"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, June 8, 2012

Pemimpin PAS sudah tidak selesa dengan kepimpinan PAS hari ini

Cerita seorang kawan baik tapi berbeza ideologi politik. Sudah lama tak jumpa kerana bertukar sekolah sudah sekian lama. Suatu hari kami dipertemukan dalam suatu program KPM di IAB Induk, Sri Layang, Genting Highland. Dua malam kami keluar sama-sama dan makan sama-sama tapi tidak tidur sebilik. Setelah habis bercerita pasal pengalaman masing-masing sejak berpindah keluar dari negeri Pahang Darul Aman, kawan saya sengaja menguji pandangan saya terhadap isu-isu semasa. Kawan saya memulakan isu penghapusan PTPTN dan Bersih 3.0.
Sebelum aku memberi pandangan sebenarnya aku sudah tahu ideologi politiknya melalui kawan-kawan lain. Itu sebabnya aku tak begitu berminat dengan pelawaannya untuk keluar makan dan berjalan-jalan dengan dia. 
Pendek cerita, aku terkejut sekali. Dia yang banyak mengulas dan yang banyak memberi pandangan tentang isu tersebut. Kata lain dia tanya dan dia yang jawab. Dia melahirkan rasa kecewanya sejak PAS berpakat dengan DAP. Itu katanya sebab utama dia tawar hati dengan PAS. Setelah melihat cara kerajaan PR di Selangor, Perak (semasa Nizar jadi MB) dan Pulau Pinang memerintah, minatnya terhadap PAS terus hancur. Katanya, ramai golongan sederhana dalam PAS termasuklah ulama-ulama dalam PAS mulai tidak selesa dengan kepimpinan PAS hari ini.
Akan sambung lagi cerita seterusnya..... 

2 comments:

  1. Dia dan yg lain kononnya tak selesa dgn kepimpinan Pas hari ini...adalah mereka yg bolih diketegorikan..lebih besar kemungkaran dari pemimpin PAS yg dia maksudkan... keran senyap mereka itulah yg menjadikan orang lain keliru..sesat dan menyalahi Islam sabenar......
    maka terkini ...mereka ini lah sejahat jahat manusia kerana tidak bersuara sedangkan tahu salahnya... Jangan nak tunjuk lebih baik dari orang lain lah... kalau asal penyeleweng sampai dewasa ni pun nak seleweng...lagi..nak lepas diri lah tu....

    Hperancis

    ReplyDelete
  2. Kalau kita ingat pas itu islam , silap2 kita jadi syirik. Islam yang sebenarnya adalah berlandaskan Al quran dan hadis yang sahih? Pas hanyalah sebuah parti politik yang sama dengan dap, pkr, dan umno

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.