"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, September 7, 2013

Yang pelik dan benar dalam UMNO!

Sudah berpuluh tahun aku duduk dalam UMNO, macam-macam yang aku lihat. Ada yang pelik tapi benar. Mungkin ada sebab jadi begitu? Perlulah kita bertanya kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang diamanahkan untuk jadi Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri serta Ketua UMNO Bahagian.

Berita terkini bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia. Beliau adalah orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri. Semasa pilihanraya umum tahun 2008, beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah meletak semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra BN.

DSAI dan TG Nik Aziz menganggap tindakan Zahrain keluar PKR sebagai mengkhianati pengundi. Tok guru menggesa Zahrain meletakkan jawatan agar pilihan raya baru dapat diadakan. Anwar pula mengakui tersilap pilih beberapa calon PKR yang dipilih semasa pilihan raya 2008.

Kini DS Zahrain jadi Duta di Indonesia. Mungkin keberanian dan kelantangannya mengkritik DSAI di Parlimen dan pendirian beliau yang banyak menyokong usaha-usaha kerajaan BN maka DS Najib melantik beliau sebagai hadiah sumbangan dan jasa beliau. Kita sokong jika sumbangan beliau dianggap begitu besar kepada UMNO/BN.

Cuma yang kita tak sokong ada pemimpin yang begitu setia kepada UMNO dan pemimpin UMNO langsung tidak dihargai. DS Najib mungkin sudah lupa masakan dia dapat ingat kawan-kawan lama seangkatan pemuda UMNO dahulu cukup ramai. Yang sedihnya kepimpinan UMNO Negeri dan Bahagian pun nampak seperti tak ambil kisah tentang perkara ini. Jika bekas-bekas wakil rakyat ini 'dibuang' kerana masalah peribadi boleh juga kita terima. Masalahnya khidmat wakil-wakil rakyat ini amat baik dan tak pernah menimbulkan masalah dalam UMNO Bahagian sepanjang mereka berada dalam saf kepimpinan UMNO. Walaupun tidak dicalon semula tapi mereka tetap menyokong dan bekerja untuk calon BN yang dipilih.

Yang peliknya bekas pemimpin pembangkang seperti DS Zahrain dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia. Yang peliknya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainol masih dilantik menerajui UMNO Negeri. Beliau telah diberi peluang tapi masih kalah. Nama-nama besar yang sudah penghujung usia masih diberi kepercayaan dalam barisan kepimpinan UMNO Negeri. Bila ditanya, apakah kemungkinan bertanding dalam MT? Mereka beritahu beri peluang kepada orang muda. Kenapa setelah pegang jawatan tertinggi dalam parti baru teringat diri sendiri sudah tua? Kenapa mereka tidak ingat diri sudah pun tua sebelum jadi calon dan pegang jawatan dalam UMNO? UMNO Negeri tidak akan kemana jika nakhoda masih orang yang sama, yang kalah sebanyak dua kali dalam PRU yang lalu. Tapi kenapa? UMNO Malaysia masih melantik beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri? Apakah UMNO Pulau Pinang ketandusan pemimpin?

Yang peliknya juga berlaku di UMNO Bahagian. Yang kalah dan yang pernah jadi lawan suatu masa dahulu dilantik dan diberi kepercayaan oleh ketua bahagian. Apakah perlantikan itu boleh menguatkan dan menyatukan saf kepimpinan UMNO dalam bahagian? Kita tidak irihati tapi apakah sebabnya? Apakah dalam barisan kepimpinan UMNO Bahagian ini juga ketandusan pemimpin seperti mana DS Najib lantik DS Zahrain sebagai duta dan Dato' Zainol Abidin sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri? 

Kita nampak UMNO bahagian kita semakin lemah kerana melantik orang-orang yang lemah dan tidak ada kekuatan politik berada dalam pentadbiran UMNO Bahagian. Kesilapan demi kesilapan yang berlaku menjadikan UMNO semakin lemah dan tidak bermaya. Yang tidak berpuashati telah meletak jawatan dan ada pula yang menjauhkan diri dari UMNO Bahagian. Kepimpinan UMNO perlu melihat kes-kes ini sesuatu yang amat serius kerana boleh merencatkan usaha menguatkan perpaduan dan kekuatan parti. 

Dalam persidangan agong UMNO Bahagian tidak lama lagi, kita sangat berharap para perwakilan dapat memberi pandangan yang membina dan bernas untuk kepentingan parti. Walaupun tidak ada pertandingan di peringkat jawatan tertinggi, janganlah rasa selesa. Ingatlah kami ahli-ahli UMNO sentiasa memerhati dan menegur jika berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan sebagainya. Mudah-mudahan kemasukan wakil-wakil rakyat yang baru tapi berpengalaman dalam UMNO dapat mengubah wajah UMNO Bahagian yang kelihatan semakin pudar selepas PRU yang lalu. Jika ada kawan, gunalah mereka untuk menguatkan UMNO sebaliknya jika ada 'musuh', rapatkan mereka supaya mereka menjadi kawan yang boleh membantu UMNO. 

Kita berharap saf kepimpinan UMNO Bahagian yang akan dipilih dan dilantik dalam persidangan agong nanti dapat melakukan sesuatu. Hapuskan perasaan berpuak-puak, padamkan sifat dendam, perasaan curiga mencurigai antara kita sesama ahli UMNO. Jangan pandang ringan sesuatu kes yang berlaku. Ingatlah Rasulullah SAW ada bersabda, "Ringan di sisi manusia itu sebenarnya besar di sisi Allah SWT". Wallahu alam.

2 comments:

  1. Nak pilih seseorang utk pegang jawatan penting banyak faktor yg perlu di pertimbangkan,bukan semata-mata orang lama dalam Umno.Saya terjumpa masih ramai orang lama dalam Umno tapi masih percaya pada Anwar dan masih menganggap Anwar di fitnah,ertinya mengangap Najib berkonspirasi melanjutkan peranan Tun Mahahtir.Org lama dalam Umno pun ramai yg kaki 'cah keting,tapi terus berada dalam Umno kerana kepentingan tertentu.Saya tidaklah mengatakan Zahrin terbaik,tapi saya pasti beliau memang sudah tahu betul mengenai Anwar dan itulah sebabnya beliau berkerat rotan berpatah arang dgn Anwar,lagi pun peranan 'pemain import' ni besar semasa piliharaya dulu,puak Umno sendiri dah sunyi sepi tinggalah mereka yg berkoko kesana kemari menentang Anwar dan Pakatan.Mungkin ramai org lama Umno tak berbunyi kerana standby nak ubah arah sekiranya Pakatan menang,sedangkan 'pemain import' yg nekad kerana merak sudah benar-benar tahu apa akan jadi jika Pakatan menang dan Anwar jadi PM.Selain daaripada itu,Indonesia adalah lubok Anwar,kalau di lantik org yg pro Anwar secara senyap,macam mana?.Sudahlah Indonesia pro Anwar,duta Malaysia pun pro Anwar eloklah jadinya nanti kan?.Pegawai kanan kerajaan sekarang pun masih ramai yg pro Anwar.

    Kalau tidak kerana-sebab-sebab yg cukup luar biasa,rasanya Najib tentu tahu akibatnya melantik Zaharin,apatah lagi sebelum persidangan dan pemilihan Umno.

    ReplyDelete
  2. Salah satu tugsa khas si Zahrain adalah untuk melapurkan setiap langkah dan gerak Anuar semasa dberada di Indonesia selepas ini dan itu lah tugas sebenarnya Zahrain , lain tugas protokol boleh dibuat oleh pegawai kedutaan lain.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.