"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, December 18, 2012

Amanat kafirkan UMNO: Presiden PAS diasak oleh aktivis PAS sendiri!

Aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, amanat itu dibuat oleh Abdul Hadi dengan mengikut keadaan yang berlaku pada 1981 dan hingga hari ini ia tidak dilihat semula oleh pemimpin itu.
“Perkara ini sepatutnya dijawab oleh Abdul Hadi sendiri sebab dia yang beri amanat ini, kalau dia rasa ada kesilapan dia kena perbetulkan.
Datuk Muslim Othman, aktivis PAS
“Dia pandang waktu itu (1981) kira sampai la (sekarang) dia tak tafsir semula, dia kena tengok balik amanat dia," katanya yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mengenai puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Abdul Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.
Semalam, Zainon Ismail yang lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghan, bekas aktivis PAS telah mendesak Presiden PAS supaya menarik balik amanat tersebut yang dikatakan jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Beliau turut mendedahkan penyelewengan Tabung Memali melalui bukunya "Air Mata Memali" yang diminta oleh pucuk pimpinan PAS buku itu diharamkan dibaca dan diedarkan kepada rakyat. Itu cara pemimpin PAS menutup kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PAS sendiri. Menurut YB Dato' Zulkifli Nordin pula, Haji Hadi selaku Presiden PAS, pemimpin2 PAS, ahli-ahli PAS dan penyokong2 PAS dan pengundi2 PAS perlu bertanggungjawab di atas kematian Ustaz Ibrahim Libya dan 13 lagi rakan-rakannya yang terbunuh dalam Peristiwa Berdarah di Memali.
Oleh kerana Amanat Haji Hadi, Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sangat percaya dan yakin bahawa mati mereka adalah mati syahid. Pemimpin PAS telah mengebumikan mereka dengan pakaian yang berdarah, dibungkus (tanpa dimandi dan dikapan) dikebumikan sebagai para pejuang Islam.
Presiden PAS dan pemimpin utama PAS sehingga hari ini senyap tanpa ada jawapan. Anak isteri keluarga yang terkorban tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada PAS. Kutipan jutaan ringgit untuk Tabung Memali hilang entah ke mana?
Cikgu Non, ahli PAS seumur hidup dan merupakan bekas aktivis PAS telah dipecat daripada parti PAS kerana membongkarkan penyelewengan Tabung Memali. Beginikah PAS yang dikatakan berjuang untuk kebenaran dan keadilan? Hari ini rakyat umumnya sudah mengetahui PAS punca perpecahan orang Melayu/Islam ekoran amanat Haji Hadi itu. Rakyat umum sudah mengetahui bahawa PAS sudah tidak mampu berbuat apa lagi sejak bersekongkol dengan DAP-PKR. Tiada kelebihan untuk umat Islam/Melayu sejak PAS bersama PR. Malahan rugi yang amat besar kepada umat Islam setelah PAS mengambil keputusan drastik untuk kekal bersama PR walaupun PAS tahu DAP dan PKR akan jadi parti dominan dalam membuat dasar kerajaan PR.
Orang Melayu/Islam perlu sedar bahawa PAS bukan lagi parti PAS yang asal, PAS bukan lagi parti yang berani menongkah arus seperti dahulu. PAS hanya parti tunggangan kepada DAP dan PKR. Baru-baru ini jelas dalam perhimpunan DAP, orang Melayu dalam DAP sekadar hiasan. Tidak pun dilantik malahan jumlah undi untuk calon Melayu dalam DAP sangat tercorot luar biasanya. Apakah masih ada orang Melayu/Islam masih tidak nampak atau tidak faham?

2 comments:

  1. SOKONG AMANAT HAJI HADI AWANG PRESIDEN PAS... SIAPA LEBIH BERILMU DARI HADI DAN NIK AJIS?? UMNO LEBIH KAFIR DARI DAP % PEMIMPIN SEPERTI LIM KIT SIANG, LIM GUANG ENG DAN KARPAL SINGH! MEREKALAH PAYUNG ISLAM DI MALAYSIA .... UNMO TENTANG HUDUD, DAP BERI SOKONGAN PADU PAS LAKSANAKAN HUDUD .... EKONOMI ORG PENANG, LEBIH BAIK DARI ORANG DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO..... KITA SEORANG PUN ORANG MELAYU PENANG MEREMPAT DAN MEMINTA SEDEKAH ...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.