Menurut Hamidah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sungai Rapat, pembinaan SAR itu mendapat sokongan daripada ibu
bapa pelajar, pengerusi, guru besar serta guru-guru SAR tersebut dan
sebahagian besar penduduk di taman itu yang majoritinya beragama Islam.
"Mereka juga hadir pada majlis dialog tersebut. Begitu juga dengan
ketua kampung dan penduduk di Taman Pegoh Aman. Tetapi pembangkang pula
datang dengan membawa penduduk dari luar taman ini untuk membantah
projek tersebut," ujarnya.
Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang
dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu
majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.
Dua pemimpin pembangkang yang mahu menjadi jaguh dalam isu tersebut
ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Radzi Zainon yang
diuar-uarkan bakal menjadi calon DUN Sungai Rapat dan Ahli Parlimen
Gopeng, Dr. Lee Boon Chye yang mewakili PKR.
Hamidah berkata, isu bantahan pembinaan SAR itu tidak sepatutnya
timbul kerana ia cuma menggunakan 0.3 hektar daripada 1.6 hektar
keluasan keseluruhan padang tersebut.
Komen:
Benarlah seperti umum perkatakan bahawa perjuangan PAS sudah semakin tersasar dan sesat. PAS mahu meruntuhkan sekolah agama rakyat. PAS menyokong pihak gereja menggunakan kalimah Allah. PAS juga mempertahankan pandangan Ketua Penerangan PAS Pusat bahawa Islam boleh tangguh menunaikan haji kerana pilihanraya. PAS menolak muzakarah dengan UMNO tapi sanggup berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan negara Islam.
PAS tahu DAP anti Islam tapi kerana kuasa politik PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menumbangkan kerajaan Islam. PAS cuba menggantikan UMNO sedangkan PAS bukan parti dominan dalam PR. Yang dapat kita lihat, PAS jadi kuda tunggangan malahan diperlembukan oleh PKR dan DAP.
hamPAS atau malu. dia cuma malu dengan syaitan kerana syatonirajjim itu tempat rujukan dan sahabat karib mereka. seperti yang n.ajis bagi tahu dahulu. sanggup berkawan dengan sesiapa pun bagi menentang UMNO. so sekarang their wish come through. sudah jadi PARTI AJARAN SYAITAN. sekolah agama pun nak diroboh. syaitan rakan mereka bersorak sorai riang gembira sekarang.
ReplyDelete