Foto: Peserta sedang mendengar taklimat |
Pagi tadi kira-kira 60 buah motorsikal Program Kembara Amal Bermotorsikal (ProKAB) telah bertolak dari Teluk Bahang melalui Pulau Betong dan singgah di Teluk Kumbar. Kira-kira jam 10.45 pagi peserta konvoi meneruskan perjalanan ke seberang prai singgah di beberapa tempat yang cukup menarik.
Mengikut pandangan peserta, sepanjang perjalanan konvoi memang cukup selamat kerana mendapat kerjasama kawalan keselamatan dari PDRM. Dan tempat-tempat persinggahan pula cukup menarik dan menghiburkan setiap peserta konvoi. Peserta-peserta konvoi disambut dengan paluan kompang dan disediakan pula jamuan makan dan minum. Peserta memang amat berpuas hati dan mengakui aktiviti berkonvoi seperti ini patut diteruskan pada masa akan datang.
Malangnya masalah peserta tidak diberi perhatian dengan baik oleh pihak penganjur. Di kalangan peserta itu ada yang masih menganggur. Oleh kerana semangat 1 Malaysia ingin membantu agensi kerajaan membawa mesej PM ke seluruh negeri Pulau Pinang maka mereka sanggup bersama sebagai peserta konvoi. Walaupun mereka menganggur, mereka pun tidak menuntut sebarang upah, cuma mereka menuntut janji agensi kerajaan terhadap mereka. Namun setelah berhenti di beberapa tempat dan stesyen minyak tapi 'duit minyak' masih tidak nampak lagi. Hingga ada yang terpaksa berhutang di kalangan peserta konvoi untuk membayar seliter dua minyak petrol.
Difahamkan perasaan peserta konvoi bertambah panas setelah diberitahu bahawa dewan SMK Sungai Acheh sebagai tempat tidur para peserta. Tidak menginap di asrama sekolah berkenaan seperti yang dijanjikan oleh agensi kerajaan tersebut. Pada ketika itu pun pihak penganjur masih gagal memberi duit minyak kepada peserta-peserta konvoi sehinggalah sekumpulan peserta membuat keputusan meninggalkan program tersebut pada malam itu juga. Masalah di atas tidak mungkin akan berlaku jika pihak penganjur membuat persiapan yang rapi dan mengambil langkah yang cepat dan tepat. Peserta-peserta konvoi menuntut agensi kerajaan berkenaan menjalankan post-mortem yang segera supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi.
ada yang sebat duit ker?
ReplyDeletetakkan buat program bajet tak cukup...jabatan kerajaan plak tu
kalau ada penyelewengan...itu parasit kasi buang! buat malu jerrrr
salam pak tam,terlebih dahulu saya berterima kasih jutaan terima kasih diatas prihatinan pak tam pada isu yang agak memalukan jabatan kerajaan.Memang benar apa yang di nyatakan oleh pak tam dan jangan salah anggap pada diri saya kerana menyokong isu ini.Saya adalah salah seorang peserta yang ditipu saya ulang YANG DI TIPU.Sebelum bertolak dijanji nak tayang bola skrin besar,tidur asrama dan minyak motor apabila sampai di prai tapi itu semua pembohongan belaka pakai baju PULA 1MALAYSIA "JANJI DITEPATI"?????? Dan saya juga yang telah menyajak rakan2 belia sahabat2 agar mngikuti program ini tapi selepas sampai ke distinasi bermalam ini yang berlaku PEMBOHONGAN pun bermula disitu saya dimaki hamun oleh rakan2 belia2 yang mngikuti program ini TAPI SAYA TIDAK SALAHKAN MEREKA KALAU SAYA BERADA DITEMPAT MEREKA MUNGKIN SAYA PUN AKAN BUAT BEGITU.KINI NAMA SAYA MUNGKIN DI SENARAI HITAM OLEH RAKAN2 DAN BELIA
ReplyDeleteSaya berharap pihak berkenaan akan membuat perancangan dan persiapan yang lebih mantap pd masa akan dtg. Jika melibatkan perbelanjaan hendaklah segala janji ditunaikan. Yang kita bimbang, duit tak sampai kepada pihak yg sepatutnya. Sedangkan perbelanjaan yg besar spt kursus2 di hotel senang pula dibayar. Jangan ambil mudah masalah yg berkaitan dgn remaja dan pemuda ini hari ini.
ReplyDeleteSy dapat merasakan bagaimana hancurnya hati ketua-ketua yg berusaha menghimpunkan pemuda/peserta konvoi. Ketua-ketua inilah yg akan menerima kutukan dari peserta2 konvoi seolah-olah merekalah yg berbohong. Sebaliknya mereka hanya menyampaikan apa yg telah dijanjikan oleh pihak penganjur. Harap2 tu semua peserta faham. Pihak penganjur perlu berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik agar isu ini tidak brpanjangan selama-lamanya.
ProKAB ni anjuran BTN Pulau Pinang kan... dulu ada fasa 1 tak silap...
ReplyDelete