"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, September 16, 2013

Sah ada pertandingan, jawatan Ketua Pemuda UMNO

Memang sengit...memang sengit. Itulah yang dapat kita katakan jika ditanya. Perwakilan pemuda jadi serba salah. Siapakah yang layak menerajui Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memuktamadkan keputusan. Kata orang keputusan yang nak dibuat "Jangan ikut rasa akan binasa dan jangan ikut hati akan mati".

Eloklah para perwakilan pemuda berbincang dan membuat penilaian sebaik-baiknya supaya Pemuda Balik Pulau kali ini lebih bertenaga dan kuat serta berwawasan. Pemuda UMNO Balik Pulau sebelum ini agak begitu malap dan tidak bersinergi dalam gerakerja pemuda. Kita pernah berada dalam pemuda UMNO semasa zaman Allahyarham Abd. Malek Anuar dan selepas itu mantan YB Syed Amerruddin. Pemuda ketika itu turun ke padang setiap cawangan melalui pelbagai program pemuda bahagian Balik Pulau. Selepas itu pemuda kelihatan tidak sehaluan dengan UMNO bahagian. UMNO Bahagian menyalahkan pemuda dan pemuda pula kata UMNO Bahagian memencilkan mereka. Pemuda UMNO pada masa itu dikatakan bergerak secara bersendirian tanpa sokongan bahagian.

Kini zaman pemuda dipecilkan telah berlalu. Ketua pemuda UMNO pada masa itu ialah Shah Headan yang kini sudah menjadi wakil rakyat kawasan Teluk Bahang. Dalam suatu persidangan agung pemuda bahagian, ketua pemuda yang sehaluan dengan Ketua Bahagian telah dipilih dan menang tanpa bertanding. Kononnya ada persefahaman antara kedua-dua belah pihak sehingga tiada pertandingan bagi jawatan Ketua Pemuda. Nama Aziaan Ariffin tiba-tiba muncul terkenal kerana hebatnya menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau pada masa itu. Walaupun begitu pemuda UMNO bahagian Balik Pulau terus menghadapi sindrom malap. Tiada program pemuda yang boleh kita banggakan. 

Masih kita ingat bagaimana pemuda UMNO di zaman Allahyarham Malek Anuar  bekerja keras semasa kempen pilihanraya. Pasukan pemuda bahagian pada masa itu sanggup turun membantu memasang poster calon di kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan. Semua AJK dan ahli-ahli Pemuda bersatu dan berdiri teguh di belakang ketua pemuda pada masa itu. Inilah yang kita harapkan dan mahukan dari pemuda selaku tulang belakang kepada bahagian. Kami yang pernah berada dan aktif dalam pemuda bahagian suatu masa dahulu amat merindui suasana kerja sepasukan, semangat setiakawan yang tinggi, menghormati ketua, hubungan erat antara pemuda setiap cawangan-cawangan dan sekali sekala pemuda bahagian turun ke padang melawat cawangan.

Kita cabar bakal ketua pemuda UMNO supaya melakukan transformasi politik dalam semua aspek termasuk keanggotaan AJK Pemuda dan gerakerja pemuda. Bagi merealisasikan hasrat itu, kita memerlukan seorang Ketua Pemuda atau pemimpin pemuda yang berkarisma, berintegriti, bertanggungjawab dan berwawasan. Umumnya begitulah sifat pemimpin yang baik. Pada amalannya belum pasti boleh kita mencari pemimpin yang memiliki karekter seumpama itu. Seboleh-bolehnya kita memilih pemimpin pemuda yang terbaik.

Namun demikian ada tapisan lain pula kedengaran dari kalangan pemuda. Ada yang mahukan ada keseimbangan antara kawasan. Umpamanya kata mereka, jika Ketua Bahagian sudah pun asalnya orang sebelah sana, eloklah Ketua Pemuda pula di sebelah sini. Kenapa pula semuanya datang dari satu kawasan sedangkan jumlah cawangan dan pengundi lebih ramai di sebelah sini. Mungkin ada rasionalnya pandangan ini diambilkira. Bukan kita mahu mengwujudkan perpecahan di kalangan ahli pemuda mengikut kawasan sebaliknya kita mahu wujud neraca timbangtara yang adil kepada semua pemuda. Jika ada keadilan barulah wujud rasa kepuasan diri kepada setiap pemuda untuk bekerja bersama-sama dengan Ketua Pemudanya dan Ketua Bahagiannya.

Ada pula yang bertanya, jika ketua pemudanya dipilih dari kawasan lain maka Timbalan Ketua Pemudanya pula sudah tentu dari kawasan yang lain pula. Jika setiap perwakilan pemuda cintakan kepada penyatuan pemuda dan mahu elakkan wujudnya kronisme maka itulah sebenarnya yang perlu dilakukan. Dengan cara ini, kita sangat berharap Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda dapat berganding bahu, bekerja sebagai satu pasukan, sebagai satu keluarga, dapat menghimpunkan ahli-ahli pemuda masing-masing dalam satu wadah perjuangan. Jika inilah jalan penyelesaian kepada sindrom malap pemuda selama ini, kita sokong 100%. Walau bagaimanapun setiap perwakilan pemuda mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan mengikut penilaian sendiri semasa pemilihan itu nanti. 

