal tersebut juga telah membuat laporan polis dan mengemukakan surat rasmi kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed bagi mendesak siasatan terhadap dakwaan Abdul Murad itu dibuka semula.
Menurut Azwanddin, SPRM perlu bertindak tegas dan pantas dalam menyegerakan siasatan tersebut kerana ia merupakan perkara berkepentingan awam dan berupaya memberi penjelasan sebenar kepada rakyat.
“SPRM sudah boleh memulakan siasatan mengenai perkara ini kerana ia badan bebas dan setahu saya, kalau risalah dan surat layang pun SPRM siasat, ini kan pula akuan berkanun," katanya.
Sementara itu, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, langkah Anwar yang terus berdiam diri membuktikan beliau tidak mampu menjawab hal itu seterusnya gagal membersihkan namanya.
Katanya, setiap rakyat Malaysia yang berfikiran waras sudah tentu menilai Anwar mempunyai sesuatu yang cuba disembunyikan berhubung hal tersebut.
“Anwar dikenali sebagai seorang yang suka buat bising, tapi dalam hal ini dia senyap ibarat burung berkokok tapi ekor dipenuhi tahi.
“Sudah tentu, beliau kini sedang dilanda sindrom kecut perut," katanya.
Bagi Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris pula, siasatan itu penting bagi memberi ruang secukupnya kepada golongan muda di negara ini mengenali Anwar memandangkan kumpulan itu masih di bangku sekolah sewaktu perkara tersebut didedahkan kira-kira 13 tahun lalu.
Katanya, ia juga merupakan faktor golongan itu menjadi sasaran Anwar mendapatkan sokongan kerana mudah termakan pujuk rayu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.
“Mereka melihat Anwar sekarang seperti insan suci sebagai pemimpin sedangkan mereka tidak pernah tahu sejarah Anwar sebelum ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 10/6/2012

Friday, June 8, 2012

Pemimpin PAS sudah tidak selesa dengan kepimpinan PAS hari ini

Cerita seorang kawan baik tapi berbeza ideologi politik. Sudah lama tak jumpa kerana bertukar sekolah sudah sekian lama. Suatu hari kami dipertemukan dalam suatu program KPM di IAB Induk, Sri Layang, Genting Highland. Dua malam kami keluar sama-sama dan makan sama-sama tapi tidak tidur sebilik. Setelah habis bercerita pasal pengalaman masing-masing sejak berpindah keluar dari negeri Pahang Darul Aman, kawan saya sengaja menguji pandangan saya terhadap isu-isu semasa. Kawan saya memulakan isu penghapusan PTPTN dan Bersih 3.0.
Sebelum aku memberi pandangan sebenarnya aku sudah tahu ideologi politiknya melalui kawan-kawan lain. Itu sebabnya aku tak begitu berminat dengan pelawaannya untuk keluar makan dan berjalan-jalan dengan dia. 
Pendek cerita, aku terkejut sekali. Dia yang banyak mengulas dan yang banyak memberi pandangan tentang isu tersebut. Kata lain dia tanya dan dia yang jawab. Dia melahirkan rasa kecewanya sejak PAS berpakat dengan DAP. Itu katanya sebab utama dia tawar hati dengan PAS. Setelah melihat cara kerajaan PR di Selangor, Perak (semasa Nizar jadi MB) dan Pulau Pinang memerintah, minatnya terhadap PAS terus hancur. Katanya, ramai golongan sederhana dalam PAS termasuklah ulama-ulama dalam PAS mulai tidak selesa dengan kepimpinan PAS hari ini.
Akan sambung lagi cerita seterusnya..... 

Wednesday, June 6, 2012

Tarian Bogel dihalalkan oleh PAS dalam PR di Pulau Pinang!!

