"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, June 20, 2012

PAS desak bangunan Sekolah Agama Rakyat dirobohkan!

Menurut Hamidah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, pembinaan SAR itu mendapat sokongan daripada ibu bapa pelajar, pengerusi, guru besar serta guru-guru SAR tersebut dan sebahagian besar penduduk di taman itu yang majoritinya beragama Islam.
"Mereka juga hadir pada majlis dialog tersebut. Begitu juga dengan ketua kampung dan penduduk di Taman Pegoh Aman. Tetapi pembangkang pula datang dengan membawa penduduk dari luar taman ini untuk membantah projek tersebut," ujarnya.
Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.
Dua pemimpin pembangkang yang mahu menjadi jaguh dalam isu tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Radzi Zainon yang diuar-uarkan bakal menjadi calon DUN Sungai Rapat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye yang mewakili PKR.
Hamidah berkata, isu bantahan pembinaan SAR itu tidak sepatutnya timbul kerana ia cuma menggunakan 0.3 hektar daripada 1.6 hektar keluasan keseluruhan padang tersebut.

Komen
:

Isu di atas membuat ahli-ahli PAS keliru dan malu kepada diri sendiri. Malu kepada agama dan bangsa Melayu! Dulu PAS juara mempertahankan sekolah-sekolah agama rakyat. 
Benarlah seperti umum perkatakan bahawa perjuangan PAS sudah semakin tersasar dan sesat. PAS mahu meruntuhkan sekolah agama rakyat. PAS menyokong pihak gereja menggunakan kalimah Allah. PAS juga mempertahankan pandangan Ketua Penerangan PAS Pusat bahawa Islam boleh tangguh menunaikan haji kerana pilihanraya. PAS menolak muzakarah dengan UMNO tapi sanggup berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan negara Islam.
PAS tahu DAP anti Islam tapi kerana kuasa politik PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menumbangkan kerajaan Islam. PAS cuba menggantikan UMNO sedangkan PAS bukan parti dominan dalam PR. Yang dapat kita lihat, PAS jadi kuda tunggangan malahan diperlembukan oleh PKR dan DAP.


1 comment:

  1. hamPAS atau malu. dia cuma malu dengan syaitan kerana syatonirajjim itu tempat rujukan dan sahabat karib mereka. seperti yang n.ajis bagi tahu dahulu. sanggup berkawan dengan sesiapa pun bagi menentang UMNO. so sekarang their wish come through. sudah jadi PARTI AJARAN SYAITAN. sekolah agama pun nak diroboh. syaitan rakan mereka bersorak sorai riang gembira sekarang.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.