8 comments:

  1. Pak Tam ,

    Bahagian Balik Pulau mempunyai ramai pemuda yang berwibawa dan berkarisma tinggi sebagai pemimpin namun tradisi pemimpin umno yang ada sekarang yang takut pada bayang2 sendiri serta
    cantas mencantas menyebabkan pemimpin-pemimpin ini tidak dapat menonjol dan seterusnya mengambil langkah berdiam diri.
    Ketua Pemuda perolehi jalan mudah pada sesi pemilihan yang lalu adalah disebabkan mantan KP yang telah berubah kehala penyatuan namun kepercayaan yang diberi tidak dimanafaatkan sebaik mungkin. Ibarat gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
  2. Pada pemuda Balik Pulau sila usulkan pertandingan dan kemasukan Idris Haron dan Ustaz FadhulBari dalam gelanggang Ketua pemuda nanti. Jangan buang masa lagi dengan mengekalkan orang lama KJ dalam biro ini kerana dia dah tak ada taring...lembik.

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat KJ saja yang patut turun , malah kesemua Exco KJ pun jgn dipilih. Semuanya ada self interest bukannya utk public interest. Cukup-cukuplah drama yg telah dibuat. Musim pemilihan semua nak tunjuk hero. Inilah yg dikatakan gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  4. Pak Tam! tolong cakap secara direct. Pemuda tak faham. Saya nak bagi tau. Ketua Pemuda kena pilih Chaq sebelah Bayan Lepas dan pilih Hairi sebagai Timbalan Ketua sebelah Balik Pulau. Bukankah itu mudah faham!!!Saya harap semua perwakilan setuju. Lebih adil dan saksama, bukan? Jadi idea Paktam tu boleh diterima juga. Nak elak terbentuk kroni yg tegar.

    ReplyDelete
  5. hairi mana pulak nie, tiba-tiba timbul.nak letak mana pemuda-pemuda yg dok ada? Jangan pulak sebab tok ketua bahagian suka semua kena suka. Sia-sia saja dok dalam exco pemuda bahagian kalau tak layak jadi timbalan.Kalau ia pun ambillah dari kalangan ajk pemuda cawangan ka, ketua pemuda ka atau timbalan ka , ini yang dok ambil si Hairi nie mana pulak yg dok mai. Jangan jadi macam adun yg dok ada , tiba-tiba saja jadi calun , kelam kabut semua calun-calun yang dijanjikan atau yg disebut-sebut.
    Semua ni cerita lama dalam umno, asal tok ketua suka semua mesti ikut. Buatlah pilihan sendiri yang tepat dan terbaik.Calun seperti Zaiyusri ka , Jan madu ka , abg lawyer ka atau banyak lagi yg boleh memimpin.Tanya lah pulak tok ketua bahagian dulu siapa yang pimpin sebelum jadi pemimpin. Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  6. Salam PP;
    Sy x sebut nama sesiapa pun nk jd ketua ataupun timbalan KP. Idea itu wujud krn maukn ada keseimbangan antara kwsn2 Dun dlm parlimen BP. Sy x mau apa yg sdg brlaku dlm Bhgn kita telah mengecewakn byk pihak. Lihatlah nnti slps persidgn agung bhgn ada 5 ajk tambahan perlu dilantik dn siapa yg akn dilantik? Sebaik2nya lantiklah di klgn profesional, intelektual, korporat dsbgnya yg brminat kpd prjuangan umno bukan dilantik di klgn kroni yg tak brpengaruh dn kalah pula dlm prtndgn bhgn. UMNO BP tak kemana2 jk pemimpin kita x berani berubah.

    ReplyDelete
  7. Calon-calon Ketua Pemuda secara umum orang dapat menilai diri ketrampilan, jasa, keluhuran hati dan bakat dan bukannya pangkat. Bijak-bijaklah memilih, tetapi untuk Naik Ketua Pemuda kena jugaklah gunakan kaedah yang sama. Rupa elok dan sopan santun itu cuma peribadi tetapi bagi membantu kepimpinan mestilah berkaliber, berpendirian (NO MORE YES BOSS!), dan bertapak dengan keupayaan sendiri bukan kerana rekomen dan sangkut paut persahabatan/persaudaraan. Bijak memilih, bijaklah hitungan.

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya tentang hal peribadi pun harus diambil kira.sebab inilah senjata utama pembangkang untuk menyerang umno pada masa akan datang.sebab masalah peribadilah kita kalah di beberapa tempat masa pilihanraya kecil yang lalu.untuk kita memilih ketua ni pun haruslah dia mempunyai kerebiliti yang baik dan tiada masalah pada masa yang lalu

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.