"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, December 25, 2012

Hj. Hadi menarik balik amanatnya!

Amanat Hj. Hadi merupakan punca utama orang Melayu berduyun-duyun menyertai PAS. Amanat H. Hadi yang menyebabkan umat Islam berpecah belah. Ustaz-ustaz PAS di mana-mana sahaja dalam ceramah politik mereka berulang-ulang kali mengatakan UMNO kafir kerana mewarisi perlembagaan penjajah.UMNO kafir kerana bersubahat dengan MCA dan MIC.  Berlakulah solat dua imam, sembelihan orang UMNO haram dimakan, akad nikah oleh kadhi UMNO tidak sah dan pelbagai lagi.

Peristiwa Memali
Paling tragis, akibat mengkafir kerajaan UMNO, mati lawan kerajaan adalah mati syahid maka ramai umat Islam terbunuh. Yang terkorban tidak dimandikan dan dikapankan sebaliknya dikuburkan sebagai mati syahid. Akhir-akhir ini, berlaku suatu kejutan besar dan amat menakutkan kepimpinan PAS sendiri. Bak kata pepatah Melayu, "ludah kelangit timpa di batang hidung". Mungkin itulah balasan Allah SWT di atas dunia lagi kepada PAS yang  gemar mengkafirkan sesama umat Islam. Mengikut C.N al-Afghani atau Cikgu Non, bekas aktivis PAS berpendapat puluhan ribu ahli PAS masih percaya dan berpegang kuat bahawa orang UMNO adalah kafir.

Semakin ramai bekas pemimpin PAS yang taksub suatu masa dahulu telah bangun mendedahkan kekecewaan dan kebimbangan mereka akibat amanat tersebut. Mereka persoalkan apakah amanat itu masih terpakai hingga hari ini? Jika dahulu UMNO dikatakan kafir kerana bersama dengan MCA dan MIC, apakah tidak kafir kepada ahli-ahli PAS yang mana parti PAS bersekongkol dengan DAP yang terang-terang anti Islam dan anti Melayu? 

PAS bukan agama, PAS merupakan parti politik. Mungkin amanat Haji Hadi itu hanya cakap-cakap politik. Masalahnya ahli-ahli PAS di bawah sana tidak akan faham dengan cakap-cakap politik. Puak-puak ini akan berpegang teguh kepada kata-kata pemimpin mereka. Jika UMNO dikatakan kafir, mereka akan mengatakan UMNO itu kafir sampai bila-bila.

Haji Hadi telah didesak untuk tarik balik amanatnya. Amanatnya belum basi lagi. Amanat itu kembali hidup segar selepas PAS bersekongkol dengan DAP. Bukan UMNO yang bangkitkan amanat ini. Yang rasa berdosa besar, yang pernah mengkafirkan ibubapa sendiri, yang pernah mengkafirkan abang dan kakak sendiri, yang pernah memutus saudara dunia dan akhirat, yang mahu ahli UMNO dipulau, dihina dan dicaci. Kini mereka bangkit untuk melihat ahli-ahli PAS kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sejak beberapa hari ini, TG Haji Hadi menghilangkan diri atau mendiamkan diri. Beliau berada dalam keadaan serba tak kena. Dunia sudah nampak, amanat Haji Hadi telah mulai makan diri. Jika Haji Hadi tarik balik amanat itu sepertimana desakan mufti-mufti dan ulamak2 lain (bukan ulamak politik), pasti puluhan ribu ahli-ahli PAS akan terperanjat besar. Parti PAS akan hadapi suatu tsunami politik dalaman parti yang terburuk dalam sejarahnya sendiri. Haji Hadi bukan ulamak besar seperti TS Harussani dan lain-lain ulamak. Haji Hadi merupakan Presiden PAS, pemimpin utama sebuah parti. Dia bukan pemimpin sebuah NGO berjuang untuk Islam.

Oleh itu Haji Hadi tidak akan tarik balik amanat itu. Pakatan Rakyat akan musnah dan PAS akan menuju kehancuran jika amanat itu ditarik balik. Amanat Haji Hadi merupakan azimat yang perlu dijaga demi untuk survival politik PAS. 

Jika amanat itu tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS. Jika amanat itu sudah basi seperti kata pemimpin PAS sendiri. Jika amanat Haji Hadi itu sudah tidak terpakai lagi. Kenapa Haji Hadi begitu takut untuk tarik balik. Kenapa susah sangat Haji Hadi hanya menyebut  tiga perkataan, " Saya tarik balik". Jika amanat itu bukan azimat besar, azimat yang banyak jasanya kepada PAS, Haji Hadi boleh tarik balik. Sebaliknya Haji Hadi mengambil sikap berdiam diri untuk menjaga kepentingan politik daripada menjaga kepentingan aqidah puluhan ahli-ahli PAS! Wallahu alam.

2 comments:

  1. Salam bro... Hebat Blog bro... Mohon dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro.. Terima Kasehh Bro..

    ReplyDelete
  2. Tkasih saya penuhi permintaan sdr jika sdr merupakan blogger penyokong BN/UMNO.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.