Semalam dilaporkan Pakatan Rakyat mengadakan BERTAM NITE yang bertujuan mengumpul dana untuk pilihanraya umum akan datang. Itu cara Pakatan Haram! Tunjuk kata puak depa tak ada duit. Konon-kononya puak depa tak sekaya pemimpin BN/UMNO. Depa nak tunjuk kepada rakyat yang puak depa ini bersih, tak ada rasuah sebab itu depa kena minta sedekah daripada rakyat. Cuba tengok sendiri, ceramah PAS di mana-mana sahaja, tak sah jika tak minta sedekah. Kata ulamak PAS sedekah untuk parti PAS merupakan suatu jihad besar. Dengan itu pak cik mak cik, tok dan tok wan yang mai dengar ceramah kenalah bawa sikit seringgit dua untuk bersedekah.
Kalau dulu boleh juga kita percaya sebab tak ramai pemimpin PAS, PKR dan DAP jadi wakil rakyat. Tapi hari ini bukan setakat jadi wakil rakyat malahan boleh pula memerintah beberapa negeri. Jadi Ketua Menteri dan Menteri Besar. Ramai pula yang jadi exco-exco dalam kerajaan negeri masing-masing, gaji dan elaun mereka bertaraf menteri. Pun masih minta sedekah lagi daripada rakyat?
Itu cara pemimpin PR minta simpati daripada rakyat tapi dalam masa yang sama gaji dan elaun mereka kebas habis. Depa cuba tunjuk kepada rakyat pemimpin PR ini tidak sekaya dan semewah pemimpin UMNO/BN. Itu sebabnya di Kelantan, TG Nik Ajis minta derma daripada rakyat nak bina lebuhraya yang berharga lebih RM1 billion. Mereka peralatkan rakyat untuk kepentingan mereka.
Cuba lihat foto di atas. Itu gambar Beram Nite anjuran Pakatan Rakyat. Sebusuk-busuk UMNO pun tak pernah yang aku tahu menganjurkan majlis sedemikian rupa. PAS tak nampak kah majlis yang begitu menjolok mata dan tidak secocok dengan perjuangan PAS dalam majlis besar anjuran Pakatan Rakyat. 
Inilah yang rakyat Melayu/Islam yang sentiasa mempertikaikan peranan PAS dalam kerajaan PR. Apa lu buat? Ada mata lu buta kah? Ada telinga lu tuli kah? Ada mulut lu bisu kah? Majlis itu maciam pun lu kasi PR buat kah? Lu manyak takut sama Guan Eng atau Karpal Singh kah? Ada baca doa lepas itu ada tarian bogel. Atau lepas tarian bogel lu ada baca doa kah?
Jika ini maciam PAS bikin, semua orang Melayu/Islam tidak kasi undi sama PAS lagi. Ramai-ramai sudah lari dari PAS mahu undi sama BN/UMNO. Cuma yang sokong PAS itu penyokong 'tuli dan buta' sebab depa ini tak nampak dan tak dengar apa PAS buat.
Lu olang PAS, PKR juga DAP laknatullah mahu sedar. Itu Azmin dan Shamsidar sudah ada RM30 juta. Itu belum cakap lagi dana yang dimiliki oleh Anwar. Semasa Anwar jadi TPM dan Menteri Kewangan, dia sudah salahguna kuasa. Anwar sudah pening kapala. Azmin dan Shamsidar juga mahu terjun jambatan Pulau Pinang. Kesian juga sama depa. Tapi apa boleh buat masa lu bikin lu tarak ingat sama tuhan. Sekarang bila lu sudah jadi pemimpin, mahu jadi PM semakin ramai rakyat sudah benci sama lu. PAS pun sikit-sikit sangkut sama PKR. Jika gua sokong PAS ertinya gua sokong DAP. Jika gua sokong DAP ertinya gua juga sokong negara Malaysia sebagai negara sekular, hapuskan DEB, hapuskan pemerintahan sistem beraja, hapuskan hak keistimewaan bumiputera dan Islam sebagai agama persekutuan.
Lu mahu ingat sokong PAS = sokong DAP = anti Islam/melayu dan anti Raja Berpelembagaan. Lu mau ingat, lu jangan tersilap pilih calon dalam PRU13 masa akan datang.

Monday, June 4, 2012

Orang kampung dimalukan oleh wakil rakyat sendiri!!

Di suatu majlis kenduri kahwin, ada seorang kampung begitu gembira kerana dapat bertemu dengan ahli Parlimen Balik Pulau. Maklumlah MP Balik Pulau bukan selalu dapat berada di kawasannya. Oleh itu hamba Allah itu terasa begitu bertuah pada hari itu. Dia mendekati ahli parlimennya. Dia pun bertanyalah kepada ahli parlimen mengapa sms dan telefonnya tidak pernah dijawab.
Tiba-tiba ribut tak ada, ahli parlimen itu dengan suara yang tinggi menerjah marah kepada hamba Allah yang tak berdosa itu. MP Balik Pulau dengan sombongnya berkata, "Aku tak hairan dengan satu undi itu, jangan bagi aku malu". Begitulah lebih kurangnya. Di hadapan orang ramai sudah tentulah hamba Allah itu merasa malu. Isu yang diperkatakan oleh orang ramai yang sempat memerhati kejadian itu ialah sikap kasar pemimpin PKR tersebut terhadap rakyat yang memerlukan pertolongannya.
Sepatutnya rakyat sudah celik. Selama ini pun kita tidak pernah mendengar kata-kata sekasar itu daripada wakil-wakil rakyat BN/UMNO. Jika mereka tak dapat tolong pun, masih dengan suara yang lemah lembut mereka akan memohon maaf kerana tidak dapat tolong. Mungkin kerana belum terima peruntukan atau pun peruntukan sudah habis atau permohonan masih dalam proses. Mereka cuba seboleh-bolehnya tidak mahu menghampakan harapan rakyat. Bukan dimarahi atau dihina!

Pemimpin PAS mesti jadi Ketua Menteri Pulau Pinang!

Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasir Zakaria mahu PAS membuktikan bahawa PAS lebih baik daripada UMNO di Pulau Pinang. PAS akan memastikan Guan Eng tidak lagi akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri. Mohd Nasir mengkritik UMNO kerana tidak mampu menjadi KM walaupun dikatakan parti yang kuat di Pulau Pinang. Mungkin beliau mahu membuktikan bahawa PAS tidak akan tunduk dengan rakan PR seperti DAP dan PKR dengan melantik pemimpin PAS sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada masa akan datang.
Mohd Nasir akan memastikan pemimpin PAS akan jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Itu lah sebabnya En. Nasir lantang mengkritik UMNO. Baca sini selanjutnya [klik di sini].

Saturday, June 2, 2012

Pemimpin utama PAS bercanggah pandangan sesama sendiri!

  • Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa Pas tidak boleh menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dalam pilihan raya.
  • Kenyataan Presiden Pas itu sekali gus bercanggah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mempertahankan pendirian untuk meneruskan kempen menegakkan syiar Islam, dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya.
  • Hadi juga dilihat bercanggah pendapat dengan Mursyidul Am Pas itu apabila menegaskan, jawatan Perdana Menteri mesti disandang oleh orang Melayu beragama Islam sedangkan Nik Abdul Aziz tidak kisah siapa yang memegang jawatan tersebut asalkan individu berkenaan beragama Islam.